Benar, di Malaysia bukan Presidential election, tetapi sejak bilakah Pilihan Raya Umum negara ini adalah berkenaan kawasan Parlimen yang lain?
Dalam Pilihan Raya Umum 1990 misalnya, walaupun ia adalah pertandingan di antara Barisan Nasional (BN) menentang Angkatan Perpaduan Ummah (APU), tetapi yang lebih menonjol adalah pertandingan di antara Tun Dr Mahathir menentang Tengku Razaleigh, Lim Kit Siang, Hadi Awang dan Joseph Pairin Kitingan.
Dalam Pilihan Raya Umum 1999, ia bukan mengenai BN menentang Barisan Alternatif (BA), tetapi lebih kepada Tun Dr Mahathir menentang Anwar Ibrahim. Dalam Pilihan Raya Umum 2008, ia adalah mengenai Tun Abdullah Badawi menentang Anwar.
Jelasnya, soal siapa bertanding di 221 kawasan Parlimen yang lain memang bukan sesuatu yang selalu ditonjolkan, sebaliknya yang ditonjolkan adalah pemimpin utama parti-parti yang bertanding. Dalam banyak keadaan, ada sejumlah rakyat Malaysia tidak mengenali pun siapa Presiden parti komponen yang bertanding dan ada yang mengambil sikap tidak peduli asalkan mereka mereka mengundi BN atau parti pembangkang.(tunfaisal.blogspot.com)
KOMEN:
Salam Tun Faisal,
Perbandingan saudara di antara Pilihan Raya Umum 1990, pru 1999, pru2008 dan pru2013 ternyata di luar fakta 'sejarah politik' yang penuh tersirat. Ianya tidak boleh dirumus secara pukal.
1) PRU1990 kelihatan Tunku Razaleigh menentang Tun M, ia berpunca dari leretan kekalahan Tunku Razaleigh menentang Tun M di dalam perebutan jawatan Presiden UMNO sehingga UMNO di bawa ke mahkamah dan diharamkan pendaftarannya. Susulan dari kekeciwaan itu Tunku Razaleigh dan penyokongnya telah menubuhkan Parti Semangat 46 dan membentuk APU manakala UMNO menjadi UMNO Baru. Atas peristiwa ini ia dilihat pertembungan di antara Tun M dengan Tunku Razaleigh di dalam pru1990.
2) Begitu juga dalam pru 1999 ia dilihat Tun M menentang Anwar Ibrahim kerana isu pemecatan Anwar Ibrahim sebagai Timbalan Presiden UMNO berpunca dari pendedahan tingkah laku buruk songsang Anwar Ibrahim.
Dalam isu yang yang sama Anwar Ibrahim turut disingkirkan dari kerajaan. Marah dengan pemecatan ini Anwar telah menubuhkan Parti Keadilan Rakyat dan membentuk Barisan Alternatif.
Pembentukan BA ketika itu masih longgar hanya untuk pru1999. *(Perikatan ini agak regang kerana keengganan PAS menarik matlamatnya secara umum iaitu menjadikan Malaysia sebuah negara Islam, sesuatu yang tidak disetujui DAP, walaupun kompromi sementara diperolehi dengan PAS bersetuju tidak memasukkannya dalam manifesto bersama. Namun selepas pilihan raya, dengan kemenangan besar PAS dan keputusan tidak seberapa parti lain, ketegangan ini meningkat. Lantas pada 21 September 2001, DAP mengumumkan pengundurannya dari BA)
3) Pru2008 yang sebenarnya bukan Tun Abdullah menentang Anwar tetapi menentang Pakatan Rakyat atau versi baru BA yang lebih kemas strukturnya dan lebih terancang. Gabungan ini dilakukan dengan lebih kemas menyedari kekalahan teruk dalam pru2004 *(PAS memenangi 7 kerusi Parlimen manakala PKR hanya memenangi 1 kerusi (Wan Azizah Wan Ismail), jumlahnya 8 kerusi dan DAP memenangi 12 kerusi).
4) Saya menyetujui pandangan Tun Daim bahawa “As a strategy, you should concentrate on those areas where you lost by slim majorities in 2008 and strengthen the seats you won in 2008”.
Sayangnya ini tidak berlaku, DS Najib ke hulu ke hilir membawa mesej nya tetapi di peringkat UMNO bahagian dan cawangan mereka tidak menerap, menyelami dan menyampaikan mesej ini kepada rakyat di akar umbi kerana asyik mengejar siapa yang akan jadi calun baru mereka mahu turun ke bawah. DS Najib dilihat keseorangan di atas. Maksud Tun Daim pakar strategi mestilah fokus isu sebenar di bawah. Setiap kawasan menghadapi isu yang berlainan dan tidak sama isunya 'it should be customized' bukan pukal atau pakej.
5) Apabila konon pakar strategi atau penasihat seperti Alies Anur turun ke bahagian-bahagian beliau asyik bertanyakan kelompok UMNO tegar mengapa awak tidak mahu menyokong si anu bin si anu? Kerana si anu bin si anu adalah kawan karibnya. Penasihat yang sebegini akan membawa balik mesej kepada Presiden “yes boss, I dah handle boss, everything ok boss, no problem boss, we will win boss and si anu is the best candidate boss”.
6) Akhirnya saya harap tuan patut kaji ‘sejarah politik’ dengan mendalam. Maksud saya ‘sejarah politik’ bukan sejarah biasa kerana sejarah yang tertulis di dalam buku adalah tersurat tetapi ‘sejarah politik’ banyak yang tersirat. Terima kasih.
PEACE!
MR.
ReplyDeleteKita kena ingat masa kini ahli politik kita kebanyakannya ialah weekend politician.
Bila jadi dapat jawatan rumah tangga di KL/Putrajaya.
Masalah tempatan diswastakan dan digajikan.
Hubungan antara pemimpin menjadi jurang.Pemimpin terutama UMNO yang berumah tannga di KL ini banyak main RM.
Itulah antara lunturnya hubungan antara yg bawah dengan pemimpin atasan.
PRU 14 UMNO kena bemula dari sekarang.
MR,
ReplyDeleteSaya setuju dengan pandangan MR. Cuma ada sedikit nasi tambah yang ingin saya utarakan. Belum pernah dalam sejarah Presiden UMNO dan Pengerusi BN dilihat terlalu lemah sehingga menuruti nasihat punahsihat sebegitu teruk. Merayu serta merasuah pengundi cina untuk memilih parti beliau. Saya yang telah terlibat dengan 4 PRU merasa sangat kecewa, DSN seolah bertanding seorang diri disebabkan kempen yang dibuat oleh punahsihat dalam bilik aircond.
Diselangor, faktor lambat memperkenalkan calun, calun tidak dibenarkan berucap panjang semasa kempen, pendedahan iklan terlalu berlebihan membuat orang makin meluat. Memang DSN benar dalam isu tsunami cina kerana belum pernah dalam manamana PRU sebelum ini cina beratus seawal jam 8 pagi dipusat pembuangan undi. Hari ini pengundi bukan benci pada calun sahaja tetapi asal sahaja bernama BN ianya ditolak mentah-mentah. Kenapa ini berlaku dan pada saya jika DSN berjiwa negarawan beliau haruslah berundur bersama pasukannya dan biarkanlah umno memilih pemimpin baru mereka untuk mengemudi parti di PRU akan datang. Pengundi bukan mahu ETP, GTP, GST dan perbagai lagi P tetapi pengundi mahu kelainan dalam pentadbiran. Rakyat semakin mewah dan semakin maju, politik BN masih lagi bersifat tahun 90an.
Biro latihan UMNO/BN telah gagal melaksanakan peranan, begitu juga Biro Penerangan UMNO/BN. Semuanya syok sendiri. Jadi untuk kali ini, DSN serta TSM perlu korbankan diri demi kelangsungan politik BN. Jika kaum cina masih terus menolak BN maka pedulikan mereka. Bantu dan bangunkanlah kawasan yang telah memilih BN kerana mereka lebih menghargai BN.
Soalnya, apakah DSN dan TSMY berani mengambil tanggung jawab tersebut?.