Memang hampir tepatlah pendapat ramai rakan atas pagar yang mengatakan "orang
UMNO" kalau dengar sahaja projek Kerajaan tak ubah seperti kucing lapar ikan. Teliurnya menitik sehingga ke dagu. Perebutan projek Kerajaan sesama
orang UMNO sendiri sudah lumrah ianya ibarat perebutan sebiji bola oleh 22 pemain dalam
gelanggang Piala Dunia.
Di dalam perebutan projek sesama sendiri ini ada yang menggunakan kaedah tikam belakang,
tikam depan, tikam rusuk kanan, tikam rusuk kiri, das kaki kanan, das kaki kiri, lompat tikam dan berbagai lagi
malah yang lebih memalukan ada yang sanggup menarik londeh seluar sesama kawan. Apa juga
cara diguna pakai untuk mencapai matlamat.
Semuanya hanya berpunca dari saling kejar mengejar
projek-projek kerajaan baik yang kecil mahupun yang mega. Baik yang sekenit mahu pun yang gajah. Baik projek jangka
pendek mahupun projek jangka panjang.
Matlamat akhir kesemuanya ini adalah sebagai mengumpul sebanyak mungkin bekalan untuk
menabur wang ketika bertarung dalam pemiilihan UMNO yang akan datang. Mereka percaya dengan wang itu
kelak mereka mudah menyogok perwakilan dan membeli kuasa. Dengan wang mereka kekal berkuasa sebagai Ketua
Bahagian dan Wakil Rakyat (itu pun kalau mereka menang pilihanraya).
Blog ini yang menjadi mata, telinga dan suara rakyat cuba
menyuarakan rungutan kontraktor kecil yang periuk nasi mereka sedang dipasirkan
maka ada pula penulis yang cuba membela dan konon ada cubaan mencemar imej exco.
Jika diteliti tulisan
di atas ianya amat jelas lagi bersuluh telah membuktikan ada perebutan projek di antara sesama sendiri
di dalam UMNO hari ini. ADUN dan Ahli Parlimen tidak ngam kerana berebut
projek. Peruntukan projek Ahli Parlimen pun hendak digagau oleh ADUN.
Kemelut ini berlaku hampir di majoriti di kawasan atau bahagian di dalam negeri kedah
di mana Wakil Rakyat tidak memegang
jawatan Ketua Bahagian. Sehinggakan Pegawai Daerah di daerah tersebut pusing
kepala.
Terdapat juga punca ini berlaku akibat dari desakan kuncu-kuncu dan opportunis yang dulu telah
melabur ribuan ringgit dengan memenangkan Si Polan bin Si Polan sebagai Ketua Bahagian
dan hari ini mereka menagih kembali hutang mereka yang mereka rasa patut dibayar balik.
Persoalannya bagaimana kah kesudahan semua episod ini? Ke mana kah hala tuju
politik BN dan UMNO di Kedah hari ini? Di mana slogan rasuah sifar seperti yang dilaungkan MB, Mukhriz Tun Mahathir? Sedar kah mereka? mereka baru
sahaja celik menjadi pemerintah kini sudah nampak belang apabila berlaku perebutan projek kerana mahu cepat kaya.
Bagaimana perasaan rakyat yang memilih mereka dahulu? Akan kekalkah
rakyat menyokong BN/ UMNO jika begini lah kelaku dan perangai yang jelas penuh keserakahan.
Memang tepat seperti kata pepatah Melayu “Mati semut kerana gula”
dan “Mati UMNO Kerana Harta”.
"Harta Yang Ada Sekangkang Kera, Menjadi Rebutan Bagai Nak Gila, Kelak Tergadai Hilang Kuasa, Mata Terbeliak Lari Cempera. Jangan Dok Cari Salah Siapa, Kerana Diri Ampunya Angkara"
Kemarin 1 hari exco ini ada di MOF. Cari projek lagi nampak gayanya. Cuba tanya exco penyamun tu nak minta minit pun minta sampai puluhan K.
ReplyDeleteMemang tepat mati U MNO kerana harta dan berebut projek.
ReplyDeletePuncanya agihan yang tidak adil.Istilah CLOSE TENDER yang selalu jadi mainan di Pejabat Daerah,SUK,SDO,KEDA,MADA dan lain lain lagi.
Semua ini wayang belaka.
Cerita EXCO yang bernafsu besar hingga lupa pada rakyat amat tidak patut sekali.Kalau EXCO pun kaki rembat semua rezeki dan projek di Kedah.PRU 14 nanti bagi orang keliling dia lah undi BN.
MB Kedah selaku peneraju Kerajaan Kedah kena lihat benda dan isu ini dengan adil dan saksama.Jangan buat pekak badak sahaja.
Berilah peluang sama rata dan adil pada rakyat juga ada tanggung bela anak bini.
Apakah gaji dan elaun EXCO atau SETPOL tak cukup ke.Kalau tak cukup carilah kerjaya lain yang tidak gannggu rezeki rakyat.
Kalau EXCO dan SETPOL pun kalut dengan buat harta kekayaan yang tak betul masa mana nak jaga kebajikan rakyat.
Diharap MB Kedah tolonglah tengok dan siasat akan hal ini.Kalau tak betul ada unsuir fitnah sila buat penafian segara.
Jangan jadi pemimpin tamak haloba.
kah kah kah
ReplyDeletesindri pangkah sindri komplen pulakk
siapa bunuh siapa sekarang ni???
ReplyDeletebila tender bumiputera, yg di pilih harga tender terendah sedang penjawat awam berkaitan tahu harga yang ditawarkan memang tidak masok akal & memang tidak menguntungkan malah tidak mampu untuk disiapkan.
bila tender tertutup, memang semua kerja2 keji mereka terpaksa tutup sebab harga memang meleTOP.
bila tender selektif, jangan terkejutlah jika 1 - 5 petender adalah datang dari satu tuan.
yang ngam-ngam cukup makan terkadang kala macam nak hidup segan sebab kena 'menabur' dari A - Z.
siapa mahu kita salahkan...
Harap pagar .Pagar makan padi.EXCo gunting dalam lipatan.
ReplyDeleteBaru sedar ke kerja orang UMNO memang kaki rembat, dahulu kini dan selamanya, he he he
ReplyDeletesendiri pangkah sendiri komplen,...hahahahah lawak lawak
ReplyDeleteTak boleh ke projek tu dikongsi ramai-ramai, dapat sikit sorang ( telah pun dilaksanakan di Rompin Pahang ).
ReplyDeleteMasalah sebenar sebab ada individu yang tamak dan dia je yang nak makan besar!....
Contoh yg baik didepan mata. Contoh manusia-manusia yg cintakan dunia dan tak ingat mati. Apa pun bagi org yg beriman tak perlu lah risau. Allah dah tentukan rezeki masing-masing. Ingatlah setiap rezeki yg bukan haknya hanya akan merosakan generasi seterusnya.. Anak cucu akan menyalahkan kita kerana memberi mereka makan dan kemewahan yg bukan hak mereka...
ReplyDeleteMummy tau ka dah 30tahun parti malaun dok wayang hidup melayu sampai kini, sebaiknya rendam surkhabar utusan bagi depa minum telan retorik pembohongan mereka sendiri.
ReplyDeletesalam...mummy..mohon utk diwar-warkan..blog baru saya. Sanggul melayu diwujudkan semula..kesinambungan Sanggul Melayu yang dulu.
ReplyDeleteSalam manis..
http://cczsanggulmelayu.blogspot.com/
Klu tanggo ada dalam MH17, MR nak ucap takziah dak?
ReplyDeleteTu dia.Bala dah turun melalui MH 17.pasai pemimpin umno tak amanah.
ReplyDeletesuka potong rezeki orang lain.
doa orang ramai .............
carilah harta dunia sebanyak-banyaknya...tapi perlu kamu PASTIKAN bahawa soalan yang akan ditanya oleh Munkar dan Nakir di dalam kubur sekankang kera itu akan dapat dijawab dengan betul....kerana harta itu tidak di bawa ke dalam kubur walau satu senpun... yang di bawa hanyalah keranda dan kain kafan yang nilainya tidak sebanyak harta yang direbut sesama di atas dunia dulu.......cukuplah MATI menjadi pengajaran.
ReplyDeleteaha,exco tu pjbt pn dh lengang..sepi..yg dok p kwn2 semaharaja projek..rakyat dok p satu haram apa tk bleh selesai satu benda pn..nk mendahulukan rakyat apa kemenda..rosak2..
ReplyDeleteSalam mummy....
ReplyDeletePasal berebut projek nih memang dah jadi lumrah...sebab tuh ada orang kata klu nak jadi kaya baik masuk politik...tak yah buat bisnes....
Jadi berbalik pasai berebut projek nih...yang menyakitkan hati bukan sesama kontraktor yang tak dapat projek jer...tapi tuan punya projek pun boleh sakit hati bila menengokkan dia punya hasil projek yang dibuat oleh kontraktor2 kroni...
Jadi saya cadangkan...pada pihak yg bukak tender projek dan dah pilih kontraktor utk buat projek tersebut...saya cadangkan pihak yang tuan punya projek tuh buat agreement dengan kontraktor...siap cop peguam lagi....dalam agreement tersebut mungkin perkara2 berikut boleh dimasukkan sbg content of agreement:
1. Projek yang diberi mesti siap dalam masa yang dipersetujui oleh kedua-dua belah pihak...jika lambat siap cthnya lambat seminggu...tuan punya projek berhak memotong 10% daripada kos projek yang akan dibayar oleh kontraktor....
2. Berkenaan after sales service...setiap defect yang dikesan oleh tuan punya projek dalam setiap hasil projek dari kontraktor, pihak kontraktor perlu selesaikan masalah tersebut dalam jangkamasa yang dipersetujui oleh kedua belah pihak..jika tidak, tuan punya projek berhak menyenaraihitamkan kontraktor yang gagal dan pihak tuan punya projek berhak mewar-warkan kegagalan kontraktor tersebut kepada semua jabatan didalam kerajaan negeri atau persekutuan....
3. Bagi kontraktor yang berjaya memenuhi perjanjian yang termaktub dalam surat perjanjian ini...pihak kontraktor akan dianugerahkan satu bintang di mana untuk projek2 yang akan datang kontraktor ini akan diutamakan apabila tender projek dibuka...
kepada kontraktor yang berjaya mencapai tahap 5 bintang...untuk projek akan datang..tuan punya projek dicadangkan untuk buat direct nego sahaja dengan kontraktor2 5 bintang ini...kerana kalau dah dapat 5 bintang bermakna kerja kontraktor2 ini memang tip-top...
tinggal sekarang kontraktor2 ini ada bran ka nak sign agreement...??? Silap haribulan leh tertungging...klu betoi haribulan leh dapat rewards...amacam mummy..??