~~ Papa Jahat~~ (Fabulous Catz)
Nama saya Jahat....Papa Jahat
Papa jangan papa jahat
Jangan papa nakal sangat
Mama jangan mama sekat
Jadi papa tak terleka
Papa jangan papa jahat
Mama tahu papa ligat
Mama jangan paksa sangat
Papa tengah cukup penat
Papa papa sangat jahat
Takde otak nak melihat
Gila-gilanya ia kerja
Jangan dibuat
Papa papa kerja kuat
Dulunya papa penuh muslihat
Papa janji papa takkan buat
Ingat janji papa yang diikat
Oh cuba nak percaya
Oh tak ku perdaya sayang percaya..oh oh
Oh takkan ku berdusta..oh oh oh
Takkan ku perdaya sayang percaya
Senorita aku gila kat kau
Mama sita janganlah menderita tersiksa
Tak diabaikan janji kita
Tak kembali ke zaman silam
Bila petik jari dah terguling-guling
Tak tentu hari bawa berasing-asing
Itu dulu kini tak begitu
Satu persatu semuanya berlalu itu kutahu
Bila ku tak gilakanmu
Susahku tak siapa tahu
Jangan kau mulakan serantau
Sebab kau sentiasa buatku kemarau
Oh cuba nak percaya tak ku perdaya
Sayang percaya
Oh takkan kuberdusta
Takkan ku perdaya sayang percaya
Berikan percaya darimu
(telah kuberikan segala)
Tidak pernah ku ingkari dirimu
(tak mungkin, tak mungkin)
wowow.....
Mama mama percayalah ku tak guris hatimu
Papa papa kupercaya yang kau ubati hatiku
Mama mama percayalah ku tak guris hatimu
Papa papa kupercaya yang kau ubati hatiku
RTM haram lagu hasil lirik Dr Asri
Oleh Anwar Hussin
anwarhussin@bharian.com.my
Timbalan Ketua Pengarah Penyiaran, Datuk Adilah Shek Omar, berkata lagu nyanyian kumpulan Kopratasa itu tidak diluluskan kerana liriknya tidak sesuai.
“Kita tidak luluskan lagu ini kerana liriknya kasar,” katanya ketika dihubungi Berita Harian di sini, semalam.
KOMEN:
RTM dulu digelar Radio Televisyen Mamak kerana kedua-kedua bekas menterinya Mamak iaitu TS Kadir Shekh Fadzil dan DS Zainudin Maidin.
Hari ini RTM lebih dibrandkan sebagai Radio Televisyen Melayu kerana lebih kepada menyampai propaganda Melayu dan kalau tak berubah imej elok sangat digelar Radio Televisyen Mundor.
Kerja depa mengharam dan menghukum yang tak sepatut haram dan tak sepatut dihukum. Hari ini lagu lirik Dr Asri pulak diharamkan kerana kena batang hidung pemimpin mereka. Tapi lirik Papa Jahat yang dinyanyikan anak muda menghina bapa mereka RTM tak haramkan. Entah berapa banyak drama-drama dan rancangan yang menonjolkan kebodohan dan kelemahan Melayu mereka tidak tapis.
Menurut sumber dalaman mereka Ketua Setiausaha dan kedua-dua Timbalan Ketua Setiausaha kerjanya lebih kepada membeli dan menilai rancangan. Bukan bekerja untuk kementerian tetapi bekerja untuk RTM kerana disitu lah punca wang atau lubuk wang.
Mummy,,,,,,, kebanyakkan gomen servant ni kan akai, sikap dan tingkah laku x ubah seperti org utan, pandai x leh di ikut dan bodoh x leh di ajar. n ISO nya hebat di kebanyakkan jabatan tapi mentaliti 90% pegawai dan staff nya HAMPEH seHAPEH HAMPEH nya,,,,,,, x caya poie lahhh mana mana jabatan karajaan, makan gaji buta,,,!!
ReplyDeleteSepatutnya pihak RTM ada penal penilaian seperti Majlis Fatwa untuk mengharam dan menghalalkan rancangan mereka.
ReplyDeleteHmmm.... tak baik Pak Oncu kata macam tu kat gomen servant. Mungkin ada yg tak baguih, tapi rasanya 90% tu banyak sgt kut!!! Kdg2 Pak Oncu kena muhasabah diri jgk... sejak kecik dulu hingga skrg mungkin byk jgk dah gomen servant yg bantu Pak Oncu dan anak2 Pak Oncu sendiri(kalau ada anak), takkan nak panggil depa ni hampeh jgk.... takut nanti kalau tak pandai bersyukur dgn nikmat Tuhan, dia tarik balik rezki kita... wallahualam.
ReplyDeleteBab mengharam/halal lagu atau rancangan tu saya setuju pendapat ProducerGulungtikar!
Apa jadi dengan RTM?
ReplyDeleteHampir 20 tahun lalu RTM pernah "membekukan" penyiaran lagu Faiz yang dinyanyikan oleh Rohana Jalil. Dalam bahasa manisnya lagu Faiz tidak diharamkan kerana tidak ada kenyataan hitam putih tetapi para penyiar RTM tahu arahan "membekukan" itu. Alasan yang waras tidak diberikan di sebalik arahan lisan tersebut dan menjadi mangsalah sebuah lagu yang semua orang tidak tahu di mana salah silapnya.
RTM sebenarnya telah lama terkenal dengan bab haram mengharam lagu-lagu tempatan. Selepas memasuki era yang lebih terbuka dengan segala macam pintu teknologi maklumat, saya menjangka RTM sudah berubah daripada menjadi terlalu "moralis" hingga dipersoalkan oleh masyarakat. Tegas kepada bab-bab moral memang baik tetapi bukan menggunakan lesen "moralis" untuk menyempitkan pemikiran. RTM mesti terbuka mendepani perubahan pemikiran biarpun RTM sebenarnya telah agak tua. Tua sewajarnya mematangkan.
Terbaru sekali RTM mengharamkan lagu Aku Bukan Musuh Harta yang liriknya ditulis oleh kolumnis Mingguan Malaysia, Dr. Mohd Asri Zainal Abidin. Lagu yang dinyanyikan oleh Kopratasa itu diharamkan kerana liriknya "tidak sesuai". Baiklah, elok juga kita sama-sama menatap sebahagian lirik yang menjadi punca dikatakan tidak sesuai oleh RTM. Antara lirik Dr. Mohd Asri menyebut, "Yang telah kaya para pendusta, syarat mereka lupakan Yang Esa, harta rakyat semua disebat, harta awam semua dibekam, hukum syaitan mereka bertuhan".
RTM tidak boleh mengambil jalan mudah melabelkan karya-karya yang dihasilkan memberikan kesan buruk kepada khalayak. Bukannya RTM tidak boleh melarang karya-karya sama ada lagu atau drama yang tidak sesuai daripada disiarkan menerusi RTM. Tetapi sesuatu hukuman itu perlu disertakan dengan hujah yang munasabah dan matang serta bukan untuk kepentingan individu tertentu. Sebenarnya lirik tulisan Dr. Mohd Asri sangat umum dan apa yang ditulis itu bukan perkara baru yang boleh membuatkan RTM terkejut. Lirik itu sedikit pun tidak menyentuh peribadi individu yang boleh membuatkan RTM terlalu "peka".
Kalau RTM menganggap (bukan memikirkan) lagu ini tidak sesuai, sebenar kalau mahu disenaraikan banyak lagi lagu yang berkumandang di RTM tidak sesuai. Sebaiknya lagu-lagu itu yang terlebih dulu diharamkan.
Maka selepas ini bolehlah kita membuat kesimpulan bahawa buah fikiran seorang ulama lebih rendah nilainya daripada orang lain yang entah apa-apa.
Ini satu kesongsangan yang perlu dihakiskan dari RTM. Memang benar, RTM mempunyai kuasa mutlak sama ada mahu menyiarkan atau sebaliknya karya dari luar kerana radio dan televisyen itu milik RTM. Cuma RTM tidak mampu menutup mata fikir khalayak tentang kewajaran tindakan sedemikian kecuali RTM mempunyai hujah yang sangat kukuh.
Selepas ini RTM perlu perincikan apakah definisi "sesuai" untuk disiarkan supaya lebih mudah penulis lirik mengikut tata cara RTM. Sewajarnya RTM menjadi pejuang kepada lagu-lagu yang memberikan kesedaran seperti ini kerana banyak stesen penyiaran swasta tidak berminat dengan tanggungjawab sosial seperti ini. Tetapi apabila RTM pula yang bertindak lebih sempit, rakyat akan menjadi keliru. Tolonglah jangan buat keliru lagi.
E-mel: cp@galaxystudio.tv
RENCANA INI DITULIS OLEH KUSEMAN KU HUSIN DALAM UTUSAN MALAYSIA 22.12.2008