Thursday, September 16, 2010

Peribahasa hari ini "Hanya Maniam mengenal Selvam"

Gangsterisme India tidak seburuk didakwa

KUALA LUMPUR 15 Sept. - Kementerian Dalam Negeri menjelaskan masalah gangsterisme melibatkan kaum India tidak seburuk seperti yang didakwa oleh Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk T. Murugiah semalam.

Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Lee Chee Leong berkata, masalah tersebut tidak dinafikan wujud, namun angka yang dinyatakan Murugiah tidak dapat dipastikan kebenarannya.

"Masalah gangsterisme tidak hanya berlaku dalam masyarakat India namun turut melibatkan semua kaum.

"Justeru, kementerian ini telah memantau masalah ini secara serius serta akan mengambil tindakan mengikut keperluan dari semasa ke semasa," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas gesaan Murugiah semalam meminta Kementerian Dalam Negeri memberi penekanan serius terhadap masalah gangsterisme melibatkan kaum India kerana peratusan kes jenayah yang membabitkan mereka semakin meningkat.

Murugiah mendakwa seramai 300 belia berketurunan India di Selangor telah ditahan di bawah Akta Kediaman Terhad dan dihantar ke penjara Simpang Renggam, Johor dalam tempoh Januari hingga April lalu.

Chee Leong berkata, tidak wajar sekiranya hanya masalah gangsterisme melibatkan kaum India sahaja diberi perhatian kerana masalah tersebut turut melibatkan semua kaum di negara.

Sehubungan itu, beliau minta semua pihak termasuk pertubuhan bukan kerajaan (NGO), ahli politik serta masyarakat untuk menangani masalah gangsterisme.

"Murugiah juga boleh membantu dengan cara melaporkan kegiatan gangsterisme sekiranya mendapat maklumat yang tepat.

"Kita akan terus memantau secara serius masalah ini serta akan melakukan penahanan untuk mencegah jenayah bagi menjaga keselamatan orang awam," katanya.
(Sumber Utusan Malaysia)


Beberapa bulan lepas isu mahasiswa berpolitik oleh Timbalan Menteri Saifuddin Abdullah dengan YAB Mahyudin Yassin.  Belum habis isu tersebut bangkit pula Timbalan Menteri YB Puad Zakarshi hantam SKMM, di bawah Kementerian Rais Yatim isu tindakan kepada Malaysian Insider.

Hari ini Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk T. Murugiah pula bercanggah statistik dengan Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Lee Chee Leong.

Apa dah jadi ni? Timbalan-Timbalan Menteri nampaknya bukan main lagi  "menggatal kuasa" mengatasi Menteri. Hendaknya pula semua isu yang disentuh adalah isu-isu sensitif yang boleh melondehkan seluar Najib.

Berhubung isu gangster India rasanya pandangan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk T. Murugiah harus diberi perhatian yang serius kerana beliau lebih mengenali masaalah kaumnya sendiri.

Jangan sangat berlandaskan data dan statistik untuk mengambil tindakan, lihat dengan mata kepala sendiri realiti apa yang berlaku depan mata sekarang.

2 comments:

  1. Memang jelas nampak kabinet mesti dirombak. Apamacam mami?

    ReplyDelete
  2. Mummy

    Gempak hindu istilah yang d guna pakai oleh masyarakat kepada mereka2 yang berperangai setan.

    wawa

    ReplyDelete

Bloggers adalah mereka yang digolongkan berakal, waras, bijak dan berilmu serta dikira mempunyai peradaban yang tinggi. Elak dari bahasa-bahasa lucah atau yang tidak bersopan.
Sesungguhnya yang ampunya blog tidak akan bersubahat, bertanggung jawab dan menafikan segala bahan-bahan tersebut.