Thursday, November 13, 2008

UMNO Kearah Menjadi Dinasour

Dr. M: Siapa saja boleh jadi PM asalkan "Bangsa Malaysia"

PUTRAJAYA: Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, sesiapa saja, baik Melayu atau bukan Melayu, boleh menjadi Perdana Menteri Malaysia asalkan dia "Bangsa Malaysia".

Bekas Perdana Menteri itu berkata, undang-undang negara ini menetapkan bahawa siapa saja boleh menjadi Perdana Menteri tetapi dia mestilah pemimpin sebuah parti yang mendapat sokongan majoriti.

"Jika kita cakap mengenai PM bukan Melayu, kita dianggap bersifat perkauman. Kita tidak boleh menyoal sama ada dia Melayu atau bukan Melayu," katanya kepada pemberita selepas berucap pada siri Wacana Perdana "Bangsa Malaysia" di sini hari ini. Bernama

KOMEN :
Memang sah seperti Mummy nyatakan di sini UMNO akan menjadi Dinasour. Mahathir, bekas pemimpin agong pun kearah matlamat yang sama untuk mendinasourkan UMNO.

5 comments:

  1. mummy, saya pun kadang2 tak faham apa yang mahathir khabarkan.

    saya akui mahathir memang genius dan kita yang serba kekurangan ini amat sukar nak menduga apa maksud tersirat setiap kenyataan tun dr. mahathir..

    namun kenyataan beliau semalam mengundang seribu persoalan di benak saya. bukan ke telah termaktu bahawa PM malaysia mesti berbangsa melayu?

    ReplyDelete
  2. bukan mudah nak jadi bangsa malaysia sebab tak sama dengan bangsa indonesia!..kalau kita dalami maksud TDM tu,bukan mudah untuk bangsa lain di Malaysia ni nak jadi Bangsa Malaysia!yang nak sgt jadi bangsa malaysia ni,orang Melayu saja!tak caya cuba tgk di keliling kita..semua org melayu yg rasa depa professional,mana mau cakap or tulis dlm bahasa melayu dah..nak dengar or tgk lagu n drama melayu pun rasa malu!tapi if kita tgk profesional cina,depa still hantar anak p SJKC,tgk saluran cina kat astro..
    so fikir-fikirkanlah..siapa sebenarnya sedang menghancurkan identiti Melayu itu sendiri!

    ReplyDelete
  3. memang dah terbukti....mahathir tu melayu ke?...

    ReplyDelete
  4. Salam Bloggers,
    Ini yang Mummy kata Melayu bakal diratah dan dimamah mentah-mentah. This is only the tips of the iceberg.

    ReplyDelete
  5. Salam Blogger,

    Mummy, 50 tahun akan datang melayu dah tak ada apa2 lagi...




    Ikhlas...

    ReplyDelete

Bloggers adalah mereka yang digolongkan berakal, waras, bijak dan berilmu serta dikira mempunyai peradaban yang tinggi. Elak dari bahasa-bahasa lucah atau yang tidak bersopan.
Sesungguhnya yang ampunya blog tidak akan bersubahat, bertanggung jawab dan menafikan segala bahan-bahan tersebut.