Friday, June 4, 2010

UMNO Kedah makin hari makin karut, makin lama makin kalut, sesama depa dok berebut.

Pergolakan di antara ADUN-ADUN UMNO di Kedah yang bukan Ketua Bahagian UMNO dengan Ketua Bahagian UMNO dan Ahli Parlimen BN semakin meruncing.

Ini berikutan peruntukan elaun lumayan Kerajaan Persekutuan hanya disalurkan kapada Ketua UMNO Bahagian dan Ahli Parlimen BN sahaja dan ADUN nampaknya melopong.

Persoalannya bagaimana wang rakyat disalur kepada Ketua UMNO Bahagian atau dipergunakan untuk parti politik? Di mana hak-hak ADUN yang dipilih oleh rakyat?

Amalan inilah yang membuatkan Ketua-Ketua UMNO Bahagian menjadi rebutan, sombong dan angkuh. Mereka tidak berja kuat di dalam pilihanraya dan mereka lebih rela kalah dalam pilihanraya kerana yang penting mesti menang Ketua Bahagian. Ini kerana memenangi Ketua Bahagian UMNO lebih senang dan lumayan ganjarannya dari memenangi pilihanraya.

Apabila Datuk Syed Sobri, ADUN Kuala Nerang mengemparkan untuk meletupkan bom jangkanya, puak-puak UMNO negeri menyerang peribadi beliau kiri dan kanan. Puak-puak yang selama ini sedang tidur lena dibuai mimpi membangkitkan isu hutang-piutang Datuk Syed Sobri.

Contoh yang terdekat baru-baru ini ialah , apabila Datuk Syed Sobri menggesa Datuk Mohd Rozai Safian, Ketua UMNO Bahagian Pendang merangkap Setiausaha BN negeri meletak jawatan kerana gagal memenangi pilihanraya, beliau dengan angkuh mengalih alasan dengan berkata “jika saya diminta meletak jawatan kerana kalah pilihanraya, bukan saya yang perlu dituntut meletak jawatan malahan Pengerusi BN Datuk Seri Najib Tun Razak dan Pengerusi UMNO Kedah, Datuk Seri Shafie Apdal juga perlu letak jawatan kerana ia tanggung jawab bersama”.

Amboooii Mohd Rozai. Mohd Rozai mungkin lupa bahawa yang menyebabkan kekalahan PRU yang lepas telah pun meletakkan jawatan mereka iaitu Pak Lah dan Mahdzir Khalid. Mengapa pulak Najib dan Shapie Apdal dijadikan sasaran. Tidakkah ini kenyataan emosi yang melulu dan berunsur menghina.

Nampaknya pergelutan dan gawat politik UMNO Kedah semakin parah dari hari ke hari dan jika pambu-pambu @ular-ular sawa ini tidak ditambat dengan segera nampaknya sehingga ke ambang PRU13 nanti pun mereka tidak akan selesai bergomoi.

“Buat malu kat oghang…” kata Pak Long Temengau.

25 comments:

  1. Ingatkan mereka sentiasa bergerak dalam keadaan yang sedar keadaan kini sebagai puak yang kalah dan ikhlas berusaha untuk menang kembali.

    ReplyDelete
  2. Kita sebok tolong dia kat sini. Pe'el mereka tak berubah-ubah.

    agbr47: Kadang-kadang terfikir, ini juga balasan tuhan.

    ReplyDelete
  3. Nampaknya pemimpin UMNO negeri kedah belum sedar.....!!! sudahlah!!! tumpukan perhatian untuk bangsa, agama dan negara.... buang semua pemimpin yang hipokrit UMNO ini !!!! Berebutlah kuasa.!!! PRU13 ni... anda semua tidak akan dapat lagi walau 1 sen pun !!!! ingat PKR nak bagi ke peruntukkan bangunkan Melayu!!! Tgk lah apa dah jadi ke kedai DO RE MI!!! - afdzal

    ReplyDelete
  4. idham kuala ketilJune 4, 2010 at 9:00 AM

    umno kedah indah khabar dari rupa.ketua bahagian sombong dan salah guna duit rakyat.kerja tak jalan.

    ReplyDelete
  5. parti kebangsatan melayu bersatu dah nak karam. huhuhuhuhuhu

    kembalilah ke islam sebenar

    ReplyDelete
  6. seronok juga bila bn kalah dikedah.rezeki mencurah-curah.ketua bahagian boroi.

    ReplyDelete
  7. MR.BN KALAH.KETUA BHGIAN MEWAH.

    ReplyDelete
  8. Rozai ni memang pon perangai macam pandai sangat. Di Pendang tak habis-habis dok gaduh dengan Man Abdul. Macam mana Sanusi Junid macam tulah Rozai.
    Bukan penawar tapi penyakit.
    UMNO KEDAH KENA UBAH TAK KALU...PUNGGAHHHHHHHHHHHHHHHHHH.
    Karat-karat lama kena buang ganti yang baru.

    ReplyDelete
  9. dipadang serai orang muda.gaduh dgn timbalan dgn beberapa kertua cawangan.lagi teruk pada yang lama.yg ini bukan karat dah tahi gigi.lingkop umno kedah

    ReplyDelete
  10. Mami, sekarang ini musim cempedak. Chempedak kalau nak buat cucur jangan sampai lasu nanti makan minyak dan langsung tak boleh makan kerana banyak kolestrol. Makan banyak kolestrol nanti sakit jantung.

    Begitu ketua-ketua UMNO yang dok bergayut di Kedah ni. Depa semuanya dah jadi cempedak lasu.

    Nak goreng pun dah tak boleh pasai dah lenyaq, baik bagi lembu makan chempedak. Lembu sihat kita sembelih lembu pulak.

    ReplyDelete
  11. ADUN Kedah ni bodoh...betullah apa yang dinyatakan Datuk Ir Nawawi semalam bahawa ADUN UMNO Kedah ini kena settle la dalam mesyuarat dalaman. Apa yang mereka dok tembak parti. Itu dah tidak patut dan cara itu tak kena.
    Depa dok dalam dewan pun bukannya depa tembak PAS dan PKR. Ini terbalik kuang dok pi tembak parti yang angkat dan sokong mereka sampai menang jadi ADUN.
    Azmi Che Husin, ADUN Bayu naik jadi ADUN pun bukan cerdik sangat. Eksyen nak mampuih. Cakap dalam dewan tak berpandu fakta langsung, buku tak baca.Tersengeh terhegeh itu la...kerja dia.
    ADUN Ayer Hangat, Mohd Rawi pun sama. Dalam Dewan langsung tak menyengat, kena botoi dengan ADUN-ADUN PAS saja..
    ADUN Bukit Kayu HItan, Zaini Jaafar dok long-leng-long-leng bermuka-muka dengan PM dan TPM saja.Ucapan langsung tak boleh pakai tak dak bahan bernas.
    Hampehhhh semua.

    ReplyDelete
  12. adun umno/ketua umno bahagian dikedah katanya bodo-bodo belaka.padan muka hampa semua

    ReplyDelete
  13. a. c. h. dah kahwin dua, orang sg petani. tang tu dia cerdik.

    ReplyDelete
  14. Apa lah kita bercakap pasal UMNO Kedah ni lagi. Mahathir Khalid dan balacinya masih boleh main judi kat Perth dan Cambodia lagi, Dato Bashah LCE pun tak cukup lepas, Nawai ni pulak engineer TNB..repair lampu rumah bolehlah.

    ADUN ADUN nya pulak setengah dari mereka dari kalangan haprak, Hj Zaini, kerani pejabat tanah dulu dok kilek geran tanah kehulu kehilir, Mee Che Husin lulusan SPM mengaku bekas pegawai Dato Mustaffa Mohd tapi yang sebenar nama serupa tapi orang lain, Syed Sobri dok tunggu hari nak kena bungkus dek bank, Suraya dok ligan projek tak habih habih, Tajuddin bekas jual KL Chicken kata mengaji di Australia, Dr Ku Rahman perasan lebih dari PM. Rawi, peguam sharie perangai macam budak darjah 6, Apa yang rakyat nak harap kat depa.

    Ketua bahagian pulak semua berceramuk sesama sendiri. Dok gila projek, dok tangga pejabat Menteri siang malam. Rekod peribadi hampir semua tak boleh pakai. Kena pulak dengan Ketua Penerangan Jalil Khir, judi bola pun dia sokong mengaji agama.

    Lupakan depa ni. Biarlah Azizan jaga Kedah ini.

    ReplyDelete
  15. Minta maaf. Kekadang ada pihak yang nak masuk campor urusan UMNO Kedah ni pun ada yang cakap tak kena dan tak ikut fakta. Lepas tuuu... puak2 yang tak ketahuan hala ni buat komen ikut sedap cakap, jadi tak ketahuan hala jugak lahh... apa isu yang dibincangkan. Meghapu.

    Tapi jika dok bercakap pasai UMNO Kedah yang ada mirip2 pro pembangkan, betul lah tu. Dah pro pembangkang, kita anggap tujuannya nak mengata saja lah. Selalunya bila mengata tak ikut fakta, namanya fitnah. Tapi, sesiapa pun, jika bercakap cukup fakta, itu bukan fitah.

    Kita bercakap apa yang disebut, mengapa ADUN yang dipilih rakyat tak dapat peruntukan?.

    Sapa kata ADUN yang dipilih rakyat tak dapat peruntukan?. Semua ADUN dapat peruntukan. ADUN BN akan dapat peruntukan dari Kerajaan BN lah, demikian juga ADUN PR peruntukan dari Kerajaan PR lah. Cuma sikit dengan banyak saja lah.
    Selama ni, yang dok bercakap tu, takkan tak tau kot?. Dari lama dulu, prosidornya macam tu.

    Kapada MP, macam tu lah jugak. MP BN dapat dari Kerajaan BN Pusat lah. MP PR, dapat dari PR Pusat lah.

    Fasal Ketua UMNO Bhg dapat peruntukan, itu memang salah fakta. Sebab, yang dapat itu, bagi kawasan Parlimen yang BN menang dibagi kapada MP mengurus peruntukan. Di Kedah mana ada Ketua Bahgian yang dari MP. Parlimn yang BN kalah, peruntukan dibagi kapada Penyelaras Parlimen yang mana mereka ini dilantik oleh Kerajaan Pusat, mereka ialah Pegawai Kerajaan atas dasar kontrek. Ada juga dikalangan mereka bukan Ketua Bahgian. Jadi, tak timbul mereka membelanjakan peruntukan Kerajaan sewenang-wenang untuk parti. Jika dibelanjakan untuk mesyuarat agong UMNO, ICU pun tak akan lulus. Ini prinsip dan prisidor yang cukup ketat.

    Tidak ada sesiapa yang boleh berbuat demikian. Peruntukan yang diperolehi, misti dibelanja untuk rakyat dalam berbagai bidang pembangunan.

    Untuk makluman, itulah duit yang dijadikan oleh Penyelaras samada peringkat Parlimen atau DUN untuk pembangunan rakyat selama ini 2 tahun lebih BN kalah di Kedah. Buat dan pebaik Surau/Mesjid, buat dan pebaik titi, buat dan pebaik jalan2 kampong dan bermacam2 lagi untuk rakyat.

    Jika tiada peruntukan dari Kerajaan Pusat yang di bagi melalui Penyelaras2 Parlimen/DUN, MP2 BN dan ADUN2 BN, selama dua tahun lebih ini rakyat negeri Kedah tak akan dapat melihat pembangunan untuk mereka, terutama diluar-luar bandar. Nak diharapkan peruntukan Kerajaan PR Negeri? telan ayaq lioq lah depa.

    Kerajaan PR/PAS dapat hasil cukai hanya sekadar untuk bayar gaji kakitangan Kerajaan sajalah.

    Contoh paling dekat. Eskeleter kat Pekar Rabu, Alor Star tu pun peruntukan Kerajaan Pusat.

    Perrrah... berceramah, kutuk, fitnah dan berbohong dengan rakyat
    itu saja khidmat yang PR/PAS boleh bagi kapada rakyat Kedah selama ini.

    ReplyDelete
  16. sdr ano.. tak payah tegak benang basah.zaman dulu bolehlah kelentong.sekarang zaman 2010.kita tahu apa yg ketua bahagian buat.bukan untuk menegembalikan sokongan rakyat pada bn.dia buat kerja untuk kepentingan diri sendiri dan politik diri nya.ini yang ahli umno marah.kalau dia buat kerja betul ikhlas dan telus maka tidaklah bunyi bising dibawah.pasai tak tak telus.dia lebih penting diri nya sebagai ketua bahagian dari nak menangi hati rakyat.pergilah dimana bahgian pun dikedah ini lah yg ketua bahagian buat.selamat bahagia semua ahli umno.

    ReplyDelete
  17. wahai semua pemimpin umno dikedah.umno adalah hak ahli dan orang melayu.jika ada kritik pemimpin umno terimalah dengan hati yang terbuka.mereka mahu lihat umno kuat dan dihormati bukan seperti hari ini yang nampak tak bermaya.pimpinan yang amat lesu.jangan jadikan umno seperti hak sendiri.rakyat tahu dan memerhati apa yg pemimpin buat.terima setiap teguran dgn hati terbuka.letaklah jauh-jauh kepentingan diri dari segalanya.

    ReplyDelete
  18. minta maaflah.shafie afdal tak dan nak tengok umno kedah.dia sebok jaga sabah.he he he he

    ReplyDelete
  19. BETOI KE TAJUDIN NGAJI DI OSTOLIA....

    ReplyDelete
  20. .mummy rokiah.aku harap orang yg tidak tahu pokok pangkal mengenai umno kedah tak payahlah campor tangan dan memberi komen yg bukan2.Janganlah ditambah-tambah yang tak ada asas.Selidik dulu dan jangan terlalu buruk sangka pada pimpinan umno kedah.mereka pun manusia biasa juga.

    ReplyDelete
  21. Ketua UMNO bahagian di Kedah sibuk kumpul harta dunia....lupa org bawah.
    Ketua UMNO bahagian di Kedah tak sedaq diri, tak ada usaha nak mantapkan, tak ada usaha nak pulihkan UMNO langsung.

    ReplyDelete
  22. sedarlah diri yang umno jadi pembangkang dikedah.masih tak reti nak bersatu lagi.nampak sangat kepentingan politik perut dan peribadi.pru 13 kalau macam ini punya cerita ust azizan ratah macam ulam saja lah.ikut suka hanpa lah.

    ReplyDelete
  23. Shafie Afdal dok bela zahida rafiq..mana dia nak peduli umno kedah. Baru-baru ni dia beli kondo kat klcc dan kereta ferari kat zahida..harga lebih 2 juta..ahli-ahli umno kedah melopong la jwpnya..kihkihkih

    ReplyDelete
  24. "buang semua pemimpin yang hipokrit UMNO ini "..??? hahah UMNO akan tinggal parti tidak berpemimpin... even di peringkat cawangan la jawab nya... hahahah MR dah tulih dah.. depa ni nak jadi pemimpin sebab nak kaya... bukan nak tolong rakyat dan parti sendiri...

    ReplyDelete
  25. kenapa masing-masing sibuk nak cari kesalahan orang sendiri. kalau yang bagi komen tu org pembangkang, memang tak perlu layan sebab dah memang tugas dia menghasut. tapi kalau yang bagi komen ni org umno sendiri, buat apa nak tayang kelemahan satu malaysia? Nak bagi pembangkang lagi mudah masuk jarum kat rakyat? selesaikan lah sesama sendiri. tak perlu nak buka pekung sendiri. kita ni,kalau 1 jari tunjuk kat org, 9 sembilan lagi sebenarnya tuju kat diri sendiri. kitaorg yang org luar kedah ni pun, sedih tgk umno kedah mcm nih. kalau mcm ni, letak sapepun jadi pengerusi negeri tak akan dapat balik umno kat tangan bn. masing2 sibuk cari aib masing2.BERSATULAH WAHAI BANGSAKU

    ReplyDelete

Bloggers adalah mereka yang digolongkan berakal, waras, bijak dan berilmu serta dikira mempunyai peradaban yang tinggi. Elak dari bahasa-bahasa lucah atau yang tidak bersopan.
Sesungguhnya yang ampunya blog tidak akan bersubahat, bertanggung jawab dan menafikan segala bahan-bahan tersebut.