Wednesday, December 29, 2010

Piala Suzuki, Indonesia dan Malaysia siapa menang?

Megawati, bekas presiden berharap pasukan Indonesia akan menang dalam perlawanan akhir itu dan menggesa setiap pemain ‘jangan pantang mundur menghadapi Malaysia.’

“Sekarang ini sedang demam bola. Saya berharap dan siapapun juga pasti berharap Timnas (pasukan kebangsaan) jangan pantang mundur,” kata beliau.


Megawati mendedahkan cucunya yang berumur lapan tahun juga sudah pandai memberikan semangat untuk Timnas.


“Cucu saya sendiri yang masih berumur lapan tahun juga bersemangat dalam Timnas. Dari kelmarin saya dan cucu saya berSMS menuliskan ‘Timnas Jangan Pantang Mundur, Garuda di Dadaku, Indonesia Negeriku, Jangan Mau Kalah Sama Malaysia’.

“Itu hebatnya kerana cucu saya masih lapan tahun sudah seperti itu,” kata Megawati dengan penuh bersemangat. (Bharian Online)


Nampaknya Megawati dan cucunya masih menaruh harapan yang tinggi walaupun terpaksa bermula dengan kosong manakala Malaysia membawa bekal 3 gol pada malam ini.

Sama-sama kita tunggu Harimau Muda membaham Garuda.

4 comments:

  1. InsyaAllah.
    malaysia berjaya. =))

    ReplyDelete
  2. Aku fikir semangat nasional rakyat indonensia hampir tidak munasabah terlalu berlebihan mengusung harapan geruda mereka.belum lagi menang gempak,gempar mengalahkan Berzil..sebenarnya pasukan indonesia bukan la pasukan hebat sangat,aku perati standerd permainan mereka hanya sipi sikit dari pasukan felda untd,tapi media mereka puji melambung Sehingga pemain kayal dibuai mimpi.Bagi aku Pemain kita spt Nursahrul layak dan mampu bermain di EPL hebat dan mempunyai kaki yg sangat kuat dalam penguasaan bola terutama di sudut sukar.kita akan menang malam ni tapi media indon tetap menafikan kemenangan kita.

    ReplyDelete
  3. Sukan sepatutnya menyatukan ahli sukan dan juga rakyat dari negara berlainan.

    Jangan sukan menyebabkan ahli sukan dan negara bermusuh.

    Di mana semangat kesukanan Indonesia? Dulu pun Indonesia menang 5-0 sebab penjaga gol Malaysia dipancarkan laser.

    ReplyDelete
  4. Putri Soekarno menang begitu. Salut pada Pak SBY.

    ReplyDelete

Bloggers adalah mereka yang digolongkan berakal, waras, bijak dan berilmu serta dikira mempunyai peradaban yang tinggi. Elak dari bahasa-bahasa lucah atau yang tidak bersopan.
Sesungguhnya yang ampunya blog tidak akan bersubahat, bertanggung jawab dan menafikan segala bahan-bahan tersebut.