Sunday, April 4, 2010

Perjumpaaan Ustaz Azizan dan Daim

Minggu lepas sahabat telah mendedahkan di dalam sebuah akhbar nyamuk berhubung pertemuan mesra MB Kedah, Datuk Seri Ustaz Azizan dengan Mantan Menteri Kewangan Tun Daim Zainudin di salah sebuah restoran tertutup di ibukota.

Mengenali Tun Daim, beliau bukanlah seorang yang mudah untuk keluar makan kerana kesibukan menguruskan perniagaannya di luar negara. Apabila masanya dapat diluangkan bersama MB Kedah, ini bermakna sudah pasti sesuatu pencapaian yang besar telah berlaku dan ada perkara yang dipersetujui bersama.

Apa gunanya kekayaan yang melimpah-ruah jika tidak disumbang kepada negeri tumpah darah sendiri. Mungkin di atas kesedaran dan rasa tanggung jawab ini maka Tun Daim yang juga anak kelahiran Kedah meletakkan sebelah ideologi politik demi untuk menyumbang kepada rakyat Kedah.

Kelazimannya di dalam UMNO apabila pemimpin baru mengambil tempat, pemimpin lama akan dipinggirkan. Ini kerana untuk menghakiskan pengaruh pemimpin lama itu supaya pengaruh maksima beralih kepada pemimpin yang baru.

Berbagai-bagai cara dan tektik dilakukan di antaranya pemimpin lama tidak lagi dijemput dalam apa-apa juga acara resmi, pendapat dan pandangan dibakulsampahkan, kelibat dan bayang di dalam media dieditkan dan dijelekkan, jasa-jasa dilupakan atau dibuat-buat lupakan.

Walaubagaimanapun ini tidak diamalkan oleh Ustaz Azizan, bukan sahaja Tun Daim yang beliau dapatkan nasihat tetapi Tun Mahathir juga dan beberapa bekas pemimpin Kedah yang telah bersara.

Kedah sejak dipimpin oleh Ustaz Azizan tidak ada banyak isu-isu besar. Beliau dilihat sebagai pembangkang "friendly". Isu-isu yang cuba dimainkan UMNO seperti isu air di Kedah ternyata tidak menyengat langsung. UMNO seperti bercakap dengan tembok dan "echonya" melantun kembali ke muka mereka.Isu kemerosotan pelancong ke Langkawi juga semuanya kosong belaka, fakta YB Nawawi, ADUN UMNO dan fakta Kementerian Pelancungan juga bercangggah.Akhirnya yang anih kedatangan pelancongan ke Langkawi sebenarnya meningkat.

Sesungguhnya rakyat Kedah sedang menyaksikan badut-badut politik di kalangan pembangkang Kedah sedang bermain lawak sarkas.

5 comments:

  1. Betoi ka mummy? Ka tak tau nak buat apa? Ka dok tiru TunDol punya stail apa nama Elegant Silence? Yg banyak dok nampak main Tai Chi sj yg lebih... tak gitu Mummy?

    ReplyDelete
  2. hai m.rokiah mungkin tun daim tengah mempelawa mb lompat ke umno. mana tahu? mb jumpa orang lama bn buat apa? kan ramai lagi orang pas yang banyak pengalaman menarah dan membolot hasil balak. rasuah dikata sedekah. masaalah air, sampah, jalan dan segala kemudahan kalau tak disentuh nanti kata pulak "badut pembangkang kedah" tak buat kerja. kau ni cium bontot aje le.

    ReplyDelete
  3. saya ke langkawi bulan december yg lepas..ya Allah..kotornya..mcm di Kelantan rasanya..

    ReplyDelete
  4. Betoi ka niiiii.. MR Ustaz Azizan jumpa Tun Daim?.

    MR guna spy hebat nooo.... atau, masa tu MR ada semeja.

    Apa depa cakap MR?.

    ReplyDelete
  5. Salam ziarah dri sya. Pertama kali sempat singgah d sini. Kesimpulannya pada sya, yang pandai mencari yg bijak. Yang bijak mencari yang cerdik. Hanya jauhari mengenali manikam walaupun banyak maknikam dah mula nak jadi jauhari. Teruskan....

    ReplyDelete

Bloggers adalah mereka yang digolongkan berakal, waras, bijak dan berilmu serta dikira mempunyai peradaban yang tinggi. Elak dari bahasa-bahasa lucah atau yang tidak bersopan.
Sesungguhnya yang ampunya blog tidak akan bersubahat, bertanggung jawab dan menafikan segala bahan-bahan tersebut.