Saturday, February 28, 2009

YB-YB kurangkan main golf

Kurangkan habuan pertandingan golf
BRISBANE 25 Feb. – Bekas pemain golf profesional Australia, Greg Norman mencadangkan supaya hadiah wang tunai yang ditawarkan bagi pertandingan golf dikurangkan, berikutan krisis ekonomi dunia masa kini.
Norman yang dikenali sebagai ‘White Shark’ semasa zaman kegemilangannya membuat saranan itu melalui laman web Australia Broadcast Corporation.
Beliau berkata, tidak salah sekiranya habuan bagi sukan berprestij itu dikurangkan di Amerika Syarikat, sama seperti yang telah dilakukan di Eropah.
‘‘Ia juga sekali gus boleh menghormati rakyat dan pembayar cukai yang terjejas teruk akibat krisis ekonomi,’’ kata Norman yang pernah menjuarai Kejohanan Terbuka Britain sebanyak dua kali. – AP
Komen:
Jika Greg Norman pun sedar dengan kemelut ekonomi sekarang seharusnya YB-YB, Ketua-Ketua UMNO Bahagian dan pemimpin-pemimpin rakyat jangan membuang duit rakyat di atas padang golf.
Kadangkala masa yang begitu banyak dibuang di atas padang hingga lupa sembahyang lima waktu dan tugas utama melawat kawasan diabaikan.
Bila pilihanraya baru nak tunjuk muka. Baiklah YB-YB turun kawasan bergotong royong dengan menghayun cangkul dan pisau tebas itu lebih kerakyatan dari mengheret set-set golf ke Batam, Australia atau Phuket sambil berkeddykan gadis-gadis Siam.

9 comments:

  1. MAIN GOLF ,,,,, HANG MAIN GOLF KA ROCKY?
    AKU DAH MULA SUKA KAT BLOG NI ,,, ADA BANYAK INFO TAPI IKHLAS NYA ENTAH LAHH,,,,,,,,

    ReplyDelete
  2. Golf adalah sejenis permainan yang membazir masa. Pukul, pastu ikut bola. Permainan yang melalaikan umat Islam dan membelakangkan masa. Firman Tuhan, "DEMI MASA SESUNGGUHNYA MANUSIA ITU BERADA DALAM KERUGIAN.KECUALI ORANG ORANG YANG BERIMAN DAN BERAMAL SOLEH.DAN BERPESAN PESAN DENGAN HAQ(KEBENARAN) DAN BERPESAN PESAN DENGAN KESABARAN"

    Golf hanya sesuai untuk golongan korporat yang gunakan sessi golf untuk bincang peluang bisnes. Tak pernah saya dengar YB-YB gunakan sessi golf untuk bincang masalah rakyat. Lagi pun masalah rakyat bukannya boleh muncul di atas Greens & Bunkers. Maka bolehlah disimpulkan bahawa YB-YB yang kaki golf ni takde hati nak bekerja untuk rakyat, menjadi YB semata-mata nak cari peluang bisnes di padang golf.

    Silap bahasa juga, "Kalau nak jadi pemimpin yang dihormati di mata rakyat dan berjasa kepada rakyat...Turunlah ke padang. Selami masalah rakyat."

    Yang YB turun pi padang golf nak buat apa!

    ReplyDelete
  3. Umno suka ikut ikut pemimpin ,bila PakLah main golf pemimpin Umno yg lain sebuk main golf , Umno peringkat negeri pun dah banyak pertandingan golf
    Bila Tun M tonggang kuda di bukit kiara ramailah orang lain ikut tonggang kuda termasuklah Anwar pada masa itu
    Tok Najib pun dgr habar main golf juga
    Peristiwa Karpal memerlukan kejituan minda ,kebijaksanaan dan beberanian pemuda Umno untuk tangani peristiwa ini , Rakyat memerhatikan kepimpinan pemuda terutama Hishamudin yg terkenal dgn penakutnya untuk menangani peristiwa ini

    ReplyDelete
  4. Mami, YB ni main golf bila tension baru tenang sikit...Yang perut boroi tu kempis la sikit.

    ReplyDelete
  5. 1. Sebenarnya ada yang tersirat di sebalik tajuk "YB-YB kurangkan main golf.
    2. Mummy maksudkan main golf yang satu lagi iaitu 'main lubang'
    3. Banyak pembaca tidak dapat mentafsirkan wacan mummy yang penuh tersurat & penuh tersirat.
    4. Tahniah mummy, saya pengunjung setia blog mummy kerana saya membesar di Parlimen Merbok DUN Tanjung Dawai.
    5. Saya mengikuti politik Parlimen Merbok sejak tahun 1993 dan wacana mummy ada kebenarannya.

    ReplyDelete
  6. Buat Pemuda_Kulim terlalu imaginatif....Hang memang Otak Blue. Waktu kecik suka tengok "Big Blue Marble" kut?

    ReplyDelete
  7. benda-benda fitnah & mengutuk orang ni memang la syok... iblis dengan setan pulak dok menghasut.. mummy rokiah daapat saham dok fitnah orang, yang bodoh dok percaya fitnah pun tumpang dapat dosa... awat la bodoh... 2 x 5 , 5 x 2

    ReplyDelete
  8. rasanya daripada dok menfitnah orang buat dosa tak tentu pasal, pi main golf kat sp club tu lebih banyak manfaat.. Dulu team mummy rock lawan nak jadi comitte kat sana kalah khabarnya,dapat brapa undi saja tak tau...emm entah lah

    ReplyDelete
  9. Nak Ucap tahniah Pada cikgu Asan Aceh.

    Dia ni walaupun sibuk main golf,tak pernah lupa tanggungjawab... Sekarang memimpin UMNO Jalan Badlishah. Harap cawangan Jalan bandlishah kembali tuguh dibawah kepimpinan Cikgu Asan. Dulu masa krisis ketua cawangan lama cabut abis papan tanda... tinggal dewan saja tak buleh cabut... tu pun dah buta report suruh orang ambil .. apa punya tut ... mami tulong habag mai sat.

    ReplyDelete

Bloggers adalah mereka yang digolongkan berakal, waras, bijak dan berilmu serta dikira mempunyai peradaban yang tinggi. Elak dari bahasa-bahasa lucah atau yang tidak bersopan.
Sesungguhnya yang ampunya blog tidak akan bersubahat, bertanggung jawab dan menafikan segala bahan-bahan tersebut.