Desas-desus sudah berbunyi ura-ura presiden UMNO akan dicabar. Setiausaha Badan Perhubungan Umno Wilayah Persekutuan yang juga Ketua Umno Bahagian Cheras Datuk Syed Ali Alhabshee mendedahkan ada percubaan jahat ‘langau-langau’ politik yang cuba melaga-lagakan hubungan baik Najib dan Muhyiddin.
Beberapa pemimpin tertinggi UMNO juga sudah bersuara supaya Presiden dan Timbalan Presiden tidak dicabar dalam pemilihan agung UMNO pada tahuin ini. Naib Presiden, Hishamudin Hussein Onn akan menentang apa-apa sahaja yang akan membahayakan atau melemahkan parti.
Sebelum pada itu Naib Presiden Umno Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata kedua-dua pemimpin itu perlu dikekalkan kerana kepimpinan mereka masih diperlukan untuk memacu Umno ke hadapan dan memenuhi aspirasi Barisan Nasional (BN). Ia bagi mengelakkan berlaku perpecahan dalam parti serta mahu gandingan Najib-Muhyiddin dikekalkan. Pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri Kedah Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah setuju kedua-dua jawatan ini tidak dipertandingkan lebih-lebih lagi dengan keadaan hari ini Umno tidak perlu digoncang. Dan dijangka akan ramai lagi pemimpin atasan UMNO akan mengeluarkan kenyataan dengan nada yang sama sedikit demi sedikit seperti berteh goreng.
Hakikatnya kali ini tiada siapa yang dapat mencegah atau menyekat Presiden, Timbalan Presiden atau Naib-Naib Presiden dari dicabar kerana ruang untuk akar umbi UMNO bangkit dan bersuara telah terbuka luas.
Pindaan perlembagaan UMNO yang telah diluluskan dalam pehimpunan Agung Khas UMNO pada 2009 telah membuka pintu kepada 146,500 anggota UMNO untuk memilih siapa sahaja yang mereka mahu.
Dua di antara tujuh perkara utama pindaan perlembagaan Umno yang telah diluluskan oleh perwakilan pada Oktober 2009 ialah:
1) 146,500 anggota peringkat akar umbi berkuasa memilih secara langsung pucuk pimpinan parti berbanding 2,500 orang perwakilan sahaja sebelum ini. Mereka juga akan memilih langsung pimpinan di bahagian masing-masing.
2) Penghapusan sistem kuota yang sekali gus membuka ruang seluas-luasnya kepada anggota untuk bertanding dengan syarat minimum bagi pertandingan mana-mana jawatan Majlis Tertinggi ialah pernah memegang jawatan Anggota Majlis Tertinggi atau Anggota Jawatankuasa (AJK) bahagian selama satu penggal. (DS Najib secara gentlemen pernah berkata beliau bersikap terbuka di sebalik semangat pindaan perlembagaan bahawa daripada segi jawatan presiden pun, beliau tidak mahu berselindung di sebalik kuota atau syarat-syarat ketat- Bernama 8/10/2009).
Sesungguhnya pemilihan UMNO kali ini amat penting kerana ia akan membawa cerminan sebenar kehendak akar umbi dan ia juga akan membawa hala tuju kepimpinan sehingga kepada pru14 pada 2018 yang akan datang.
Jika terdapat berbagai pendapat mengatakan UMNO tidak berubah maka kali ini lah masa nya untuk dilakukan perubahaan perdana secara besar-besaran. UMNO sendiri harus melakukan tsunami Melayu sebelum UMNO ditsunamikan dalam pru14 yang akan datang. Kata Elvis Presley “It’s Now or Never”.
Hari ini akar umbi UMNO melihat pemimpin UMNO sudah tidak boleh bersuara lagi untuk orang-orang Melayu kerana mulut mereka telah dipalam oleh aspirasi Barisan Nasional sehingga ke tahap menjadi pengecut takut dilabelkan sebagai rasis. Mereka juga takut bukan setakat berkawan tetapi juga untuk berada di dalam majlis NGO-NGO yang berjuang atas kepentingan Melayu. Bukti terkini ialah apabila institusi Raja-Raja dihina oleh cybertrooper DAP pemimpin atasan UMNO tidak berani besuara dan hanya NGO-NGO yang pro aktif bangun sebagai 'champion' menyalak menentang anasir ini.
Kebangkitan NGO-NGO Melayu yang tumbuh bagai cendawan ialah kerana orang Melayu tidak lagi yakin dengan UMNO untuk memperjuangkan hak-hak mereka.
Semua pihak harus menerima hakikat bahawa Presiden dan orang-orang presiden bukan lagi kata pemutus untuk menyekat jawatan presiden dari dipertandingkan. Pindaan perlembagaan yang diluluskan dengan tepuk sorak dalam dewan PWTC itu mesti diterjemahkan sebijak-bijaknya oleh ahli-ahli UMNO akar umbi. Melayu akar umbi UMNO harus bangun untuk buktikan mereka bukan langau-langau jika mereka melakukan perubahan pucuk pimpinan atasan. Biar langau-langau ini lakukan penyucian amalan politik wang di dalam UMNO, biar langau-langau ini buang sikap elitis di dalam UMNO dan biar langau-langau ini kembalikan UMNO kepada perjuangan yang asal.
Mungkin jika Najib dicabar dan tumbang kali ini kata-kata akhir beliau ialah beliau dilanda gelombang “tsunami Melayu” pulak.
Mami,
ReplyDeleteIni bukan kacau bubur asyura dalam kawah ada ubi keledek, kacang hijau, jangung, daigng lembu. Ini pemilihan UMNO..
Jadi bagi la depa pegang jawatan selagi ada bulan dan bintang.
ReplyDeleteMR.
Yang jadi risau kali ini ialah kumpulan broker dan agen politik.
Bukalah siapa yang ada kemapuna dan layak tandinglah apa jawatan pun.
Lagi pun UMNO parti demokrasi.
Rasanya UMNO tak akan lemah.
UMNO lemah kerana rasuah,politik wang,akhlak buruk,tak amanah dan tak Islamik.
Itu saja.
Pru13 hari masyukkk..ini kali lagi byk masyuuukk..kaya kaya kaya..
ReplyDelete