Thursday, December 31, 2009

Bila dah cinta ketiak pun bau wangi

Dengar khabar Bung Mokhtar sedang berbulan madu di Eropah bersama isteri barunya artis Zizi Ezette. Zizi Ezette juga dihadiahkan dengan sebuah kereta mewah mungkin sebagai satu hadiah perkahwinan mereka. Inilah kelebihan berkahwin dengan Ahli Parlimen atau YB kerana kesenangan hidup boleh di”shortcut”kan.

Jika harap nak jadi pelakon dan artis mungkin sampai berkedut pun tak dapat beli sebuah rumah kerana “jangka hayat” kecantikan seorang wanita atau artis tidak lama. Apabila masuk era umur 40an mereka diibaratkan seperti kata pujangga Hamka – “wanita seperti sepohon getah apabila susunya habis tidak boleh ditores lagi”.

Apapun risiko berkahwin dengan wakil rakyat ini amat tinggi kerana “jangka hayat” wakil rakyat di tangan rakyat dan pengundi. Jangan sampai rakyat jelak dengan isu-isu tuntutan nafkah yang berjuta ringgit apabila berlaku perceraian.
Kerana rakyat bimbang wang mereka disalah gunakan untuk membayar tututan yang tidak menasabah oleh mana-mana artis.

Harap bahagia Bung Mokhtar, apabila dah berbulan madu dan cinta menyintai disaat inilah ketiak pun bau wangi.

KEPADA SEMUA COMRAD MUMMY ROKIAH. SELAMAT TAHUN BARU 2010.

7 comments:

  1. salam mummy,

    itu lah, ditelan mati mak, diluah mati bapak. soal jodoh memang soal privacy masing2, tapi apabila ia membabitkan seorang wakil rakyat, ini sudah jadi public interest. masakan boleh rakyat biarkan. tapi asalkan bung tak timbulkan masalah, tidk mengapa dan saya bersetuju dgn mummy - tuntutan tak munasabah tu jangan sampai rakyat naik berang.

    WBHim

    ReplyDelete
  2. Salam ziarah.Kita lihat berapa lama mereka blh brtahan kerana jika tujuan mereka kahwin sbb nafsu,harta atau kecantikan semata.Tiada yg kekal di dunia ini.Cintakan manusia,manusia kan mati.Cintakan kecntikan,suatu ketika ia kan dimamah usia.

    ReplyDelete
  3. berdasar kajian, bau ketiak dapat mengurangkan stress kepada pasangannya.

    ReplyDelete
  4. tapi yang tak boleh tahan bau ketiak pekerja restoran mamak ....ih ih ih busuukkkkkk sunggguhhh

    ReplyDelete
  5. Tuntutan jota jota kena tanya mat tyson munkin dia ada pengalaman...
    sapa lagi ..kalau tak mp , Yb , Mb ..bee end.Tahniah.

    ReplyDelete

Bloggers adalah mereka yang digolongkan berakal, waras, bijak dan berilmu serta dikira mempunyai peradaban yang tinggi. Elak dari bahasa-bahasa lucah atau yang tidak bersopan.
Sesungguhnya yang ampunya blog tidak akan bersubahat, bertanggung jawab dan menafikan segala bahan-bahan tersebut.