Wednesday, February 25, 2009

Bkt Selambau - Penganalisis politik cabuk cuba menjenamakan Najib sebagai "ultramalays"

Calun Bebas Zahran Abdullah telah turun padang seawal tahun 2006 lagi.

Penganalisis politik cabuk (rotten political analyst) cuba menjenamakan Najib sebagai “ultra Malays” dan pemimpin yang bersifat “racist” jika Najib membuat keputusan meletakan calun Melayu di kawasan PRK Bukit Selambau memecahkan kononnya “tradisi” diwakili MIC.

Analisa cetek ini dibuat hanya berdasarkan pengamatan “at the surface level” atau “hear and say” tanpa menyelami jiwa nurani akar umbi atau Rakyat Atas Pagar(RAP) di kawasan tersebut. Inilah kerja-kerja penganalisa politik pedukang yang kerap kali menjadi sumber rujukan pemimpin tertinggi.

Kononnya tradisi di kawasan ini diwakili oleh calun India atau MIC. Mereka tidak sedar bahawa tradisi yang sebenarnya di sini ialah kawasan ini calunnya adalah Melayu, yang dahulunya YB Badri HJ Yunus dan Allahyarham Dato' Zainal Abdidin Johari. Tradisi ini telah dipecah oleh mantan MB ketika itu Osman Aroff dan diperkenankan oleh Daim Zainudin selaku ketua UMNO Bahagian Merbok hasil kompromi dengan MIC @ "swapping" dengan DUN Padang Serai. Persoalannya siapakah yang memecahkan tradisi ini?
Di dalam scenario politik semasa tradisi tidak berjalan lagi. RAP akan turun mengundi dengan jiwa, akal dan hati memangkah wakil mereka dengan penuh keintelektualan. Mereka tidak mudah lagi disogok lagi dengan "tradisi" memangkah lambang atau logo parti.

Jika Najib memecah tradisi ini, apakah Najib harus dijenamakan sebagai “racist”? Mengapa Najib tidak dijenamakan sebagai pemimpin yang tegas, berwibawa dan universal? Mengapa kita harus mengheret Najib ke dalam kepompong Pak Lah yang dijenamakan sebagai pemimpin yang lemah, mandom tunduk kepada semua tuntutan sehingga kepala Melayu diinjak-injak perkara yang tidak pernah berlaku di dalam sejarah?

PRK Bukit Selambau hanyalah pilihanraya kecil dan hasil pilihanraya ini tidak seharusnnya kita meninggalkan penjenamaan kepada Najib.

Isu-isu sesuatu kawasan harus disegmantisekan dan tidak diborong seperti sebakul ikan. Isu Bukit Selambau harus dilihat dalam ruang lingkup Bukit Selambau sahaja. Jika dahulu mungkin amalan borongan ini berjaya tetapi pendekatan sebegitu sudah lapuk sekarang. Seiring dengan tahap kesarjanaan rakyat.

KOMEN:
Nampaknya calun Bebas Melayu Sdr Zahran Abdullah akan melalui jalan mudah jika Najib memegang "tradisi" ini. Teruskan! Mummy akan sokong hang. Tapi hang jangan dok mai tanya duit kat Mummy nanti Mummy tenyeh dengan cabai melaka.

34 comments:

  1. Salam Mummy,

    Mamu nak buat pembetulan berkenaan DUN yang ditukar ganti dengan Bukit Selambau ialah DUN Kuala Ketil dan bukan DUN Padang Serai.Padang Serai ialah kawasan Parlimen dan ada dua DUN iaitu Merbau Pulas dan Lunas.

    Mamu seronok baca pasai DUN Bukit Selambau sebab mamu orang lama yang tinggal dalam DUN ini.Mamu dapati banyak fakta fakta yang digambarkan berkenaan Bukit Selambau adalah tidak tepat.

    Penganalisa politik cabuk dah ketinggalan zaman,mereka ingat Bukit Selambau ni kawasan kampung,sebenarnya DUN ini boleh di kategorikan sebagai kawasan Bandar setaraf dengan Bangsar di KL.

    Apa tidaknya 70 peratus pengundi tinggal di Bandar SUNGAI PETANI dan mereka ini tinggal ditaman taman,beratus ratus Taman perumahan terdapat di SUNGAI PETANI.

    Pemikiran Pengundi berbeza dengan pengundi luar bandar,mereka merupakan pekerja kilang,pegawai kerajaan,ahli perniagaan dan mereka tidak bergantung kepada kerajaan.

    Mummy mai kat LAGENDA HEIGHTS sebiji macam BANGSAR,ada TESCO,VILLAGE MALL, STARBUCKS,OLD TOWN WHITE COFFEE,SECRET RECIPE,KENTUCKY,MACDONALD,CHICKEN RICE SHOP,KAYU NASI KANDAR,MAKBUL,NASMIR dan beberapa buah budget hotel.

    Itu baru LAGENDA HEIGHTS,macam mana dengan CINTA SAYANG,LAGUNA, AMAN JAYA, AMBANGAN HEIGHTS,SRI BAYU san banyak lagi.

    Terus terang mamu berani katakan kalau BN dok pandang rendah tehadap daya fikir pengundi BUKIT SELAMBAU,BN akan kena pukulan maut sekali lagi dan akan amat memalukan.

    99 Peratus Pengundi Melayu tidak mahu lagi orang INDIA jadi WAKIL RAKYAT mereka,kalau tak percaya sila letak calon MIC dan sama sama kita lihat keputusannya nanti.

    Jangan terkejut seoarang bekas ahli UMNO yang keluar UMNO bersama sama TUN DR MAHATHIR akan bertanding sebagai calon BEBAS.Beliau ini merupakan seorang pejuang Bangsa Melayu dan agama Islam,pernah jadi Ketua Cawangan UMNO Jalan Badlishah,AJK Bahagian Merbok sejak tahun 1995 hingga Mei 2008.Sangat aktif dalam tugas tugas bantuan KEMANUSIAAN dalam Negara dan Luar Negara.

    Nanti mummy akan terima biodata dia serta gambar gambar menarik diIRAQ,SUDAN,PAKISTAN,ACHEH,IRAN,SYRIA, JORDAN,LUBNAN DAN YEMEN.

    ReplyDelete
  2. Salam Mummy

    UMNO kena keluar dari kepompong Feudal kalau mahu relevan kepada rakyat. "Tradisi" adalah Feudal.

    Anak muda sekarang tak kisah bab tradisi. Yang penting adalah Reform.

    Tradisi adalah perkataan semalam. Reform adalah perkataan hari ini dan esok.

    Kalau BN masih mahu ikut tradisi di Bukit Selambau maka BN akan kalah dari hari pertama berkempen lagi.

    Apa sumbangan MIC kepada orang India dan BN sejak march 2008? MIC hanya tahu meminta bulan dan bintang ; kemudiannya menggunakannya untuk segelintar pemimpin elitnya ! Pengundi India dah muak dengan MIC, pengundi melayu lagi nak muntah dengar MIC.

    DS Najib kena pimpin BN baru dan Malaysia Baru.

    Adios. Salam perjuangan.

    ReplyDelete
  3. Salams Mummy,

    Harap-harap DS Najib dapat meletakkan calon Melayu dan semoga beliau dapat membezakan secara nyata antara Melayu dan Mamak.

    Kalau dok ikut jugak kapla otak penganalisa politik fahaman Freemason tu...hancioq laaa UMNO.

    ReplyDelete
  4. Mummy ,

    Calon Bebas Melayu selain Zahran,ialah seorang yang mempunyaai track record yang bersih dalam umno dan NGO dia dah hampir 20 tahun bergelumang dengan UMNO dan sentiasa berada di DUN Bukit Selambau dan tiap tahun dia akan pergi keseluruh dunia menggadai nyawa atas dasar JIHAD untuk membantu manusia yang memerlukan bantuan kemanusiaan tidak kira apa agama atau bansga.

    Dia berpegang kepada prinsip 'AID MUST BE GIVEN TO THE NEEDY IN DISASTER OR WAR TORN COUNTRIES IRESSPECTIVE OF RACE,RELIGION OR POLITICAL BELIEVE.' 'THE VICTIM MUST BE TREATED AS HUMAN BEING'

    ReplyDelete
  5. Saya setuju dgn HARDAMAUT, dun bukit selambau jangan ingat kawasan kampong.Majoriti melayu intelektual?Kalau BN dengar GERTAK SAMY yg tak relevan tu,ha orang BUKIT SELAMBAU tau nak mengajarnya,DS NAJIB jgn jadi PAKLAH yg lemah dan pengecut sampai semua rakyat benci umno.Pemimpin adalah orang yg mempertahankan hak bangsa,jika kena tekan dgn MIC semua ikut,tak payah jadi pemimpin,ramai lagi diluar sana..JIWA dan PERASAAN orang melayu hari ini amat terguris dgn kaum INDIA.,,DAPAT kuasa sedikit dah nak pijak kepala..lihat apa yg berlaku di PERAK..SAMY berkata dlm kes KUGAN dia akan melantik sebanyak munkin lawyer nak bela dua MP india yg bawa isu KUGAN..NAK JADI GENGSTER KONON...MAJORITI MELAYU bu8kit selambau tolak wakil india...BN nak menang dengar suara hati rakyat..jika tidak jadi KT......... kg bukit lembu

    ReplyDelete
  6. Hai, kata nak kongsi kuasa...kongsi lagilah banyak-banyak...

    Aku dari dulu lagi tak berkenan pasal kongsi kuasa tu...

    Jadi..Pemuda Umno...jadi kuat...jaga Kekuatan Melayu...jangan bagi muka kat depa...ok

    ReplyDelete
  7. Hardamaut,
    Mummy ucap terima kasih kepada Mamu yang membetulkan fakta Mummy. Walau apapun ternyata amalan tradisi tidak praktikal lagi di sini.
    Baguih...

    ReplyDelete
  8. Salam Mummy, agak-agak mummylah, berapa penjuru agaknya dia orang nak lawan untuk tawan?

    hadramuat dan ba'albek mungkin ada info?

    ReplyDelete
  9. Lagi ramai lagi baguih, kemudian kita klaih yang mana satu janji Melayu !

    Bila dah koi ramai yang dapat buktikan depa boleh menyumbang baru kita boleh tau yang ramai sebenaqnya boleh bekerja untuk agama, bangsa dan negara.

    Kepada bakal2 calon bebas ni, jangan begaduh, pakat elok2 nawaitu kita sama saja iaitu ISLAM, MELAYU dan TANAH AIR MELAYU kita.

    ciao...

    ReplyDelete
  10. Hardamaut kami qaryah taman ria dan ria jaya pun tak kurang hebatnya lupaka kat kami, kami pun pangkah sakan juga oiii,lawak saja jangan marah!!.walau bagaimanapun sokong pandangan anda kita sama saja.

    ReplyDelete
  11. HARDAMAUT,

    Saya setuju dgn anda, sebab saya dah pernah sampai di Lagenda Height,memang dah maju cuma TAK nampak KLCC jer kat situ.heheheh..btw saya pon harap2 sangat kita semua keluar dari Tradisi2 yang dah tak relevan.

    ReplyDelete
  12. Salam Mummy,

    Maklumat terbaru saya terima dari kalangan pengundi-pengundi MELAYU DUN Bt. Selambau yang mempunyai keluarga di luar kawasan. Depa bagi tau kat adik beradik dan anak-anak yang berada di luar kawasan supaya jangan balik mengundi kalau BN tak letak calun UMNO (yang sesuai). Kalau nak undi calun-calun bukan Melayu buat buang duit tambang dan letih badan saja.... Apa pendapat Mummy

    ReplyDelete
  13. Semangat Melayu,
    Memang Mummy dah agak dahhhh...semasa Mummy lepak di Bangsar dengan persatuan mahasiswa Kedah semalam pun depa kata hal yang sama.
    Depa kata kalau balik depa nak undi Melayu kalau tidak, biar kalah pun tak pa. Tak ada apa bezanya atau perubahan politik Kedah kata depa.
    Ujian kebijaksanaan Najib....

    ReplyDelete
  14. Salam Mami,

    Kalau BN masih nak kekal calon MIC, jawapan yang jelas lagi nyata adalah kekalahan yang pasti menimpa, kempenlah macam mana pun...kekalahan juga yang diperolehi oleh BN di Bukit Selambau.

    Kalau saat-saat akhir BN nak letak calon dari UMNO, pastikan calonnya bukanlah Tajul dan kuncu-kuncu, kalau Tajul atau kuncu-kuncunya yang menjadi calon...pastinya kalah jua yang akan bersama BN.

    Saya kerap juga lepak d Old Town...sembang-sembang!!!

    ReplyDelete
  15. Najib tidak perlu apologetik kpd apa juga jenama yg dicop kpd beliau
    Pemimpin Melayu akan lebih adil tanpa kasta kpd masyarakat bukan melayu terutama nya kpd manyarakat Tamil Kedah
    Biasa nya pemimpin UltraMalays lebih adil kpd rakyat kerana sifat semula jadi melayu itu adil dan saksama
    Sebenarnya Malaysia kehilangan UltraMalays mummy...

    ReplyDelete
  16. Auuum !

    Iya kak, kalo calonnya melayu barulah sepadan dengan tempatnya, kalo tidak tidak usah keluar undi, mana semangat kebangsaan kan kak

    ReplyDelete
  17. Yang bodoh semuanya orang bangsa melayu, tulin melayu.

    yang cerdik pandai kebanyakannya orang2 berdarahketurunan macam mumy,TDM, Dr Zambri Zakaria, KJ,Putra Aziz,M.Noor Kuty,Kalimulah, depa semua DKK eketurunan dengan Raja Mendelear yang tersohor dalam sejarah Melaka. Kesimpulannya raja2 melayu bukanlah raja bagi kaum yang jelas adalah pendatang dari benua Keling.Bicara depa tentang menjaga kedaulatan raja2 melayu cuma berada dalam gulongan lidah depa yang busuk lagi bercabang.

    ReplyDelete
  18. SELAMAT MENGUNDI KELING MIC.

    UNDILA KELING KARAM, UNTUK MIC

    KONGSI KUASA, KALAU TAK KONGSI KUASA, KAMI JADI KONGSI GELAP.... isshh... keling lagi... gelap...

    ReplyDelete
  19. Salam Mummy,

    "Anak muda sekarang tak kisah bab tradisi. Yang penting adalah Reform.

    Tradisi adalah perkataan semalam. Reform adalah perkataan hari ini dan esok."

    Demikian dinyatakan oleh hk dalam ulasannya di posting ini.

    Sebenarnya ia bukan pendapat tidak berasas. Saya pernah dengar ada anak muda yang ulas berkenaan sistem feudal.

    Kata mereka, dana untuk memelihara 9 orang Raja Melayu bukan sedikit jumlahnya. Lanjutannya mereka kata kita kena tukar sistem dengan perkataan lain sistem beraja yang ada itu dah ketinggalan zaman.

    Terkedu saya mendengar telahan sedemikian.

    Situasi yang sedang berlangsung mutakhir ini terutama selepas kerajaan PR dilihat cukup membimbangkan. Terdengar juga desus-desas bisikan suara anak-anak muda yang mengatakan sistem lama itu sudah lapuk. Pemikiran orang lama sudah berkarat.

    Sebagai warga yang remaja di era pasca merdeka, hal ini turut mengganggu benak saya. Barangkali mereka yang dalam lingkungan sebaya dengan usia saya juga barangkali demikian.

    ReplyDelete
  20. Asalbayu,
    Mummy semasa menuntut di universiti pun sama juga dulu. Kami anti establishment. Kami tentang golongan-golongan kaya yang lupa daratan.
    Kami tentang elaun-elaun kerabat. Tetapi abapila proses kedewasaan berjalan kami mula sedar dan buat adjustment di mana yang perlu.
    SEBELUM NIRA JADI TUAK.

    ReplyDelete
  21. Dear Malaysian Politicians,

    Please stop the power chase, call for a truce and focus on the economy.

    I do not claim to speak on behalf of all Malaysians, but I have strong convictions that many share my sentiments.

    Our concern today is not who rules the country or heads the state governments but the looming bad economy.

    Whether Barisan Nasional or Pakatan Rakyat leads, it is meaningless if Malaysians have no job to go to, no money to pay rent and no means to put food on the table.

    I am a business owner, like other business owners and managers of corporations I have a responsibility to ensure people under my care and payroll continue to have jobs and a decent income to take home. We work hard and willing to go the extra mile to make sure our nation not only survive this crisis but come out stronger and wiser. We need your help.

    Let me explain. I am in the business of Training, Development and Consultancy and have 20 people in my team.

    Saedah is 42. She keeps the office clean and helps organise the training rooms. She has four children and her husband is unemployed. She was first hired on a part time basis, because she is very hard working and has a great attitude, we offered her a full time job to help provide a stable income for her family. Even then, when her third child started school this year, it was a struggle for her to buy new school uniforms and other necessities. Saedah lives on a ‘kais bulan, makan bulan’ basis, so, if she is jobless, her tap runs dry.

    Samsuri is 27 years old. He lives with his sister and her family in a low cost government flat in Sunway. He does our despatch, helps with various clerical works and occasionally acts as a driver. During the first week at zubedy, we learned that he not only did not have money to buy new clothes and shoes for work, he had no money for lunch. Like Saedah, if he has no job, his tap runs dry too.

    Alicia in Client Servicing turns 26 this year. She lives with her dad who is 71 years old and retired. Her mom passed away when she was little. Alicia is a hard-working team member, has a gentle caring outlook and fun to be with. (We like to poke fun at her as she blushes easily). Last May her dad went through a major operation, thank God he has recovered well. Alicia needs a job, both for herself and her dad.

    Sudesh, 38, is one of our facilitators. When his father passed away last year, he moved back and lives with his mother in Seremban. He shuttles between Kuala Lumpur and Seremban daily, leaving home sometimes as early as 4 in the morning and returning late at night. He is no stranger to hard work and sacrifice, he knows what he needs to do to survive and to care for his mother, but he too needs a job.

    Like fellow Malaysians, every one of us in zubedy needs employment, those that live from hand to mouth like Saedah and Samsuri and others like Alicia and Sudesh with family to care for. We Malaysians need the Malaysian economy to be strong. We need you, our leaders, to work hard and to work together to make our economy viable.

    So this is my plea.

    Pakatan Rakyat, please stop your attempts to take over the federal government and persuade BN’s lawmakers to join you. Stop all legal proceedings, no more 916 and let go, just let go. The nation can wait till the next general elections if they want change. By doing so, Malaysians will see your party as caring, unselfish and gracious and give you their support in the next elections.

    Barisan Nasional, please stop any attempts to take over PR states and win over PR’s lawmakers. You have proven your point with Perak. The nation can wait for the next general elections if they want your party. Focus all your talent, energy and hard work in steering the country out of an economic downturn. By doing so, Malaysians will see your party as caring, unselfish and smart and give you their support in the next elections.

    BN and PR! Call for a truce. Get together and compromise. Someone has to give in. Or has hate consumed your heart till it blinds you? You can do it. You have enough intelligent people between you. I am sure you can find solutions. Take the nation to heart. That is why you are in politics in the first place.

    Focus on the people.

    Focus on the economy.

    Anas Zubedy
    Managing Director
    Zubedy (M) Sdn Bhd

    ReplyDelete
  22. Salam Mummy as Tuan Tanah,
    Nak cerita sikit pasal zaman keperitan saya...kalau Mummy izin.

    Sekarang saya ada 5 syarikat sdn. bhd. Para pekerja pun boleh tahan ramai juga. Boleh la sama2 hidup.
    Walau pun bukan 100% milik saya (saya ni cuma 51% stakeholders cum shareholders untuk semua sykt.). 100% Bumis. Tak kenal KJ, tak kenal Anwar, tak kenal Guan Eng malah tak tau apa yang Tun M dah buat untuk tolong syarikat saya dan para pekerja saya waktu krisis 1997. Kami tahu Tun dah wujudkan 100 jutawan Melayu waktu tu. Yang kami kenal hanya Nombor telefon 03-2645XXXX atau private number bank dok tagih hutang. Mujur Tuhan izinkan kami perah otak dan tenaga siang malam supaya jangan ulangi kesilapan buat keputusan dalam bisnes di masa depan. Alhamdulillah kami 'recover'.

    Status Bumis kami sekarang ni bukan untuk pinjam duit SME Bank atau tender kontrak pastu jual projek.

    Dengan Izin,
    Kami tau politik itu wang dan wang itu politik. Jadi kami tak join poli-tikus dan politi-kera yang dok bergayut dan dok main aci lut kat dewan-dewan yang mulia tu.

    Dulu kami (ahli lembaga) buat gheja kami dengan sepenuh usaha sampai bergolok bergadai tanah pesaka. Salah satu sebabnya susah waktu tu pasal poli-tikus/kera tu lah dok potong line bisnes kami. Kami genuine tak pakai kabel...awal2 dah kena cantas.

    Kami redza...ambik pi semua kat hangpa. tongkat la langit hangpa. Tukaq gomen hangpa rasa!
    Kami buat bisnes yang takdak kaitan dengan polisi kera/tikus..jaan. La ni mai pi la kera ka tikus ka gajah ka ungka ka mai perintah kerajaan pusat ka negeri ka KAMI TAK HERAN. Selagi kami ada KAMI, para PEKERJA kami yang setia dan takutkan balasan TUHAN, kat Antartika pun kami buleh cari makan. Polisi kami: Untung Rugi Kompeni tanggungjawab Majikan...BUKAN Kerajaan. Kalau saya masih dok harap projek bawah ketiak depa sat sat tukaq polisi sat sat tukaq parti (tak tau nak senget belah mana) dah lama saya menangkui ketam nipah kat kampung sebab dah bengkrapsi.

    Tu la pasai orang kata Tun frust kat Melayu...tak nak belajaq kaa mudah lupa ka...chek pun tak pasti.

    Bukan apa Mummy, geram teringat kisah silam. Waktu tu belum cerdik lagi. Sekarang ni ada improve, tak le BODO sangat.

    USAHA TANGGA KEJAYAAN
    CELAH KETIAK TANDA KEHANCURAN.

    Wasallam.

    ReplyDelete
  23. Kasihan Dato' Seri Najib, ibarat telor dihujung tanduk ! Nak kekal 'tradisi'akan dicop sebagai tunduk kepada tekanan puak Melayu atau UMNO . Nak 'ber-reformasi'akan dituduh sebagai tidak lagi berpegang kepada semangat setiakawan Barisan Nasional.

    Bagi seorang yang akan menerajui tampuk kepimpinan negara, dugaan semacam ini bukanlah sesuatu yang perlu diletak di atas bahunya, terutama pada peringkat awalan ini. Sebagai orang yang rasional dan matang dalam politik, kita harus berfikiran objektif dan melihat kepada cahaya di hujung terowong.

    Bermacam-macam cerita timbul di Bukit Selambau akhir-akhir ini, separuh daripadanya 'dongeng' , separuh bergelomiang emosi; mungkin juga ada yang berbau perkauman.Tidak kurang juga ada yang berlapik kepada fakta dan statistik ! Apa pun kita sedang ' bermain dalam bahaya' apabila kita meletak emosi dan prejudis mengatasi akal dan keintelektualan !

    Menarik juga bila seorang commentator menghurai tentang zaman feudalisme dan zaman baru atau zaman reformasi. Seorang lagi mempertahankan konsep ketuanan Melayu dan Raja Perlembagaan. Isu ini sudah dibahas dan dibincang beribu kali.

    Di sini saya hanya mahu menekankan bahawa dalam keghairahan untuk melabel diri kita sebagai 'trendy', golongan baru, golongan muda, penyokong reformasi dan sebagainya yang bersifat moden ; jangan sesekali diizin diri kita dilalaikan oleh permainan licik golongan yang sebenarnya mahu melenyapkan kuasa politik orang Melayu.

    Cakap-cakap seperti " Ketuanan Melayu" perlu ditukar kepada " Ketuanan Rakyat" bermain dibibir golongan yang 'trendy' tadi ! Perlu diingat( saya berpesan kepada diri saya dan juga kepada Melayu yang lain) slogan "Ketuanan Rakyat" ini mula dimainkan oleh sebuah parti dalam Pakatan Rakyat, yang matlamat perjuangannya bukanlah berpaksi kepada pembelaan nasib orang Melayu ! Slogan ini makin hari makin kuat guruh petirnya, terutama pabila mereka melihat Melayu sudah lemah, lesu dan bercakaran sesama sendiri ! Baik dari akar umbi dan naik ke pemimpinnya sekali ! Semuanya sudah tidak sehaluan lagi dan keadaan ini memberi lesen dan perangsang kuat kepada yang mereka yang anti-Melayu untuk meneruskan agenda mereka 'menakluki' negara ini, yang suatu ketika dahulu dikenali sebagai TANAH MELAYU !

    Kalau kita mahu belajar dari sejarah dan mahu membaca mengenai 'grand design' puak Zionis ( yang juga merujuk kepada matlamat dan agenda 'The Illuminatis atau the Freemason movement, khususnya dari aspek cara halus untuk mengambilalih sesebuah pemerintahan negara)kita pasti akan sedar bahawa sebarang kelalaian dan kealpaan akan membantu, malah mempercepatkan proses dominasi negara ini oleh puak yang sememangnya memusuhi Islam ! ( * Rujuk tulisan 'After Dark' )

    Tidak sedarkah kita bahawa ada parti politik yang memang bertuan dan mempromosikan agenda perjuangan negara lain, baik yang terdekat dengan kita
    maupun yang beribu batu jauhnya. Agendanya sama sahaja , luaskan pengaruh Zionis Anti-Islam ini di negara kita. Perlu diingat bahawa Malaysia merupakan benteng terakhir untuk menyekat perkembangan dan pengaruh kumpulan laknat ini. Dan usaha untuk merobohkan benteng ini tidak pernah dihentikan. Keazaman puak ini tiba-tiba memuncak dengan hebat apabila peluang terhidang dengan luasnya bila mereka nampak orang-orang Melayu sudah bercakaran sesama sendiri. Peluang keemasan ini perlu direbut. Inilah masanya untuk mereka
    bertindak mencapai matlamat asal tanpa sesiapa menyedari dan mengetahuinya ! Bukankah ianya satu kemenangan besar bila 'orang lain' yang bantu mereka mencapai objektif !

    Siapa orang lain ini ? Adakah mereka Melayu dalam UMNO, Melayu dalam PAS atau Melayu dalam PKR ? Siapakah yang menjadi kuda tunggangan kepada puak durjana ini ? Butakah mata kita sehingga musuh boleh menyeludup masuk tanpa disedari ! Atau masih adakah antara kita yang masih dayus membiar diri kita dimanipulasi oleh permainan politik licik mereka ? Masih adakah antara kita yang boleh 'dibeli' dengan jutaan wang ringgit ( RM atau USD) atau disogok dengan 'kebendaan' sehingga tergamak kita melupakan asal usul kita, tergamak kita menjual maruah diri, tergamak kita gadai negara sendiri , hanya semata-mata hendak merasai kenikmatan BERKUASA dan MEMERINTAH !!!!!

    Kalau ada orang Melayu sebegini, baik dari UMNO, PKR atau PAS, eloklah kita sisihkan mereka dari awal lagi. Bahayanya amat besar . Tak mungkin kita boleh memutar balik masa jika kesilapan sudah terjadi !

    Saya percaya golongan ini, yang saya istilahkan sebagai 'penderhaka bangsa dan negara' , berada di dalam ketiga-tiga parti. Cuma mahu atau tidak kita semua berani tonjol dan dedahkan mereka ! Rasanya ramai dapat 'identify' beberapa orang dari golongan ini melalui gelagat politik mereka. Kita hanya perlu buka mata dan kenali tanda-tanda 'penyakit' tersebut.

    Di PRK N25 Bukit Selambau, ramai dah rasa 'geli' untuk menjadi calon.Kalau tak dipilih oleh parti masing-masing, maka 'bercalon bebaslah' ia ! Soalannya
    adakah yang 'geli' ini benar-benar mahu menjadi wakil kepada rakyat dalam erti kata yang sebenarnya atau hanya mahu melayan perasaan 'geli' mereka sahaja ????? Adakah 'syok' ini bersifat sementara , hanya untuk melayani keghaiaran politik semasa ??? Atau (dlm bahasa Kedah) 'karan' ini cuma nak tonjol diri sebagai 'hero' di kalangan kawan-kawan, agar dilihat sebagai jaguh dan macho ????? Or is just to prove a point ?????

    Apa pun, calon parti ke atau calon bebas ke, jangan jadi 'political hypocrite' ! We have had enough of political hypocrites in our midst right now ! ( cakap orang putih sikit la ). Dah banyak, sampai nak muntah, dengan puak hipokrit ini !

    ReplyDelete
  24. Zaidi Ali,
    terima ksih atas pandangan saudara.
    Kita hari ini harus bersedia kearah situasi ekonomi dan politik yang lebih meruncing.
    Melayu memerlukan pemimpin yang bijak, tegas dan berwibawa macam TUN.
    Nampaknya Najib harus memikul tanggung jawab ini. Najib kena se aliran dengan Tun, kerana Tun masih dihormati. Silapnya Pak Lah apabila nak tunjuk taring dan nak deviate terus dari Tun.Konon nak bawa reformasi baru bersama nak menantu. Hancur terus. Kami di Penang buat apa tak kena. Kawan Mummy di Kedah pun sama.
    Tq.

    ReplyDelete
  25. Anom,
    Awat hang nak kasihan pada Najib? Apa yang Najib kena buat ialah jangan bermusuh dengan Tun Mahathir.
    Hormat dan bawa TDM berbincang. Dulu semasa TDM jadi PM semua tak berani pamggung kepala keran TDM bijak dan tegas baik di dalm negeri dan luar negara.
    Tetapi Najib telah mendapat persepsi yg buruk sekarang apabila isterinya lebih camca dari bubur.

    ReplyDelete
  26. Perbezaan ketara antara Tun & Pak Lah...

    Tun pakai rotan dan sebat( dictates and punish). Berjaya.

    Pak Lah pakai serunai dan pujuk (democracy dan power sharing). Gagal.

    Ular senduk satu badan TIGA kepala hanya boleh dijinakkan oleh sebatan. Mana boleh main pujuk-pujuk!

    Pak Lah terlupa bahawa politik Malaysia dicipta berasaskan perkauman, malah selepas 50 tahun pun masih politik perkauman. Kalau tak mahu politik perkauman, buat sistem 2 parti macam Amerika. Haramkan UMNO, MCA, MIC, DAP dan semua parti yang berasas warna kulit. Kalau masih nakkan politik perkauman, kawinkan UMNO dengan PAS. Barulah 2 kepala senduk tu mahu ikut yang lagi satu dan barulah serunai ada kuasa memujuk sang senduk!

    ReplyDelete
  27. Mummy,
    Kalau Pak Lah betul sayangkan MELAYU dan ISLAM, beliau tak perlu turun.
    Salam saja dengan Nik Aziz & buat parti baru. Suruh Nik Aziz fatwakan, "Barangsiapa yang tak masuk parti BARU ini, mereka adalah dari golongan yang sesat dan kafir!"

    Golongan RAP pun tak payah fikir panjang. Anwar nak fikir apa lagi...suruh dia mengucap dan pilih!Habis cerita. Hanya Pak Lah boleh buat, bukan Tun bukan Najib.
    TU PUN KALAU Pak Lah sayang Melayu dan Islam. KALAU TAK SAYANG, balik Kapla Batas pekena nira nipah tiap hari & jadi Ulama Hadhari.

    ReplyDelete
  28. mei ayaq kenal sangat la calon bebas ni,,, zahran. sakat masuk kampung jenguk orang demam kora... apa yang dia buleh buat.. tup-tup beri khidmat pada masyarakat konon... pirah ! yang sorang lagi tu masa bertanding jawatan dalam umno merbok tak pernahnya menang... dok dalam persatuan perajuritpun set dengan kroni nak pertahan jawatan.. ambik chot kk jadi pengerusi lagi bagiuh, orang mercy malaysia pun dah tak mau pakai hang dah... agak-agak nak jadi calon bebas ni undi budak-budak kelab kancil cukupka...nak menang.

    ReplyDelete
  29. wei ! kita boh hang lah jadi calon , dah sorang tengok orang demam kora sorang tak penah menang.. amacam ?

    hang besa buat apa dah ?!!

    ReplyDelete
  30. kita buat senarai dulu, nampaknya ramai pakat nak bertanding ni... dengag habar ramli karim pun nak masuk jugak... dia pun dok habag dok berkhidmat dari zaman tok non lagi, mai ke zaman pak njang badri, lepaih tu zaman "ustaz" nan, zaman tok mi janggut sampai la ni zaman tajul. Kira dah berapa dinasti tu.. elok juga pertimbangkan ketokohan dia... kolam udang dia kot pengkalan bujang , jilid pun dah naik utan.. kot-kot jadi YB buleh buka balik projek tu.. la dia dok round sakan dengan harun belau... lawat kawasan...

    ReplyDelete
  31. Cek sokong ngan Hardamaut
    Orang Bukit Selambau dah maju la mumi...

    ReplyDelete
  32. Hampa ni awat nak gaduh2 kat bahagian yg kecik tu, pakat2 la elok-elok. Belah sana kroni Tajul, belah ni tentang TAjul.Macam mana nak jadi Kedah Sejahtera.kan MUMi...

    ReplyDelete
  33. salam mummy! Kesian kat Pak Lah, depa kata tiup serunai pon gagal, kesian Najib kena kulum banyak hal, nak telan tak leh luah pon tak kena. Kesian Tajul sana kena sini kena. Calon Bebas pon kesian, tak masok bertanding rasanya ada yg nak d juangkan, masok bertanding ditohmah mcm2, bebaslah katakan. Kesian Mummy (tuan tanah) bloggnya d buat gelanggang melepas geram (bukan semua). Kita nak tanya apa jadi jika maruah melayu di jajah sekali lagi? Apalagi jika kita yg manggadaikannya! Dulu kita telah pernah dijajah. Ada Cerita yang
    datok atau nenek kita biasa makan penanpak jepun, kena pijak perut,
    minun air, bukan pakai gelas, pakai
    baldi woo! Ini cukup melukakan hati
    saya! Kalaulah(atau pon dah terjadi
    ) kita di jajah lagi. Tak kira lah
    malalui saluran mana pon. Maka
    Melayu dan Ketuanannya munkin akan
    terus lenyap dari tanah airnya
    sendiri! Macam saudara kita di
    negara jiran. Tinggal nama dan rantai leher sahaja yg loketnya
    cap palang. Bukan apa, saya dok bayangkan anak2 dan cucu2 kita di
    esok hari yang bakal mendatang!!!

    ReplyDelete
  34. tahniah mummy, utuk blog yg berinformasi,
    sememangnya dunia politik dan politician di malaysia ini penuh dengan silap mata, macam biskut chips more, macam kopi segera(3 in 1/ 4 in 1 etc)

    ReplyDelete

Bloggers adalah mereka yang digolongkan berakal, waras, bijak dan berilmu serta dikira mempunyai peradaban yang tinggi. Elak dari bahasa-bahasa lucah atau yang tidak bersopan.
Sesungguhnya yang ampunya blog tidak akan bersubahat, bertanggung jawab dan menafikan segala bahan-bahan tersebut.