Thursday, June 3, 2010

Dialog rakyat di kedai makan Ikan Temenung Temengau.

Selesai assignment di JB dan Singapura MR balik sekejap ke USM dan langsung ke Kedah menunaikan jemputan dari sahabat yang telah lama terpisah semasa sama-sama menuntut di luar Negara dahulu. Kesempatan berjumpa, sahabat telah membawa MR makan pagi ke sebuah kedai makan kampong, bukannya restaurant, bukannya café dan bukannya kopitiam.

Kedai makan yang terletak di bawah pokok paku lima di persimpangan jalan ke Kuala Kedah terletak dalam kampong yang bernama Temengau atau Tebengau begitulah lebih kurang sebutannya. Kedai makan itu terkenal dengan gulai ikan termenong atau kari ikan kembong kata orang KL, yang segar dan manis.

Kata sahabat beginilah setiap pagi ramai “regular customer” dan salah seorang regularnya ialah Datuk Kadir Sheikh Fadzil.

Apa yang menarik, duduk di sebelah MR ialah seorang Pak Long tua dalam lingkungan 80an yang MR kira masih cergas dan banyak bercakap sambil menggentel rokok daun tembakau jawanya.

“Dulu kalau kata bangkrap harta kena rampas hanya pakai baju singlet pagoda dan kasut jepun. Pakai kain chukin dan kena mandi air hujan” kata Pak Long.

Rupa-rupanya Pak Long ini sedang risau bagaimana jadinya kalau negara ini bangkrap pada tahun 2019. Mungkin beliau risau takut kena pakai kain cawat apabila subsidi ditarik balik.

Idris Jala harus menjelaskan sejelas-jelasnya apa yang beliau percakapkan itu. Kenyataan dan istilah berat ini amat menakutkan khasnya golongan bawahan. Takut-takut Idris Jala juga kena galas sumpit dan pakai cawat menyumpit burung, kera, lutung dan monyet.

4 comments:

  1. Kedai catok bawah pokok buku 5 dengan simpang Tebengau yang MR sarapan pagi nasi gulai ikan temenong tuuu.. kita tau. Yang tu kedai puak PAIH. Pak Long yang dok gentel ghokok daun tuuu... dia memang candu dah dengan nasi gulai ikan temenung di kedai tuuu... Haghi2 dia ada kat situ.

    Asal orang2 ada gaya sikit mai makan, dia akan cakap macam tu. Supaya oghang tau yang ghakyat bawahan dok bercakap macam tu. Dia baca sughat habaq haghi2.

    Jika MR pakai cakap dia, memang MR jumpa oghang yang diupah bercakap macam tuuu... kita tak kata MR terkena. MR orang jauh, mana tahu. Tebengau pun MR kata Temengau. Sebenarnya TEBENGAU. Dulu ada soghang Tok Penghulu Tebengau. Penghulu Hashim. Oghang panggil dia Penghulu Tebengau. Dia tu Tok Penakan Ustaz Azizan lah. Menantu dia nama Pak Teh Mat bekas ADUN Sala (la nama DUN Sg Limau). Pak Teh Mat bertanding disitu Ustaz Azizan pun kalah. Pak Teh Mat ni Pak Penakan Ustaz Azizan. La Allahyarham daaahhh..

    Yang kita nak cegheta niii.. kami oghang UMNO tak pi makan kedai catok tu dah. Makan sedap. Tapi pasai Pak Long tu laahh.. bila kami oghang UMNO pi makan situ dia kutuk. Jadi kami laghi tak pi daaahhh... Tapi kedai tetap laku juga. Haghi ni pun, satu haghi dia masak habih koghang 3 peghiuk 8 gantang.

    Memang sedaaapppp.... kami bukan boikot. Dia pun Melayu. Jupa kot pekan, toke dok tanya "awat tak pi kedai daaaahhhh...?". Kami diam je lah. Tak mau komen.

    ReplyDelete
  2. Anom 3.00AM,
    MR ucapkan terima kasih kerana mengemaskini data dan maklumat.Akan MR updatekan maklumat ini.

    Kadangkala apabila berada di kedai-kedai makan "catuk" (kedai kecil?)atau kedai rakyat untuk tafsiran yang lebih tepat,ia mengembalikan nostalgia akar umbi kita.

    Minda pegunjung coffee house holiday villa mungkin ada yang hebat kedembong mereka dan di situ juga kebiasaan tempat angan-angan "conmen" yang pandai menjerat mangsa.Atau politikus yang mencatur kabinet-kabinet bayangan mereka sendiri.

    Terima kasih sekali lagi.

    ReplyDelete
  3. Mamy, bukan macam MR kata tuu...
    Orang UMNO pun bukannya senang semua. Nak p makan kat Hilidy Villa tu jauh sekali lah. Pilihan kita kat kedai catoq maca kdai jalan Tebengau tu ja lah.

    Kedai Pokok Cerry dekat hospital pun depa dok sembang pasai Kabinet2 tuuhh... Kat situ depa sembang lagi pandai dari puak2 yang dok sembang di HVilla. Sapa Menteri nak kena berhenti dan yang nak dilantik semua depa tahu.

    Pasai Pak Long yang depa upah tuuuu... MR pi makan sekali lagi kat situ, dia memang adaaaa.. jer kat situ. Jika kita cakap pasai TDM pun dia bantai semacam jeee.. MAHAFIR'AUN kat mulut dia je. La, TDM dok mainperanan hantar bantuan ka Gaza pun, yang tu FIR'AUN kecik yang baik hati pulak.

    OGHANG TOK TOK PAIH NI MACAM TU LAH MR oooooiiii....

    ReplyDelete
  4. saya dok pi mkn selalu tak da la pulak hal mcm tu..pelik juga niiii. tak jumpa pun pak longg tuu

    ReplyDelete

Bloggers adalah mereka yang digolongkan berakal, waras, bijak dan berilmu serta dikira mempunyai peradaban yang tinggi. Elak dari bahasa-bahasa lucah atau yang tidak bersopan.
Sesungguhnya yang ampunya blog tidak akan bersubahat, bertanggung jawab dan menafikan segala bahan-bahan tersebut.