Monday, December 27, 2010

Boleh kah Kedah berubah?

Najib melantik Datuk Paduka Ahmad Bashah Md Hanipah sebagai Pengerusi UMNO Kedah yang baru dan Timbalannya Datuk Mukhriz Tun Mahathir.

MR malas nak komen cuma nak dengar apa kata pengundi-pengundi di Kedah?

18 comments:

  1. Salam Mummy, komen saya tentang UMNO Kedah... HANCUS. Keluar mulut Naga masuk mulut Dragon... UMNO nampaknya tak mau berubah.Sedih..sedih yang teramat sangat. Dah nazak pun belum insaf... tak tahu kenapa.

    ReplyDelete
  2. Kalau betul seperti kata Naza. Hancuslah. Jadi macam Kelantan la.

    ReplyDelete
  3. Salam MR,

    Nampaknya PM Najib tidak berapa mendengar rintihan dan suara hati dari akarumbi yg ingin melihat perubahan yg ketara dalam kepimpinan Perhubongan UMNO Negeri Kedah.

    Usaha untuk menawan kembali kerajaan Negeri Kedah memerlukan tenaga muda yg dinamik,berani,berwawasan, komited dan diyakini ramai.Tanpa kualiti yg disebutkan itu sudah pastinya kita tidak boleh mengharapkan sebarang perubahan akan berlaku yg boleh membawa kejayaan dalam usaha menawan kembali Kedah dalam PRU akan datang.

    Apa nak buat,rakyat mahu berubah tetapi pemimpin tak tahu bagaimana nak berubah!

    Askar Tua

    ReplyDelete
  4. Saya setuju sangat dengan Naza, yang sebenarnya Kedah sudah tandus dengan pemimpin berwibawa.
    Tidak hairanlah yang dilantik hanya kualiti Sijil Pelajaran Malaysia yang tidak boleh berbahasa Inggeris.

    ReplyDelete
  5. Kalau UMNO dapat tawan Kedah adakah En Ahmad Bashah akan menjadi MB?

    Kalau jadi MB tak boleh lawan dengan MB sekarang yang berkelulusan Maktab Mahmud(1966), Sarjana Muda Syariah Universiti Al-Azhar(1972) dan M.Phil In Law.Dept of Law Univercity of Kent Canterbury England (1978).

    Saya ingat biarkan saja Kedah di bawah Sejahtera sahaja yang lebih cerdik.

    Ikhlas : Pemerhati yang setia.

    ReplyDelete
  6. MR,
    Mimpi UMNO?BN untuk tawan semula Jedah, hanya tinggal mimpu. Akar umbi ghairah untuk melihat pemimpin yang segar megar tetapi yang lesu juga jadi pilihan. Genarasi muda ingin melihat anak muda bukan "kuda tua" yang telah ditolak dan akan terus ditolak untuk menterajui UMNO negeri, AHmad Bashah "zero" up stair apa yang dia mampu memikir untuk berubah dan menyakinkan kembali sokongan anak-anak muda kepada UMNO untuk kembali mentadbir Kedah. Mengapa Pak Najib kurang yakin kepada Mohkriz yang diperlukan di Kedah? Ahmad Bashah adalah "Yes man" politikus yang tidak mampu mengawal bahagiannya kini diberikuasa pula mengendali sebuah negeri.Jangan salahkan kami jika Kedah kecundang lagi pada PU akan datang. Golombang HIJAU kini semakin kuat dan teguh dan semakin dipercayai rakyat Kedah. Bulan semakin cerah di Kedah. Biji Mata semakin mendapat sokongan. Roket semakin menyerlah di kawasan pekan dan pinggir bandar. Dapatkah Mr Yes Man berhadapan badai yang mengganas Kedah sekarang? Jangan lupa dengan tindak tanduk api dalam sekam gang-gang UMNO Kubang Pasu, Padang Terap, Merbok, Baling, Sungai Petani, Kulim Bandar Baru, Kuala Kedah, Yan, Kota Setar dan Pendang.In short, I don't think Ahamd Bashah is a right candidate to lead Kedah especially GE is around the corner.

    ReplyDelete
  7. Nampaknya politiking dalam UMNO Kedah akan berterusan. www.toksenawi.blogspot.com

    ReplyDelete
  8. What can we say heh....heh...heh....biarpi la

    ReplyDelete
  9. Kita berharap Ahmad Bashah akan memberi peranan yang lebih bermakna kepada Mukhriz untuk menawan semula Kedah.

    Pemimpin2 yg lain perlulah meletakkan parti di atas segala2nya.

    Tak guna jadi ketua bahagian dalam negeri yg kalah.

    ReplyDelete
  10. Takkan lah disebabkan posting2 MR dan komen2 ciput pengikut dlm blog ini memaksa DSN merubah keputusan.korang fikirla sendiri PM dan kerajaan penama benda kalau setipap stratgi ditentu telunjuk bloger seperti MR yg blum pasti lagi ketepatan bidikannya dlam mencatur hal2 penting dan besar dan agenda ya tah hapa kjap nampak macam pro UMNO BN, kejap pula pro parti ANU... AR.so pembahas ya kunun ada di akar umbi tu sudah sudah la.tak ada siapa yg akan dilantik mampu puaskan nafsu setiap orang.

    ReplyDelete
  11. Nampak sangat Kedah ketandusan pemimpin. Banyak lagi yang boleh dilantik seperti tali barut Singapura yang cukup layak bukan setakat menjadi pengerusi perhubungan UMNO negeri tetapi mejadi PM pun beliau layak.

    ReplyDelete
  12. Mami,
    Saya berpendapat biarlah Datuk Bashah diberi peluang dahulu sebelum apa-apa komen kita tunggu dan lihat senarai barisan Jawankuasanya dahulu. Di situ baru kita boleh mengukur kewibawaan kepimpinan beliau.
    Seperti kata pepatah "kalau Lembu hanya berkawan dengan Lembu juga. Kalau Lembu itu bijak dia akan berkawan dengan Kancil"
    SALAM.

    ReplyDelete
  13. Yang peng san,

    Kita sering kematu mendengar pujian, sanjungan,bodek-membodek, tepuk sorak yang tidak bertempat seperti di dlm perhimpunan agung UMNO sehingga kita tulikan telinga kita mendengar teguran dan butakan matakita melihat realiti yang sebenar, kerana yang benar itu amat pahit untuk ditelan.

    Inilah sikap-sikap jumud dan konservatif saki-baki penyokong UMNO yang masih ada terutamanya di negeri-negeri yang UMNO tumpas dalam PRU12.

    Mereka melenting dan mudah menuduh serta menghukum orang-orang yang menegur mereka kerana mereka pantang ditegur.Mereka selesa dibuai dengan kemewahan harta-harta hasil pembahagian projek-projek Kerajaan Persekutuan yang dikelola mereka untuk suku-sakat mereka.

    Mereka ini yang sebenarnya berada digigi tebing jurang kejatuhan empayar mereka seperti LDP di Jepun yang memerintah selama 54 tahun telah jatuh menjunam ke dalam gaung kerana gagal mendengar suara hati dan jiwa rakyat-rakyat picisan di luar bandar yang satu ketika dahulu merupakan penyokong kuat mereka.

    Suara-suara ini akhirnya menjadi non-partisan dan beralih menyokong DPJ (Parti Demokratik Jepun).

    MR tidak berhasrat berdebat tentang keputusan Presiden ini kerana Presiden dan PM mempunyai kuasa PREROGRATIVE ATAU KUASA ISTIMEWA.
    Pada peringkat awal rakyat hanya diseru memilih dan bersuara tetapi apbila sampai ke peringkat atasan pemimpin ada KUASA PREROGRATIVE ATAU KUASA ISTIMEWA untuk melantik sesiapa yang beliau suka tanpa lagi mendengar suara rakyat di bawah.

    Itulah KUASA pemimpin, "KUASA PREROGRATIVE" ini ada pro dan ada kontranya.

    Yang pronya rakyat boleh dibisukan dan "you just KEEP SHUT UP YOUR MOUTH!THIS IS MY PREROGRATIVE POWER!" dan yang kontranya jika rakyat tidak dapat bersuara mereka akan mengalih sahaja kepada Kerajaan yang baru.

    Dan apabila berlaku begitu barulah UMNO akan melihat dengan "mata niiiinn" (kata org Kedah)atau mata putih sahaja.

    Jangan kita gagal belajar dari LDP.

    Terima kasih.

    ReplyDelete
  14. MR,
    Ya mummy kita tidak persoalkan kuasa istimewa pemimpin, tetapi berbicang kemungkinan ke atas kesannya. Kan itu pun tak boleh kut. Sebenarnya pemimpin bersedia untuk mendengar komen-komen ini tetapi barua-baarua kaki cium punggung, kaki kipas dan kaki bodek ampu yang tidak senang hati.Kaki-kaki ini yang merosakkan parti dan mereka patut dinyahkan tetapi malangnya orang-orang inilah yang mendapat tempat/kedudukan.Sebenarnya UMMNO masih kuat di Kedah tetapi rakyat benci dengan malaun-malaun yang tidaak sanggup mendengar teguran yang membuat UMNO ditolak.

    Anti-jilat

    ReplyDelete
  15. Sikap Melayu yang paling seni ialah hendak menjaga hati kawan.
    Nanti kawan kecil hati.Nanti kawan terasa hati. Nanti kawan kata apa pulak. Nanti kawan kata kita eksyen. Nanti kawan kata ada kuasa pun tak boleh tolong kawan.
    Semuanya faktor kawan dan yang nak melingkop pun kawan juga.Kerana kawan dia jadi macam tu. Dia tu OK tapi kerana kawan dia rosak.
    Itulah Melayu. Sehingga kawan makan kawan. Kawan naik kepala kawan. Kawan jual nama kawan.

    Kedah kena penangan kawan nak tolong kawan.

    ReplyDelete
  16. Dalam politik UMNO Kedah ini yg berubah itu hanyalah orang sahaja.Rupanya kelulusan SRP pun boleh memimpin UMNO Kedah.Kemudian diikuti sebaris pemimpin SPM.Pemiimpin berkeluluasn tinggi kurang.Kata nak berubah.Nampak macam undor kebelakang.Masa depan UMNO Kedah masih tetap samar-samar kerana mempumyai ramai yg kelabu asap matlamat jadi pejuang umno itu sendiri.Mungkin kedah akan jadi negeri Lebai Malang .....

    ReplyDelete
  17. Tidak adil jikalau Pengerusi Umno baru yg dilantik ini telah dibalon dan dihina sebelum menunjukkan prestasinya.Kelulusan akademik dalam berpolitik memang penting TETAPI yang paling penting ialah jiwanya dekat dengat denyut nadi rakyat bawahan.Kepada pembangkang tentu saja bermacam isu dan keburukan akan dicanang oleh mereka,tetapi kepada penyokong UMNO haruslah berlapang dada dan yang paling penting membantu beliau merampas kembali Kedah.

    ReplyDelete
  18. Pemikiran pemimpin selalunya lebih tajam dari pemikiran blogger. Pemimpin merasai denyut nadi kesukaran membuat pemilihan untuk memenuhi kehendak semua orang. Kebanyakan blogger hanya jadi pemerhati tanpa merasai kesukaran membuat keputusan. Dengan secawan kopi dan mengadap notebook, mereka mengulas seolah-olah mereka ahli politik yang amat berpengalaman dan boleh meramal dengan tepat keburukan yang bakal berlaku. Politik ibarat bermain catur, nampak macam nak kalah tapi akhirmya menang. Nampak macam nak menang, akhirnya kalah. Sokong dan bantulah pemimpin yang kita pilih. Beri nasihat yang berguna untuk mereka, bukan nasihat berguna kepada lawan.

    ReplyDelete

Bloggers adalah mereka yang digolongkan berakal, waras, bijak dan berilmu serta dikira mempunyai peradaban yang tinggi. Elak dari bahasa-bahasa lucah atau yang tidak bersopan.
Sesungguhnya yang ampunya blog tidak akan bersubahat, bertanggung jawab dan menafikan segala bahan-bahan tersebut.