Thursday, June 13, 2013

PERANAN PENGARAH MELAYU DALAM SYARIKAT CINA. "CINA TATAK HELAN SAMA MELAYU"

Hari ini kita baca dalam akhbar Utusan Malaysia syarikat milik Cina sisih graduan Melayu. 
Kita juga pernah dilapurkan impak sampingan dari hasil Dasar Ekonomi Baru ialah kewujudan perniagaan Ali–Baba di antara Melayu dan Cina. Ali berkongsi perniagaan dengan Baba tetapi peranan Ali hanyalah broker atas nama Melayu untuk memudahkan Baba mendapat permit, tanah simpanan Melayu dan projek-projek kerajaan. 
Ali hanya menjadi ‘teman tidur’ Baba (sleeping partner) dengan hanya mendapat elaun sebagai ahli lembaga pengarah yang tidak berapa sen manakala perjalanan pengurusan perniagaan masih di bawah kuasa Baba. 
Ali tidak ada suara dalam syarikat Baba dan bila-bila masa jika Baba telah mendapat apa kehendak nya Ali akan ditendang keluar. Habis manis sepah dibuang. 
Hari ini pun masih terdapat ramai Melayu yang dilantik dalam syarikat Cina sekadar berperanan menjadi broker untuk mendekati pak menteri bagi mendapatkan projek kerajaan yang dikuasai menteri Melayu. 
Yang lebih melucukan Melayu-Melayu yang dilantik ini konon cukup kuat keMelayuannya menyalak atas nama Melayu bagai nak rak tetapi dibayar Cina untuk menjadi broker sahaja. 
Melayu-Melayu ini langsung tidak dapat menolong Melayu yang lain kerana mereka tidak ada ‘say’ dalam pengurusan syarikat Cina tersebut. 
Sesungguhnya jenama Melayu dalam negara ini sungguh berharga dan amat menguntungkan bagi oportunis Melayu ‘urban’ dan Melayu elit yang pandai menjual nama Melayu. Melayu di desa dan Melayu pertengahan di akar umbi hanya menjadi alat untuk mendapat sokongan kuasa Melayu dalam pilihanraya. 
Apakah jenama ini masih boleh bertahan? jika Melayu hari ini bukan setakat menjadi pengemis dalam syarikat Cina tetapi lebih parah ialah mengemis undi Cina untuk menang dalam pilihanraya konon untuk mengekalkan kuasa Melayu. 
Padan lah jika “Cina Tatak Helan Sama Melayu” kerana ada Melayu yang boleh dibeli dengan nilai yang begitu murah.

9 comments:

  1. betul!!!!sbb umno mahu melayu bodoh sampai mampos!yg kaya dan berharta semua anak pm,menteri2,kroni w/pun bodoh....masuk kg dan felda jerit pasal 'ketuanan melayu'....utk terus berkuasa BUKAN UNTUK MELAYU TERBANYAK!!!!!!

    ReplyDelete
  2. Apa daaaa bercakap nak buy chinese last tapi bila nak lawan jawatan dalam UMNO minta duit kat Cina nak perjatuhkan kawan dalam pertandingan.
    Apa daaa...padan muka pilihanraya lepas bila Cina tak undi calun BN semua nak marah kata Tsunami Cina ...ada aki kaaaa????????

    ReplyDelete
  3. Terima Kasih mummyrokiah sudi berkingsi pautan posting ini di Bru. Orang Melayu jadi pengarah dalam syarikat bukan Melayu bukan sesuatu yang baru atau asing. Kalau Melayu macam Ali dan Zaini boleh mengukuhkan kedudukan dan kepentingan Melayu dalam Redtone, kita harus alu-alukan. Tapi kalau setakat macam Ali Baba, memang tak gunalah. Terima kasih

    ReplyDelete
  4. Dalam senarai di atas ada nama Datuk Zaini Hasan..apa cerita? tak kan depa pun kena jual dgn Cina?

    ReplyDelete
  5. zaini hassan...huhu...best la ko..tulis berapi-rapi..ali babun jugak ko yer...mummy komen la sikit..apa beza dia ngan azran rani

    ReplyDelete
  6. MR.
    Apa nak sembunyikan lagi.
    Dibelakang pemimpin UMNO Meleyu adalah Cina.
    Termasuklah Menteri,Timbalan Menteri,Ketua bahagian.
    Termasuklah juga MB,KM,EXCO,YB-YB.

    Lepas tu suruh buat-buat lakonan marah Cina.

    Orang UMNO bawahan bukan tahu apa.
    Mereka kira asyuk je.

    Itulah UMNO namanya.Cakap lain buat lain.

    ReplyDelete
  7. Tanya zaini tu hutang Mara mase blajaq masters dulu dah setel ke? Yg lain jgn tanya, tanye bab tu dulu...duit Mara ni utk anak melayu yg lain jugak...dok banglo n dpt kreta mewah n gaji besaq tapi utang mara kome udah bayor ke yob?

    ReplyDelete
  8. Yes Bro,
    I agreed that this Melayu only Talk that's why the result is Cock. Talk Cock.
    To the Melayu folks in the kampung they sweet talk to get support but back in Kuala Lumpur tha Chinese is behind them they kawtaw with the Chinese "lick the Chinese's ball".
    So? Buy Chinese Last wont work maaaaa....

    ReplyDelete
  9. Nama lain saya tak hairan... Tapi Dato Zaini Hassan?? Biar betul? Puas saya gosok mata, kot tersalah baca, tersalah tengok gambar...

    ReplyDelete

Bloggers adalah mereka yang digolongkan berakal, waras, bijak dan berilmu serta dikira mempunyai peradaban yang tinggi. Elak dari bahasa-bahasa lucah atau yang tidak bersopan.
Sesungguhnya yang ampunya blog tidak akan bersubahat, bertanggung jawab dan menafikan segala bahan-bahan tersebut.