Sunday, December 21, 2008

Wan Farid calun Pilihanraya Kecil KT. HIDUP UMNO!!! HIDUP BARISAN!!!!!

Gambar dari sumber www.webpanas.blospot.com
Lagu yang dipersembahkan ialah Selimut Putih yang pernah dipopularkan oleh Orker El Suaraya. Sama-sama kita hayati lagu ini.

Atiqah Rahman / Orkes Nur El Suraya
Selimut Putih
Bila Izrail datang memanggil, Jasad terbujur di pembaringan ( 2X )
Seluruh tubuh akan menggigil, Terbujur badan dan kedinginan ( 2X )
Tak ada lagi gunanya harta, Kawan karib sanak saudara ( 2X )
Jikalau ada amal di dunia Itulah hanya pembela kita ( 2X )

Janganlah mahu dikenang-kenang, Engkau digelar manusia agung ( 2X )
Sedarlah diri tahu diuntung, Sebelum masa kerenda diusung ( 2X )

Datang masanya insaflah diri, Selimut putih pembalut badan ( 2X )
Tinggal semua yang dikasihi, Berbaktilah hidup sepanjang zaman ( 2X )

18 comments:

  1. Bukanlah "Lagu tiga kupang" lah...

    ReplyDelete
  2. lagu selimut putih...bagi saya senang diingat...bila izrail dtg memanggil !
    selalu mendendangkan lagu ini.. sekarang akhil hayy yg nyanyikam semula.
    bila menghayati lagu ini kita akan sentiasa insaf... yg mati itu adalah pasti. sesuatu yg lahir dari kalbu yg tulus akan tersemat di sanubari kita seumur hidup. tidak hanya masuk angin keluar asap.... salam ukhwah utk semua.
    dari.. mayangsari.

    ReplyDelete
  3. Mummy,
    Wan Farid kata dia ada X faktor untuk menang pilihanraya kecil KT
    siapa sebelah dia tu? isteri nya kut..

    ReplyDelete
  4. Bahay gambag ni kalau jadi bahan kempen.... rasa ada yg nak jatuh songkok!!!

    ReplyDelete
  5. Harap-harap Wan Farid menang pilihannraya ni. Dia dah letak jawatan Senator dan Timbalan Menteri. Kalau kalah KANTOI. Yang dikejar tak dapat yang dikendong berciciran. Tapi selagi ada KJ dia akan dilantik balik Senator kalau kalah pilihanraya. Kerana kuasa dalam tangan mereka bukan dalam tangan rakyat.

    ReplyDelete
  6. Gagak bukanlah orang yang mahir dalam soal politik.. tapi gagak hairan bin ajaib juga kenapa orang yang dipilih calon pilihanraya ini orang yang sudah ada jawatan tinggi dalam kerajaan.. tidak ada lagikah pemimpin lain yang boleh diketengahkan.. Kalau ikut sejarahnya kerusi ini miliki PAS .. mungkin pemimpin yang hebat itu ada dalam PAS..

    ReplyDelete
  7. gambar yang cukup bahaya. kalau boleh tapis-tapislah...mummy bukalah laman blog adik pula di http://www.azizanbakar.blogspot.com ye...

    ReplyDelete
  8. Kita dalam dilema,
    Nak menangkan BN kena menangkan Wan Farid bererti menang KJ, Sabotaj KJ kena sabotaj Wan Farid bererti sabotaj BN bererti sabotaj Najib. Yang pegi bubuh calon yang disukai KJ yang tak disukai rakyat tu buat apa? Memang UMNO tak pernah mendengar akarumbi dan tak ingin faham jiwa rakyat.Hanya kerna kepentingan peribadi pemimpin dan mereka yang ingin jadi pemimpin. Mummy,jenguk juga blog ni - http://gerbangtemumaya.blogspot.com

    ReplyDelete
  9. Boleh hidup lagi ka? Dah nazak dah..tunggu izrail saja lagi

    ReplyDelete
  10. salam mummy,

    dalam maknanya entri kali ni :)

    ReplyDelete
  11. Saya pun teringin nak dengar mummy rokiah menyanyi lagu tu. Pasangan mummy dah feeling habis tu! :)

    ReplyDelete
  12. Mayangsari,
    Lagu ini sedikit lembut kalau dibandingkan dengan bacaan talkin atas kubur. Itupun dah berbuih mulut tok Imam baca talkin ramai yg masih tak sedar juga.

    ReplyDelete
  13. Sahabat bloggers Dr Sam,Nobisha, Braveheart, Gagak, Rahimkassim,Azizan Chengho, Totang,mayang sari dan pelawat semua.

    Inilah punca segalanya BN dan UMNO kalah dalam pilihanraya yang lepas.Calun-calun yg diletak bukannya kehendak rakyat.Dan yg dipilih mereka yg dekat dengan pemimpin atasanbukan yg dekat dgn rakyat.
    Kalau bloggers semua ingat semasa PRU 2004 dahulu BN menang dengan hebat semasa itu PakLah suruh semua wakil rakyat serahkan "Report Card" setiap 3 bulkan sekali pada dia.Tapi bila PRU2008 nak pilih calun report card ini tak diambil kira. Yang dia kira "Report Khairi". Takcaya? pergi tanya semua calun yg kalah di Kedah, PP, Selangor dan Perak.
    Inilah punca segalanya. Rakyat tak ada kuasa. Rakyat hamba pecacai depa. Sebab tu PRU2008 kalau pembangkang letak tongkoi kayu pun menang. Rakyat dah meloya dengan UMNO dan BN.
    Sama-sama kita tunggu sapa pulak calun pembangkang.

    ReplyDelete
  14. anwar lagi hebat...bini azmin ali pun kena approved dulu...

    tak puas lagi, nak buntut belakang pula..lagi jijik

    http://pkrpasdap.blogspot.com

    ReplyDelete
  15. HARI INI WAN FARID ANGKAT SUMPAH SENATOR. DALAM 2 MINGGU LETAK PULA JAWATAN SENATOR. KALAU DAH TAHU NAK LETAK JAWATAN APASAL MASIH DILANTIK DAN ANGKAT SUMPAH?
    TAK FAHAM.....

    ReplyDelete
  16. Dalam BN memang macam tuu...yang baik mana boleh jadi calon,nanti susah nak jalankan aktiviti.Kalau dari dulu BN tarok calon best among the best tak jadiah macam ni.

    Lihat saja calon yang ada ASAS ugama habis kena gugur masa PRU12,ada yang masih terkial-kial cari kerja hingga sekarang.Dulu Qadhi.Ustaz dan Pendakwah tapi sekarang kut ada yang jadi kedi dan pesawah.

    ReplyDelete
  17. SORYY TO SAY,TIDAK ADA BAHAYA TENTANG GAMBAR WAN FARID NIE..BIASA AJE.HARAP RAKYAT KT BUAT PILIHAN BIJAK SELAMA 50 TAHUN BN MEMERINTAH NEGERI TRENGGANU TERUNGGUL NO 2 TERMISKIN DI MALAYSIA,TAHNIAH!.DAN SELAMA 10 TAHUN DUIT ROYALTI MINYAK DIROMPAK ....FIKIRLAH SENDIRI...

    ReplyDelete

Bloggers adalah mereka yang digolongkan berakal, waras, bijak dan berilmu serta dikira mempunyai peradaban yang tinggi. Elak dari bahasa-bahasa lucah atau yang tidak bersopan.
Sesungguhnya yang ampunya blog tidak akan bersubahat, bertanggung jawab dan menafikan segala bahan-bahan tersebut.