Wednesday, December 17, 2008

E mail dari Kassim Selamat

Di bawah ini Mummy siarkan email dari Kassim Selamat. Mummy ucapkan terima kasih kepada Kassim. Mummy mohon lain kali Kassim hanya perlu postkan di ruang komen Mummy tak payah email kerana leceh.
Puan? Tuan? Mummy Rokiah,
Saya memang mengikuti blog Mummy every weekend. Saya minta Mummy berlaku adil dalam melihat isu-isu RTM. Kerana yang harus Mummy lihat juga ialah TV3 dan Stesyen-stesyen TV Media Prima.

Kita semua tahu Menteri Penerangan dipilih rakyat. Rakyat yang menaikkan seseorang Menteri itu. Dan dia bertanggung jawab kepada rakyat. Rakyat yang akan mengadilinya. Kalau dia tak “perform” dia akan jawab di Parlimen.

Berbalik kepada Media Prima, Tv3, NTv7, Tv8, Tv9 , dan seluruh CEO-CEO mereka, mereka ini hanya bertanggung jawab pada “shareholder” mereka sahaja. Mereka hanya bermatlamat buat duit dan mengejar rating mereka. Jadi mereka tidak hirau langsung suara rakyat.

Apa yang mereka perlu jaga ialah, individu-individu yang rapat dengan pejabat PM. Kalau berbangkit isu-isu negatif bukan mereka yang menjawabnya tetapi mereka dipertahankan oleh Pejabat Perdana Menteri. Mereka seperti ada kuasa autonomi. Tiada siapa boleh sentuh mereka. Mereka bebas. Kedudukan mereka ditentukan oleh Pejabat PM. Mereka tak perlu hadapi pilihanraya. Sebab itu kebelakangan ini NTV7 banyak memberi ruang pada Anwar Ibrahim.

Saya mohon Mummy seimbang dalam hal ini.

Ikhlas,
Kassim Selamat

4 comments:

  1. blah la nko mummy rokiah!! blagak je lebih, isi kosong!!

    ReplyDelete
  2. Mummy,
    RTM kena jadi macam BBC atau pun FOX news objektifnya berbeza dgn Media Prima , malangnya operasi RTM lembab dan kualiti programnya menjemukan pengacara malahan pembaca berita pun tak bersemangat .
    RTM perlu diperbadankan dan diserahkan kepada broadcaster yg berpengalaman bukannya diketuai olih KSU dan TKSU .
    Ambil contoh channel Awani hidup dan tidak menjemukan .

    ReplyDelete
  3. masa kassim selamat komen tu,kassim selamat dah buta ke belum?kalau kassim selamat dah buta kat mana dia pergi(dalam filem ibu mertuaku)last2 kat mummy jugak...tapi kassim selamat yang ini sebetulnya memang buta dari awal.......kita kena berada pada landasan kebenaran la kassim selamat...bukan bodek untuk menipu perkara yang betul....takut boss tapi tuhan tak takut...fikir la ada otak.

    ReplyDelete
  4. masa kassim selamat komen tu,kassim selamat dah buta ke belum?kalau kassim selamat dah buta kat mana dia pergi(dalam filem ibu mertuaku)last2 kat mummy jugak...tapi kassim selamat yang ini sebetulnya memang buta dari awal.......kita kena berada pada landasan kebenaran la kassim selamat...bukan bodek untuk menipu perkara yang betul....takut boss tapi tuhan tak takut...fikir la ada otak.

    ReplyDelete

Bloggers adalah mereka yang digolongkan berakal, waras, bijak dan berilmu serta dikira mempunyai peradaban yang tinggi. Elak dari bahasa-bahasa lucah atau yang tidak bersopan.
Sesungguhnya yang ampunya blog tidak akan bersubahat, bertanggung jawab dan menafikan segala bahan-bahan tersebut.