"Sebelum ini, kami telah berjumpa dengan pengurusan tertinggi Petronas seperti yang diaturkan Penasihatnya, Tun Dr. Mahathir Mohamad namun apa yang berlaku selepas itu, kami mendapat maklum balas negatif.
"Tun (Dr. Mahathir) kemudiannya sekali lagi memberitahu akan mengatur semula pertemuan tersebut dengan beliau sendiri menjadi saksi, namun kami difahamkan sehingga kini pengurusan tertinggi Petronas masih belum memberi maklum balas," katanya.
PETRONAS ADA AGENDA HAPUSKAN USAHAWAN BUMIPUTERA?
KUALA LUMPUR 7 Nov. - Petroliam Nasional Bhd. (Petronas) dilihat seolah-olah mempunyai agenda tersembunyi menghapuskan kepentingan usahawan bumiputera dalam syarikat itu menerusi polisi yang diperkenalkan sejak pengambilalihan barisan kepimpinan baharu.
Pengerusi Kluster Minyak dan Gas, Majlis Tindakan Ekonomi Melayu (MTEM), Tengku Putra Tengku Ahmad berkata, polisi baharu itu meletakkan pelbagai halangan sehingga menyebabkan penggiat industri tempatan sukar mengambil bahagian sekali gus membuatkan mereka terpinggir.
"Polisi ini bercanggah dengan dasar penubuhan Petronas yang sepatutnya membantu melonjakkan ekonomi masyarakat bumiputera.
"Apa yang berlaku hari ini, daripada projek ratusan juta ringgit melibatkan telaga minyak di tengah laut hingga kepada kontrak pembekalan roti, kuih-muih dan nasi lemak di stesen minyak Petronas, semuanya diberikan kepada syarikat asing," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas sesi pertemuan tertutup usahawan-usahawan industri minyak dan gas bersama media di pejabat MTEM, dekat sini hari ini.
Pertemuan itu dihadiri hampir 15 penggiat industri yang sebahagiannya merupakan syarikat-syarikat yang pernah dan masih terlibat dalam Program Pembangunan Vendor (VDP) Petronas.
Menurut Tengku Putra, Petronas kini bukan sahaja lebih mengutamakan syarikat-syarikat asing tetapi mempunyai persepsi negatif terhadap syarikat-syarikat tempatan.
"Seperti yang kita dengar daripada luahan salah seorang bekas VDP yang hadir, jika syarikat asing buat silap, Petronas boleh maafkan. Namun jika syarikat tempatan yang buat silap, mereka akan terus disenaraihitamkan," ujarnya.
Beliau berkata, MTEM yang terdiri daripada 47 buah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) ekonomi Melayu akan terus berjuang bersama-sama penggiat industri tempatan dalam menuntut keadilan dan mengembalikan semula agenda sebenar Petronas.
"Sebelum ini, kami telah berjumpa dengan pengurusan tertinggi Petronas seperti yang diaturkan Penasihatnya, Tun Dr. Mahathir Mohamad namun apa yang berlaku selepas itu, kami mendapat maklum balas negatif.
"
Tun (Dr. Mahathir) kemudiannya sekali lagi memberitahu akan mengatur semula pertemuan tersebut dengan beliau sendiri menjadi saksi, namun kami difahamkan sehingga kini pengurusan tertinggi Petronas masih belum memberi maklum balas," katanya.
Ingat dasar pentadbiran UMNO/BN adalah menyuburkan program kapitalis kronisme ala UMNO, jadi nak bantu mengembangkan usahawan Melayu yang majoritinya relatif miskina hanyalah retorik/kosmetik. Kalu tak percaya mana dia jumlah SME/IKS yang telah berkembang sejaka 56 tahun dulu. Berbilion-bilion RM dan berpuluh-puluh ajensi kerajaan ditubuhkan bagi membina bangun ramai peniaga Melayu berkualiti bumiputra tapi yang sebat semua peruntukan itu adalah kroni UMNO. UMNO tetap akan melalak dan melaung nak bina ramai lagi golongan peniaga Melayu yang kononnya nak lawan dengan peniaga Cina, tapi itu cuma untuk meneruskan lagi atau memantapkan lagi penyuburan kroni-kroninya. Petronas tak akan bantu peniaga Melayu yang kurang cekap dan kureng pengetahuan kerana dasarnya adalah untuk mengaut untung semaksimun mungkin kerana ia berjalan atas dasar kapitalis. Hakikat ini tidak difahami oleh ramai orang Melayu yang telah diindokrinkan yang UMNO itu adalah pembela orang Melayu dan kegagalan merekan adalah adalah halangan besar dari kaum peniaga Cina, maka orang Melayu tiada pilihan harus bergantung pada program kapitalis kronisme UMNO untuk survive.
ReplyDelete