Sunday, January 2, 2011

Adalah tidak cerdik untuk menjadikan kampus UUM kepada zon bebas cukai

Vice- Chancellor UUM Pro Dr Mohamed Mustafa Ishak menyatakan UUM akan menghantar cadangan kepada Kerajaan Persekutuan untuk kelulusan agar diisyhtiharkan kawasan kampus UUM seluas 1,060ha menjadi kawasan zon bebas cukai.

Ini bertujuan agar UUM dapat memanfaatkan status zon bebas cukai untuk menghasilkan pendapatan, selain membolehkan universiti kurang bergantung pada dana dari kerajaan.

“Lokasi kami sangat strategik untuk seperti status sebagai kampus utama sekitar 8km dari sempadan Malaysia-Thailand.

"Kami menyasarkan untuk menukar kampus utama universiti di sini menjadi sebuah zon bebas cukai pada akhir tahun ini, menunggu kelulusan daripada kerajaan," katanya.

Cadangan ini dikira telah menyimpang dari matlamat utama penubuhan sesebuah universiti sebagai kilang melahirkan warga ilmuan, cerdik pandai dan cendiakawan.

Hakikatnya menjadikan UUM kawasan bebas cukai bukan “core business” universiti ini kerana kawasan-kawasan bebas cukai akan terdedah produk-produk bebas cukai yang majoritinya arak dan rokok.

Universiti ini tidak harus menjana pendapatan dari sumber perniagaan yang was-was dan UUM mesti bergantung harap kepada dana Kerajaan.

Pendapatan untuk pendidikan seharusnya datang dari sumber yang bersih dan tidak bercampur dari sumber yang kotor kelak kita akan melahirkan graduan taik arak, taik rokok dan pengamal rasuah yang tegar.

Kerajaan DS Najib yang berteraskan rakyat didahulukan dan pencapaian diutamakan tidak harus bersikap tangkai jering untuk menyalurkan dana kepada UUM kerana anak-anak rakyat berhak mendapat “benefitnya” dari sumber cukai yang dibayar rakyat sendiri.

MR harap usahlah Dr Mohammed Mustafa membuang masa menghantar cadangan ini kepada Kerajaan, tumpukan perhatian untuk melahirkan sarjana-sarjana yang setaraf dengan Universiti Harvard.

Lahirkan seorang seperti Mark Zukerberg pengasas Facebook dari Universiti Harvard yang berjaya mencorakkan dunia ini mengikut telunjuk Facebook sehingga warga planet ini menjadi Facebookmania.


Ini lebih bermakna dari menukar kampus UUM menjadi kawasan bebas cukai yang penuh dengan sarang maksiat, judi dan arak kerana keuntungan besarnya ialah Thai bukannya Malaysia.

9 comments:

  1. taik arak dan taik rokok ok lagi mummy....cheq takut nanti siswi pula yang dapat peluang cari duit lebih...
    mula2 pelancung niat nak pi siam...bila singgah UUM,depa tengok siswi2 UUM comei2...teruih depa angkut budak2 tu pi pakai semalam dua..
    bila dah jadi kawasan bebas cukai...yang tumbuh macam kulat lepaih ujan adalah hotel.
    seronok la orang yang bagi idea tu...dia dapat juga komisin.
    bapa sapa la yang bodoh ni...bagi idea nak merosakan anak bangsa.

    ReplyDelete
  2. Studen boleh beli motor dan kereta tanpa cukai. Kat kampus tak payah pakai pak guard kerana dah ada kastam.

    ReplyDelete
  3. Salam tuan
    Setuju. Tapi tak mungkin UUM nak jual rokok arak dan produk2 haram wal subahat. Tapi asasnya tetap kurang bijak.Saya akan komen banyak aktiviti UUm yang tak bijak dari segi bisnes kononnya utk kurangkan pergantungan kepada kerajaan.

    Ksimpulannya, dulu UUM antara tersohor dlm melahrkan graduan bisnes, akaun dan IT...kini... kena kejar balik sebab dah tertinggal bas...wrong priority.

    Jumpa lagi.

    ReplyDelete
  4. Awatlah setiap hari dapat kita lihat cerdik pandai semakin ketendusan ide. Kalaulah maacam ni punya ide nak generate inocme lebih baaik buka kelab dandut, rumah urut dan girle bars serta kedai-kedai jual nombor ekor, kan lebih senang dapat duit. Kalaulah macam ni punya ide datng daripada seorang vice canselor, tak hairanlah universiti kita tak kemana taraf kecemerlangannya.

    Ex-UUM

    ReplyDelete
  5. WOIT....
    UUM TEMPAT ANAK MALAYSIA BELAJAR...
    BUKAN TEMPAT SHOPPING..
    BUKAN TEMPAT KAUT UNTUNG
    BUKAN TEMPAT NAK SEMBELIH ANAK MELAYU....
    AKU EX UUM
    SIJIL DEGREE HILANG...
    BILA CALL UUM..TAU APA DIA CKP???
    TOLONG SEDIAKAN DUIT WANG POS RM 500 YER DIKKK...
    KEPALA HOTAK CEKIK DARAH
    WOITTT..HARGA KERTAS DGN INK PRINTER KENE CUKAI KA TAK???
    SAMPAI 500 KAU NAK SEBAT
    PENTADBIR UUM MMG CIBAI

    ReplyDelete
  6. mungkin VC nak jadi pole dancer kot? hahahha...lembam la otak VC ni..patut la taraf Universiti setaraf kandang lembu...sebab VC otak macam lembu

    ReplyDelete
  7. Patut UUM banyak buat R&D,macam prof mohd yunus dari bangladesh,dia tubuhkan Garmen Bank utk peniaga kecil.
    Nak buat bebas cukai buat apa,Bebaskan Rasuah dulu laaa....

    ReplyDelete
  8. Mummy,

    Cek tak berkenaan sungguh dengan bab "Kentut" yang Mummy tulis sebelum article ini.

    Cek komen panjang juga. Sudi Muumy baca sat. Kalau silap tolong tunjukan.

    Orang lain yang syok, orang lain yang kena mengandung !

    Frm HHalem

    ReplyDelete
  9. Nak ghedah p bukit kayu hitam bukannya jauh pun....

    apa perlunya Duty Free di UUM.

    Cuba tengok apa produk paling laku di kompleks bebas cukai padang besaq, bkt kayu hitam?

    Arak n Rokok.....

    Kalau di UUM nak juai apa?...hehehe...soklan cam org pas pertikai TUN M nak buat jambatan n lebuhraya dulu. Tapi kali pakteh petikai sungguh...

    Sungguh2 tak sesuai...pakteh tau la DS Najib dah cancel cukai utk seluar dalam...tapi...takkan tu puncanya..

    ReplyDelete

Bloggers adalah mereka yang digolongkan berakal, waras, bijak dan berilmu serta dikira mempunyai peradaban yang tinggi. Elak dari bahasa-bahasa lucah atau yang tidak bersopan.
Sesungguhnya yang ampunya blog tidak akan bersubahat, bertanggung jawab dan menafikan segala bahan-bahan tersebut.