Sunday, April 4, 2010

Siapa kata Anwar Ibrahim tidak hebat?

Temubual Mingguan Malaysia dengan mantan Menteri Pertanian, mantan Setiausaha Agong UMNO dan mantan Menteri Besar Kedah DS Sanusi Junid amat menarik. Beliau menyimpulkan bahawa Anwar Ibrahim tidak sehebat mana hanya kita sahaja yang memberi ruang kepada Anwar.

Mungkin dalam beberapa perkara pendapat Sanusi Junid ini ada benarnya tetapi yang menjadi kemusykilan ialah rantaian atau networking Anwar Ibrahim dengan dunia luar dan negara-negara besar amat luas sehingga mampu muncul di pentas-pentas forum antarabangsa.

Persoalannya hari ini kemana bekas-bekas pemimpin kita yang dulu di dalam kabinet yang konon hebat, mengapa mereka tidak tampil mengembangkan sayap mereka seperti Anwar Ibrahim? Mengapa mereka membiar Anwar Ibrahim sahaja yang “bergedembong” @ temberang Ahli-Ahli Parlimen Australia contohnya.

Apakah setelah tidak ada jawatan di dalam cabinet mereka telah pencen dan hanya berulang-alik ke mesjid dan surau mendengar bacaan kitab dan menunggu saat-saat kematian.

Apa kurangnya mereka jika dibandingkan dengan Anwar Ibrahim untuk bercakap dipentas-pentas dan forum antarabangsa? Hari ini mereka hanya “wait and see” .

Mungkin Sanusi boleh bercakap di pentas antarabangsa tentang "The Tragedy of Mat Jenin" atau "The Poverty Must Die" berdasarkan pengalaman beliau yang luas dalam pembasmian kemiskinan.

9 comments:

  1. hebat apa kejadahnya, macam dah lama bebenor kenal si nuar AJ tu...saidina Ali rA, pernah berkata untuk mengenal kawan itu baik atau jahat sekurang2 7 hari hidup bersama(bersama sepanjang hari), mummy dah berapa hari tinggal dengan nuar AJ.

    ReplyDelete
  2. Atau cara menanam padi atas bumbung,yg dia perkenalkan semasa menjadi MB Kedah. Khabarnya,benih padi yg ditanam,lalang yg tumbuh.Satu penemuan yg harus diketengahkan di peringkat antarabangsa. Siapa cakap Sanusi tak boleh diketengahkan?

    ReplyDelete
  3. Kalau hanya baca Blue Ocean Strategy macam Najib tu, macam mana nak bercakap di peringkat antara bangsa, takkan nak cerita 1Malaysia yang di ciplak tu. Pemimpin UMNO hanya nampak hebat semasa berkuasa sebab selalu "abuse of Power" tengok Ce det sudah la dan sanusi Junid takkan nak cerita pasal tanam serai dan makan ulam, siapa nak dengar!!! Dulu orang bodoh syok la kena kelentong tetapi sekarang ni kirim salam je la!!!

    ReplyDelete
  4. kena jugak perhati sapa kwn2 anwar kt oversea tu..
    pemimpin UMNO mana ada yg sanggup bersekongkol dengan amerika n yahudi hingga ke tahap anwar ibrahim..
    majoriti pelobi2 forum antarabangsa adalah yahudi!!

    ReplyDelete
  5. salam mummy,
    mummy kena tahu, hebatnya anwar ialah kerana ditaja yahudi. Promo yahudi mmg hebat, kerana media dikuasai mereka. Lihat perniagaan yg dipunyai yahudi spt facebook,starbucks dll, boleh meningkat naik dlm masa yg singkat. Padahal apa yg diperkatakn di forum2 bukan perkara2 baru, lebih banyak mengupas buku2 yg beliau baca. Jarang dpd ideanya sendiri. Bila menyembah yahudi, itulah yg kita akan dpt.

    ReplyDelete
  6. Sanusi ni jenis cakap pandai saja.
    Buat kerja bukan reti.
    Orang kena dengar cakap dia. Tak boleh komen pasai dia banyak buku..kah..kah..kah

    Mat Jenin
    Gorpis
    Cabut Uban
    Tok Su
    Paya Pahlawan
    Kedai Runcit Masjid
    Tanam Padi Atas Bumbong

    Semua ni pi mana? kah..kah..kah..
    Pendek bukan sebarang pendek
    Pendek kencing meleleh

    ReplyDelete
  7. Anwar should be channeling all his 'greatness' in helping his own kind first rather than preach about 'hak sama rata'.

    The Malays are far behind compared to the Chinese and Indian.

    He'll be truly GREAT if he's able to take the Malays to a new height.

    He'll be GREATER if he could solve his problem without having to get other countries involved.

    ReplyDelete
  8. Tak pernahpun orang cakap al-juburi hebat, in the first place.
    Con-man adalah.

    ReplyDelete
  9. benarkah anwar bersengkokol dgn amerika dan yahudi? wajarkh ka kita katakn anwar bersengkokol pd masa yg sama anwar jg mengutuk kezaliman zionis yahudi..anwar mempunyai hubungan baik dan rapat dgn byk tokoh agama kat oversea..hal ini kita perlu teliti bkn dgn emosi anti yahudi semata mata tetapi meneliti dgn akal dan minda yang terbuka..

    ReplyDelete

Bloggers adalah mereka yang digolongkan berakal, waras, bijak dan berilmu serta dikira mempunyai peradaban yang tinggi. Elak dari bahasa-bahasa lucah atau yang tidak bersopan.
Sesungguhnya yang ampunya blog tidak akan bersubahat, bertanggung jawab dan menafikan segala bahan-bahan tersebut.