Selepas kepimpinan 100 hari Mukhriz sebagai MB Kedah rakyat bawahan masih tidak dapat menyelami, menghayati dan menjiwai apa yang di katakan “Kedah Aman Makmur – Bersama Memacu Transformasi”.
Slogan ini gagal mengetuk pintu hati rakyat Kedah yang sedang ternanti-nanti kejutan wira mereka menangani padang yang hampir menjadi jarak dan terkukur dek dilanggar garuda Pakatan Rakyat yang lepas.
“100 days gone hai..hai.., bye..bye..” Masih tak Nampak “the WOW!!! effect”.
Di mana ‘bottle neck’ nya ? Team media, exco, GLC dan jentera pentadbiran masih terawang-awang di awang-awangan mencari gawang didoakan jangan sampai simpang kelewang.
“Slogan Kedah Aman Makmur- Bersama Memacu Transformasi” yang mengambil tempat sologan “Kedah Sejahtera” masih tidak meresapi urat nadi rakyat bawahan.
"Entah apa yang dinantikan Mukhriz pun kita tak tahu" kata seorang pemerhati politik.
"Entah apa yang dinantikan Mukhriz pun kita tak tahu" kata seorang pemerhati politik.
Exco-exco yang dilantik pun gagal menghayati slogan ini dengan jelas. Mesej besar ini tidak nampak dibawa dalam ucapan-ucapan mereka semasa di dalam majlis resmi rakyat.
Jika ini berlarutan maka dibimbangi slogan ini akan mejadi basi dan ‘anti climax’ yang hanya gah dibibir.
Ultra Mukhriz yang sedang ditunggu-tunggu oleh rakyat belum lagi terjengol dan selama mana rakyat akan menjadi penunggu yang setia masih menjadi tanda tanya. Masih tak Nampak. Dengar ada tapi mata tidak dapat melihat.
Mukhriz sedang ‘juggle’ 2 biji bola, badan perhubungan UMNO negeri dan pentadbiran Kerajaan yang masih belum seleasai. Kini ada cakap-cakap Mukhriz akan bertanding Naib Presiden UMNO pula bermakna nya tambah lagi satu bola.
Realitinya biarlah Mukhriz buktikan kemampuannya mentadbir negeri Kedah dengan cemerlang dahulu dan ini akan menjadi bekal kelak bukan setakat bertanding Naib Presiden malah Timbalan Presiden pun dikira ampuh kerana umur Mukhriz masih muda.
Lirik lagu Sweet Charity mungkin sesuai untuk disiulkan "Jangan Tunggu Lama-Lama, Nanti Lama-Lama Nanti Diambil Orang"
Lirik lagu Sweet Charity mungkin sesuai untuk disiulkan "Jangan Tunggu Lama-Lama, Nanti Lama-Lama Nanti Diambil Orang"
Kerajaan UMNO Kedah yg dipimpin Muhkriz memang jelas lembab dan malap.
ReplyDeleteManakala EXCOnya pula masih syok sendiri.
Slogan Pentadbiran Muhkriz belum sampai kebawah.Sekarang semua beri tumpuan pada pemilihan sahaja.Rakyat Kedah sudah mula meluat dengan pemimpin Kerajaan UMNO Kedah.
Sepaptutnya 100 hari lebih sudah ada dua atau tiga blue print Mukhriz.
Manakala EXCO nya pula lebih teruk dari EXCO zaman Pak Lebai PAS.
Dikatakan 4 EXCO Kedah zero knowledge (tak tau apa).
Elok guna solgan baru pula.
KEDAH MAKIN TEROK.
Ha..ha..mummy rokiah sudah mula jadi mummy jarum. Nampak sangat anti dengan Tun Mahathir dan family. Tak apa lah mummy, ini kan lumrah dunia berpolitik jadi teruskan lah permainan jarum kotor mummy tu.
ReplyDeleteSetuju cakap MR..kelakar jugak cara penulisan posting..hehe
ReplyDeleteHairan ada sebahagian rakyat Kedah yang masih terliur dengan slogan “Kedah Aman Makmur – Bersama Memacu Transformasi” meskipun 'wawasan 20sen-20sen'dah dilaksanakan dan semakin memakan kuasa pembeli rakyat hari demi hari lantas di mana aman makmurnya? Dulu rakyat diberi pembelaan oleh PR bahawa harga minyak akan turun jika PR menguasai Putrajaya tapi sebahagian rakyat khasnya rakyat desa yang patriotik dan beraqidah Sunnah wal al rasuah kureng yakin dan masih percaya dengan propaganda UMNO/BN yang mereka adalah pembawa kemakmuran. Padan muka dan kini rakyat didengungkan dengan pemilihan UMNO yang pemimpin UMNO akan bersaing yang dia lebih Melayu dan Islam dari lawannya dan akan membawa negara ke arah kemakmuran, sulit nak faham psikologi dan minda orang Melayu feudal kerana mudah diklentong oleh pemimpinnya selama 56 tahun! Hidup anak Kutty Iskandar !
ReplyDeleteKomen mummy sangat penting untuk UMNO Kedah terus leka dibuai mimpi indah menang tempoh hari itu.
ReplyDeleteDan itulah UMNO !!!
MR,
ReplyDeleteKerja mengkritik dan beri komen mmg kerja yang sangat mudah..mcm MR sendiri..tetapi kalau nk buat tak semudah yg kita sangka. MM ( Mukhriz Mahathir) mmg miliki kekurangan dan kelemahan,dia pernah akui yang dia perfect..tetapi tindakan tindakan MM satu persatu tlh diambil...cuci masalah peninggalan Kerajaan Kedah Sejahtera dlm KUIN misalnya..an yh paling penting ketegasan terhadap penularan ajaran Syiah yg blh akibatkan tersimpangnya akidah ummah..blm ada MB yg bertindak sejauh MM spt d Kdh..tapi biasalah..org mcm MR rasanya tak anggap itu sebagai sesuatu yg ada high impact...tetuskan bercakap MR...kalau MR di tmpt MM..agaknya lagi kong kali kong...wallahualam.
Biasa laaa MR,
ReplyDeletePengampu-pengampu UMNO akan menyuruh Mukhriz bertanding mereka takut kelak apabila Tun M dah tak ada aura Mukhriz pun akan hilang.
Saya bersetuju jika Mukhriz buktikan dahulu kewibawaan nya memajukan Kedah dan membebaskan Kedah dari politik Melayu sempit.
Jika ini ini terbukti maka Mukhriz secara tidak langsung akan keluar dari aura bapanya Tun M dan Mukhriz akan tampil sebagai pemimpin sejati yang kuat.
Lima tahun bukan lama sehingga hari ini pun dah tinggal hanya empat tahun lagi.
Terima lah seadanya bahawa kejatian kepimpinan Mukhriz masih belum terampil.
WASALLAM.
Mummy,
ReplyDelete100 hari orang menikah pun tak dapat anak lagi la mummy. Kalau dah termengandung luaq nikah tu mungkin la..Kurang2 bagi la kat Mukhriz masa setahun untuk atoq balik pentadbiran Negari Kedah yang tunggang langgang dibuat dek pak lebai PAS 5 tahun lepas tu.
Mummy tak payah la tulis benda2 meqapu macam ni.Mummy tau semua ka apa yang tengah Mukhriz dok buat untuk Kedah skrg. Tak kan apa yang dia nak buat semua kena report kat mummy kot.Mummy ni meqapu la.
So kita bagi masa setahun kat Mukhriz untuk dia atoq dan mulakan pentadbiran dan pembangunan baru Negeri Kedah ok.Lepas tu baqu boleh kita nilai dan komen keja dia.
Sebenarnya ukuran 100 hari itu memang tepat bagi sebuah kerajaan dan nilai seorang MB.
ReplyDelete5 tahun bukan lama.PRU 14 cuma berbaki 55 bulan sahaja lagi.Tak perlu ada report pun rakyat boleh menilai dan buat perbandingan.
Nak pesan pada Mukhriz jangan percaya sangat pada kaki pembodek dan kaki cium tangan.
Kumpulan inilah juga akan jadi perosak karana bodek berlebihan.
MR rasa saya ikhlas.
Cuma nak pesan tentang perasaan pelanggan sebuah kerajaan UMNO Kedah.
Maka
MR pun
SEDAP BAGI TAHU ORANG RAMAI.
TAK SEDAP BAGI TAHUN TUAN KEDAI SENDIRI.
Setakat hari ini Restoran Mukhriz belum ada selera lagi.
Itulah keadaannya.Jadilah Restoran syok sendiri.
Mukhjriz dan EXCO dan ADUN nya kena pro aktif dengan agenda pembangunan,kebajikan,ekonomi,pelajaran,agama,politik,dan sebagainya.
Biasalah MR mengkritik aje kepandaiannya. Kita pun tak nampak apa jasa MR selama ini. Standard MR sama je mcm blogers yg lain tu. Semua orang boleh mengeluarkan kata2 dan pendapat. Tetapi nak merealisasikannya bukan mudah. Memerlukan perancangan dan penelitian yang tepat agar apa yang dirancang dan cuba dilaksanakan tidak terbengkalai di pertengahan jalan. Kita dirumah pun memberi masa kepada anak2 untuk membuktikan kebolehannya dalam pelajaran. Agaknya anak Mummy masuk sekolah terus pandai kut? Usin Bolt pun mengambil masa yang alama berlatih berlari baru dapat buktikan kehandalannya. Cakap senanglah Mummy.
ReplyDeletePuteraNS
Dear Mummy..
ReplyDeleteBetoi ka sgt kata mr yg dlm 100 hari ni xdak nampak wow effect ka apa effect ka...nampak mcm autodrive dpd tok jan kepada mm, walo pon beralih dpd umno pada pas..
Mm adalah antara mb dan km baru...di perlis tu jgn dok kata la dia mmg lambat skit, exco depa pon habis sgt pon takat diploma ataupon blajaq cara pos...lagipon mb baru perlis ni bukan org politik, dia ptd..sapa yg taw pasai ptd ni taw la sgt camna jenih depa buat keja..
Kalu nak bandin, buat la dgn idris haron km melaka...mencanak naik dgn sifat melayu dia...kalu dulu ali ketam kaki cum pungkoq cina idris ni x bagi muka lgsg kt cina...sampai la ni p la tengok ada saja anak cina ka bapa cina dok kelilin ali ketam, tapi ckp pasai melayu kunun!
Kalau nak tengok, mm kena la dibenchmark kan dgn idris, umoq lebih korang sama, sama2 naik masa yg sama..sama2 tempoh 100 hari...ni lah beza nya golongan bangsawan dgn anak kampung yg denyut nadi rakyat adalah denyut nadinya...
Dengaq kata mm dok sorang di titi gajah tu..wife pon x berapa maw nak dok aloq setaq, bukan ka? Makan dok pakai chamcha lagi...kasut pon dok kelilaw dlm rumah...mcm mana kata pemimpin jiwa rakyat atau pemimpon rakyat...ironi nya kedah adalah negeri org kampung manakala melaka adalah negeri maju...beza la tengok camna, bukan ka?
Anak bangsawan ni sama la dgn yg dok ada di seri perdana ni...depa sama saja...jadi jgn la ampa nak bela lebih2 sgt mm ni...belum nampak lagi terror dia mcm mana, org lain dah nmpak...dr zambry anak org kampong dah tunjok jantan dan melayu lama dah...
Mungkin pasai takdak dah org len kot nak jadi mb kedah ni...bukan ka?
Din Tunjang..
Telah dilaporkan oleh juruodit negara bahawa negeri-negeri di bawah Pakatan Rakyat ( PR ) termasuk Kedah laporannya lebih baik daripada negeri-negeri di bawah BN.
ReplyDeleteJadi, kepada pemangkah BN korang ambillah hadiah yg Najib bagi. Kos hidup naik mendadak ekoran harga minyak naik, tarif air di Kedah akan naik, cukai GST dikenakan.
Terima kasih BN ( Barang Naik ).
aku rakyat,penah sokong PR dn pru_ 13 dh pn mnyokong BN..bkan apa nk test aura populis keramat,so..utk pru 14 nie aku nk listing ,kemampuan,pelaksanaan dan kepenting kemajuan utk rakyak,so tngah memantau la ni..
ReplyDelete