Friday, December 25, 2009

DS Ustaz Azizan Abdul Razak and the Good Political Practice

Sebaik sahaja berlaku pengistiharan pada malam keputusan Pilihanraya Yang Ke 12 bahawa Negeri Kedah Darul Aman telah ditawan oleh PAS, Keadilan, Bebas dan DAP berbagai-bagai andaian, persepsi dan momokan dibuat terhadap bagaimana akan jadi kepada Negeri Kedah di bawah pemeritahan pembangkang.

Cerita-cerita tersebar luas bahawa berlaku rampasan di Wisma Negeri, perarakan besar-besaran di ibu negeri Alor Setar, dewan-dewan orang ramai dirampas kunci, tadika-tadika akan dihalau, mesjid-mesjid akan ditawan dengan khutbah Jumaat yang berapi-api, ceramah-ceramah umum akan berleluasa, penyelewengan Kerajaan Negeri BN di bawah Mahadzir Khalid akan dibongkar dan berbagai-bagai lagi seperti apa yang berlaku di Terengganu semasa Hadi Awang naik berkuasa.

Gambaran, situasi dan persepsi tak ubah seperti Garuda Hijau melanggar negeri Kedah Darul Aman yang dahulukala dikenali sebagai Kedah Langkasuka seperti didalam cerita Hikayat Merong Mahawangsa.

Tetapi persepsi-persepsi ini ternyata meleset, penantian demi penantian situasi sebegini akan berlaku rupa-rupanya tidak berlaku. UMNO dan BN yang sedang menunggu untuk mengeksploitasikan situasi cempera ini terpaksa pulang ke rumah dengan tangan kosong. Tidak ada bahan untuk “attack”.

Inilah kebijaksanaan, diplomatik, kemesraan pendekatan yang diambil oleh DS Ustaz Azizan Abdul Razak selaku Menteri Besar Kedah dari parti PAS Kedah.
Dasar, sikap dan polisi yang diambil oleh beliau di negeri Kedah ternyata berbeza dari negeri-negeri di bawah Pakatan Pembangkang yang lain.

Beliau bijak “to customised” corak pemerintahan Negeri Kedah dengan acuannya sendiri. Beliau dilihat bersih, tidak bermusuh, diplomatik, mesra rakyat, lendit dan tidak banyak isu.

Mungkin cara beliau diambil dari pengalaman beliau bercampur-gaul dengan pemimpin-pemimpin UMNO yang terdahulu.

Berbalik kepada UMNO Kedah pula, setelah tidak ada banyak isu untuk “attack” Kerajaan PAS Kedah, mereka balik bercakaran sesama sendiri. Perebutan pengagihan peruntukan Kerajaan Persekutuan untuk setiap kawasan Parlimen yang diamanahkan kepada Ketua-Ketua UMNO Bahagian nampaknya tidak akan habis sehingga PRU yang akan datang.

Telah wujud kelompok-kelompok “orang ini” “orang itu”, “itu orang dia” ”ini orang aku”, “mengapa jemput dia? mengapa tidak jemput aku?”, “mengapa nama dia ada? Mana nama aku?” , “ini program mengapa tak bagi tahu aku?”, “kalau nak aku pergi program ini jangan jemput dia”, “mengapa Menteri turun aku tak tahu?” inilah yang berlaku di kalangan UMNO Kedah hari ini.

Macam kata orang Kedah “Hang, Hang. Aku, Aku”, “Tak dapat kepala telinga aku pulas”. Jika ditanya kepada pemimpin-pemimpin UMNO Kedah tentang masaalah ini, kesemuanya akan kata “siapa kata UMNO Kedah ada problem? Kami tidak ada problem?”.

Setiap perjumpaan, mesyuarat dan majlis mereka akan bersalaman dan berdakapan yang cukup erat, tetapi sebaik selepas sahaja perjumpaan tersebut masing-masing mereka akan mecebir bibir masing-masing dengan kata-mengata, kutuk-mengutuk dibelakang. Kata orang Kedah juga “depa tutuh sesama depa dibelakang”.

Kesimpulannya? UMNO Kedah tidak ada kesimpulan kerana semuanya “no problem”.

8 comments:

  1. Depa tutuh dibelakang atau ada juga yang tutuh belakang kot.

    ReplyDelete
  2. Saya setuju dengan ulasa Mummy. Saya sendiri ahli UMNO dah letih dan bosan dengan telatah pemimpin UMNO Kedah. Tikam sesama sendiri, hipokrit menjadi-jadi, ada yang tak reti masuk DUN sampai terlepas kawasan, berebut peruntukan dan lain-lain. Saya disini berikrar akan mengundi PAS pada PRU13 jika pemimpin bodo-sombong sedia ada tidak ditukar. Lebih baik berketuakan Ustaz Azizan dari makhluk musang berbulu ayam dari UMNO. Cuma tak syoknya mengapa Ustaz Azizan dok ulang cam perangai Mahadzir Khalid yang suka tonjol diri ngan sepanduk seluruh Kedah? Takyah lah nak perkenal diri lagi takut orang naik meluat pulak. Toksahlah buat cam perangai UMNO...

    ReplyDelete
  3. aku rasa orang amno kedah ni perut depa berulat kut..dengki sesama depa..cah keting toksah cerita..tu laa..banyak sangat makan rasuahhh!!

    ReplyDelete
  4. Salam Mummy,

    UMNO Kedah dah jadi macam UMNO Kelantan, depan cukup baik dan bila bercakap cukup manis tapi dibelakang dok asah pisau nak kerat kawan kawan.

    Ketua ketua Bahagian memang mahu lihat Kedah terus diperintah oleh pembangkang sebab depa dapat banyak peruntukan dari kerajaan pusat.Setiap Ketua Bahagian dibayar RM 5,000 sebulan sebagai elaun jaga kawasan begitu juga dengan Pengerusi JKKKP dapat RM 400 sebulan.

    Bukan itu saja ,semua projek kerajaan persekutuan dikawal oleh Ketua Bahagian dan dia yang menentukan kepada siapa projek itu diberi.Contoh yang klasik ialah di Bahagian Merbok,semua projek dibolot oleh ketua bahagian, ini termasuk membina 4 biji gelanggang FUTSAL yang dianggarkan hampir RM 1 juta.Timbalan Ketua Bahagian ,Naib Ketua,Ketua Wanita ,Ketua Puteri dan AJK Bahagian semuanya lihat saja tak berani bersuara didepan tapi maki hamun dibelakang.

    ReplyDelete
  5. BETUL BETUL BETUL..PUAK PUAK YANG JADI KETUA UMNO BAHAGIAN DI KEDAH KEBANYAKAN LAPAQ AYAQ.ADA SORANG DUA YANG BOLIH GAGAH,TU PUN TAK BOLIH LEPA JUGA..DOK KIRA NAK GABUIH..

    ADA JUGA KETUA BAHAGIAN DOK GABUIH MEMANJANG,MACAM KETUA UMNO BAHAGIAN MERBOK.SEMUA KONTRAK DIA GABUIH BOLIH KAT ORANG DIA..AKU SETUJU CONTOHNYA MACAM GELANGGANG FUTSAL..DAN MACAM2 PROJEK LAGI..HABUAN YANG DAPAT KEPADA KETUA BAHAGIAN,BOLIH BAWA MAIN GOLF LUAR NEGARA DAN BERMACAM MACAM HABUAN LAGI..

    KALAU MACAM NI LAH PERANGAI KETUA2 BAHAGIAN YANG ADA DI KEDAH,PERCAYALAH!!!,DALAM PRU KE 13 NANTI,KEDAH AKAN TERUS DI PERINTAH OLIH PEMBANGKANG WALAUPUN KITA TAHU,PEMBANGKANG PUN TAK BUAT APA2 SEMASA MEREKA MEMERINTAH..TAPI MEREKA TIDAK SERAKUS MACAM KETUA2 BAHAGIAN UMNO..SEMUANYA DAH GILA DAN MAU KUMPUL DUIT SEBANYAK YANG BOLIH..SOAL NEGERI PAS TERUS MEMERINTAH..LANTAK LAH..

    ReplyDelete
  6. Bagi aku la Mummy, aku tak mau amik pusing sangat dengan perangai huduh puak2 kepimpinan UMNO peringkat bawah (cawangan) sampai ke Negeri di Kedah ni ...

    buleh kata kalau kita dok amik pusing pasai tu tak kesudahan cerita depa ...

    aku dok ingat la kan, kalau kita peringkat blogger ni buat kerja lebih sikit untuk bantu UMNO kedah (bukan untuk faedah sekerat dua kepimpinan UMNO yang haprak) tetapi Lillahi Taala demi kerana Agama, Bangsa dan Tanahair terchinta, aku ingat kita MESTI BOLEH!

    Sebab, kalau kita dok amik pusing hal kepimpinan UMNO tu, sampai bila? Kita hanya mampu berdoa supaya Allah turunkan hidayah kepada depa agar insaf.

    Kita la ni kena perang dah, bukan sekadar tunggu isyarat depa tu. Kita sendiri start perang PAS Kedah, ada isu, kita balun, tak dak isu, kita cari sampai jumpak! MESTI BULEH! ... Jangan kata tak buleh. Aku kasi sedikit contoh kat bawah , sila tengok OK ... (Sekadar Contoh, bukan nak mengajaq) ...

    PAS Kedah juga manusia, depa juga tak lepas dari kelemahan. Pucuk Pangkai pada kita sendiri samada nak terus-terusan mencari kelemahan diri kita dan dok pening dengan masalah rumahtangga kita, ATAUPUN kita dah start lama dah buat kerja perang untuk kebaikan sejagat. Pilih saja.

    Aku harap komen aku ni tak menyinggung sesiapa. Kita dengan cara kita sendiri untuk menumbangkan PAS Kedah (khasnya Pakatan Rakyat Kedah) ... Jom Buat!


    CONTOH MUDAH DARI AKU:

    (1) PUSAT HIBURAN : BLACK PUB dibuka pada 06/12/2009 - Pekan Simpang Kuala Alor Setar, keterangan lanjut boleh baca di sini : KLIK

    (2) PUSAT HIBURAN : STAR KARAOKE terkini baru dibuka pada 21/12/2009 - Atas Bangunan Kasut Bata Teluk Wanjah Alor Setar, keterangan lanjut boleh baca di sini : KLIK SINI


    Ikhlas:
    AloQStaQ
    30/Disember/2009
    2:30 Ptg

    ReplyDelete
  7. PAS ka UMNO sama saja sebab orang Melayu.lagipun MB Kedah la nie dia liberal dan rasional..tak mcm bekas MB yang lepas,tgk muka pun tau menyombong,bila dengar suara pun dah tau bongkak!tapi Ustaz tlglah tgk kan PBT kat Kedah ni..kat taman-taman area Kulim tu,lalang dah sama tinggi dengan lori!malu!

    ReplyDelete
  8. buka pusat hiburan tu bukan untuk orang melayu islam masuk tapi untuk puak sayur kailan dan keriang dot. itulah jawapan ds ustaz azizan kalau pi tanya kat dia. puak dia mesti sokong punya.
    kena dok pebetoi had dalam umno dulu. melilau rata habuk pun tarak.

    ReplyDelete

Bloggers adalah mereka yang digolongkan berakal, waras, bijak dan berilmu serta dikira mempunyai peradaban yang tinggi. Elak dari bahasa-bahasa lucah atau yang tidak bersopan.
Sesungguhnya yang ampunya blog tidak akan bersubahat, bertanggung jawab dan menafikan segala bahan-bahan tersebut.