Thursday, November 13, 2008

BUMIPUTERA : Reality Check

Government Relaxes 30 Percent Bumiputera Equity Ownership For Companies Seeking Listing

KUALA LUMPUR, Nov 13 (Bernama) -- The government on Wednesday relaxed the 30 percent bumiputera equity ownership for companies wanting to be listed but have yet to fullfill the quota.

Deputy Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak said the relaxation, which would take effect immediately, was to ensure that the Malaysian capital investment market stay progressive and competitive. Bernama

KOMEN:
Untuk Renungan dan Perhatian Kepada Melayu-Melayu yang sedang Tidoq.
Di dalam suasana krisis ekonomi global sekarang Kerajaan terpaksa akur dengan tekanan pasaran global untuk menghadapi persaingan. Kuota 30% Bumiputera dalam pasaran saham terpaksa dikendurkan. Melayu seharusnya bersedia dan sedar dengan arus gelombang krisis ekonomi dunia hari ini, mereka akan jadi "irrelevant". Globalisasi akan meratah mereka mentah-mentah.

Seharusnya peluang yang ada jangan dibazirkan dan disia-siakan. Yang mendapat saham di bawah peruntukan Bumiputera seharusnya bijak meguruskannya. Jika tidak yang dikejar tak dapat yang dikendong berkeciciran.

Kalau hangpa Melayu dok lena dan tidoq hangpa terlepaih bas. Balik Pulau Bayan Lepaih, Sana Terpelau Sini Terlepaih. Yang dok dalam tangan kena kebaih.

2 comments:

  1. Mummy,

    Melayu kena jagak dari tidur siang hari jgn dok jadi hulubalang syarikat bukan melayu saja . Ramai pemimpin pemimpin melayu hanya setakat jadi lembaga pengarah dan pengerusi pengerusi syarikat bukan melayu tapi takda kuasa depa jadi perhiasan dalaman saja yg paling teruk tu konsep alibaba dok bagi pinjam nama saje depa happy dapat ambil gaji bulanan sudah.
    Melayu yg pegang tampuk kuasa misal nya GLC pulak satu hal tak ada semangat nak bentuk usahawan tulin melayu depa ni lebih international dari Amerika dan orang putih depa nak dealing lansung dgn syarikat syarikat international saje konon nya syarikat melayu tak ada standard takda semangat guangxi sesama melayu.
    Cuba belajar dari syarikat saperti Gamuda , YTL ,Berjaya ,Digi,Maxis ,dll bagaimana depa guna guangxi .

    ReplyDelete
  2. Mummy cadangkan mereka pi belajaq kepada Daim Zainudin.
    Macam mana?

    ReplyDelete

Bloggers adalah mereka yang digolongkan berakal, waras, bijak dan berilmu serta dikira mempunyai peradaban yang tinggi. Elak dari bahasa-bahasa lucah atau yang tidak bersopan.
Sesungguhnya yang ampunya blog tidak akan bersubahat, bertanggung jawab dan menafikan segala bahan-bahan tersebut.