Apabila Bekas Timbalan Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR), P Jenapala, mendakwa wujud pelbagai taktik kotor, termasuk penularan politik wang menjelang pemilihan parti itu, November depan yang sebenarnya ini bukan lah perkara baru bagi Penasihat PKR Anwar Ibrahim.
Amalan ini juga telah difotokopikan oleh Anwar semasa menentang Pak Ghaffar di dalam pemilihan Timbalan Presiden UMNO ketika itu. Amalan-amalan ini juga sedang menjangkiti di dalam parti-parti pakatan mereka.
Pengamal-pengamal ini jugalah yang berkeliaran disekeliling Anwar sekarang yang sedang menikmati kemewahan yang berlegar-legar sesama mereka sahaja. Malah masih ada yang sedang menaruh harapan yang menggunung untuk menjadi Menteri, Timbalan Menteri dan Senator apabila Anwar menjadi Perdana Menteri satu hari nanti.
Janji-janji kepada rakyat oleh wakil rakyat mereka seperti di dalam manifesto semasa ‘ter”menang (tidak sengaja meang) di dalam PRU12 yang lepas hanya tinggal paluan tong yang kosong.
Negeri-negeri yang mereka perintah tidak habis-habis bercakaran sesama sendiri di mana gema politikingnya seperti tidak kesudahan. Hak-hak Melayu menjadi mangsa dan sentimen perkauman disuburkan.
Perhubungan wakil rakyat mereka dengan pentadbir negeri bukan setakat keruh dan bermasam muka malah langsung tidak sehaluan. Rakyat seharusnya bimbang bagaimana kelak mereka ini jikalau memerintah negara ini.
Jika rakyat membuka minda, mata dan telinga seluas-luasnya rakyat harus boleh menimbang siapa yang layak memerintah Negara ini supaya kekal aman, makmur dan sejahtera.
No comments:
Post a Comment
Bloggers adalah mereka yang digolongkan berakal, waras, bijak dan berilmu serta dikira mempunyai peradaban yang tinggi. Elak dari bahasa-bahasa lucah atau yang tidak bersopan.
Sesungguhnya yang ampunya blog tidak akan bersubahat, bertanggung jawab dan menafikan segala bahan-bahan tersebut.