Monday, December 15, 2008

Sabery Chik tidak seharusnya pertahankan RTM tidak perkauman.

Selepas satu, satu lagi isu perkauman dibangkitkan. Kali ini RTM pula. RTM “Radio Tv Melayu” cuba membuat perubahan supaya hilang muka Melayu telah dituduh perkauman pula.

Nampaknya di Malaysia hari ini setiap tindakan yang diambil senang sangat dilabelkan perkauman.

RTM pula dok tayang semua muka Melayu sahaja. Mummy cadangkan mungkin TV 1 kita rombak, selain menayangkan hiburan Melayu kena tayangkan satu siri wayang Tongkoi Cina (Chinese Opera) yang berbaju besar, berjanggut panjang dan "makeup" tebal (lihat gambar di atas).

Tapi yang Mummy naik hairan bin ajaib ni, mengapa Shabery Chik selaku Menteri Penerangan pula dok pi pertahankan bahawa RTM bukan perkauman. Yang wajib mempertahankan ialah Timbalan Menterinya Tan Lian Hoe @ Ketua Wanita Gerakan.

Mengapa Timbalan Menterinya tidak bercakap? Adakah kerana baling batu sembunyi tangan? Atau Menteri tak benarkan timbalannya becakap? Atau "Play Safe"?

Kalau begini apa gunanya ada Timbalan yang mewakili parti komponen jika tidak dapat mempertahankan dasar-dasar yang dipersetujui bersama.

Nampak sangat RTM kong kalikong. Dulu riuh-rendah berbelanja jutaan ringgit untuk "rebranding" kononnya. Sekarang mana hasilnya? Walhasil balik asal.

11 comments:

  1. mummy.
    rtm nak rebranding sekali lagi bulan depan ni. aduhai, rebranding tajaan zainuddin maidin tak jadi apa, ngabihkan boreh je. ini nak rebranding lagi. jutaan ringgit pulak akan habis. setiap menteri nak logo rtm dia sendiri. apa ni?. gampang betoi. dapat penasihat toyok susahla...
    -tukar logo 2 tahun sekali, tapi habok pon tarak-

    ReplyDelete
  2. RTM adalah TV national mistilah dlm bahasa Malaysia mengapa menteri terlalu apologetik dan defensif.

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  4. Salam perjuangan,

    Mummy, letih la nak melayan propaganda macam ni. Tetapi mereka perlu sedar, amanah dan tanggungjawab yang tidak dilaksanakan akan "dituntut" kelak.

    "Memperkasa Generasi Baru"

    Pergerakan Pemuda
    UMNO Cawangan Taman IKS
    Bahagian Batu WP

    http://pemudaiks.blogspot.com

    ReplyDelete
  5. mummy,
    sekarang ini berapa orang sangat yang tengok TV. Pesaingan sudah la banyak.. TV swasta lagi hebat..Kalau generasi muda ni, buka mata tengok PC sampai tidur pun depan PC.. Kenapa TV kerajaan ini tak buka siaran di PC kan lebih mudah tu..Isu perkauman pun tak wujud.. bayangkan YUOTUBE tu RTM punya kan hebat tu...

    ReplyDelete
  6. hehehe .. orang lama ramai kat rtm tu..

    Nak rebrand macam mana, semua muka lama..

    Baik orang bawah sehinggakan pembaca berita ..

    Si Tan lin Hoe, memang perkauman, beliau tidak akan cakap sepatah haram pasal nak pertahankan Bangsa Kebangsaan.

    Yang si kita ni SIBUK SELALU Percakap pasal mereka kenapa?

    Lu pikirlah sendiri labu ...

    ReplyDelete
  7. QUOTE "Si Tan lin Hoe, memang perkauman, beliau tidak akan cakap sepatah haram pasal nak pertahankan Bangsa Kebangsaan."

    WAHAI ORG MELAYU GRIK..TQ KERANA ANDA BEGITU BERMURAH HATI MENGUNDI SIMALAON NI..

    ReplyDelete
  8. RTM rebranding macam mana pun macam tu jugak
    susah nak rebranding product tanpa cuci dan putar otak orang RTM. kalu depa masih peranfai lama juga - aku makan gaji - alamak 1,000 kali branding pun tak berubah
    aku suka lagu zaman 1970, NYANYIAN HAMIDAH AHMAD - OH BO BO BO -
    kalau mummy orang lama mesti suka lagu tu

    ReplyDelete
  9. Mummy,RTM nak rebranding?KSU, TKSU-TKSU tu kena rebranding dulu. Dia yang menjadi ketua semua pegawai-pegawai di RTM tu. Cuba letak KSU yang dinamik sikit. INi semua tunggu nak pencen dan otak dah tak mau susah-susah fikir perubahan baru.

    ReplyDelete
  10. MENURUT SEJARAH PENUBUHAN SYARIKAT PENYIARAN SWASTA, SISTEM TELEVISYEN MALAYSIA BHD PADA 1982 OLEH DAIM ZAINUDIN SEPERTI TV3, RADIO DLL ADALAH UNTUK MEMBERI PERSAINGAN KEPADA MONOPOLI RTM, BADAN PENYIARAN KERAJAAN. MEREKA SUDAH TAHU RTM TAK BOLEH BERUBAH.
    DAN SEKARANG TERBUKTI OBJEKTIFNYA TERCAPAI RTM TAK BERUBAH DAN TV3 TELAH MENDAHULUI KEHADAPAN. RTM MASIH TERKIAL-KIAL SEPERTI PERLUMBAAN ARNAB DAN KURA-KURA.

    ReplyDelete
  11. Mummy,
    Semasa Media Prima screening baru-baru ini pun Dato' Farid Ridzuan perli RTM juga dalam ucapanya. Katanya RTM pakai duit rakyat membeli program.
    Nampaknya Farid Ridzuan ni besar kepala kot.

    ReplyDelete

Bloggers adalah mereka yang digolongkan berakal, waras, bijak dan berilmu serta dikira mempunyai peradaban yang tinggi. Elak dari bahasa-bahasa lucah atau yang tidak bersopan.
Sesungguhnya yang ampunya blog tidak akan bersubahat, bertanggung jawab dan menafikan segala bahan-bahan tersebut.