Sunday, January 2, 2011

Property market mencanak di Pulau Pinang.

Subjek yang paling boring dan menidurkan apabila dibawa berbincang ialah “statistic” di mana ia melibatkan angka dan data.


Seperti di dalam pernimpunan agung UMNO, apabila pembahas membawa fakta dan angka di dalam perbahasannya yang pasti pembahas tersebut akan dibooo dan disuruh duduk kerana perwakilan mengantuk. Perwakilan lebih suka pembahas-pembahas yang berpidato dengan cerita-cerita lawak “double meaning” dan berucap kedegung-kedegang.

Lee Kuan Yew pernah menyindir suatu ketika dahulu di dalam Sidang Parlimen apabila wakil rakyat Melayu berucap dengan kata beliau “ dengar-dengar itu penjual ubat sedang bercakap”.

Walaubagaimanapun di Pulau Pinang hari ini statsitik tidak dapat dielakkan, kerana inilah fakta dan reality yang sebenar yang tidak dapat kita lari atau sembunyikan.

Pada tahun 1978 harga rumah terrace dua tingkat di Green Lane bernilai RM95,000, pada tahun 1992 ia telah meningkat 110% kepada RM200,000 dan pada tahun 2006 ia bernilai RM450,000 di mana peningkatannya sebanyak 374%. 

Persoalannya di mana kuasa bersaing kaum Melayu untuk menyelit dicelah-celah peningkatan harta tanah yang pesat ini.

4 comments:

  1. Apakah ini satu cara orang Cina nak meminggirkan Bumiputera dari memiliki hartanah di Pulau Pinang?

    Kalau ianya benar, satu mekanisme untuk membolehkan Bumiputera memiliki hartanah di Pulau Pinang harus difikirkan segera.

    Kita tidak mahu Pulau Pinang menjadi Singapura kedua.

    ReplyDelete
  2. apakah??...apakah????.....dok tanya pasai pa...memang tulah matlamat depa...
    bukan takat depa beli ghumah...
    satu pulau tu pun depa bolih bayarq kalu ada yang nak juai.
    kumpui setengah saja duit dari jutawan cina kat malaysia pun dah cukup untuk beli p.pinang.
    bila depa dah beli p.pinang..lepas tu depa tambak keliling samnpai ke seberang prai.
    macam singapore dok buat dulu dan la ni.
    tok nenek aku dulu banyak tanah area kebun bunga dan ayiarq itam..
    habis gadai kat ceti..buat hisap candu.(ada sorang lagi pak penakan aku kat penang,tu pun tidorq tak lena pasai ada yang dok kalut jolok pungkorq suruh juai).
    mak pak aku bergaduh adik beradik berebut tanah yang tinggai tak seberapa.
    sudahnya..masing pakat bangsat(merantau)pi kedah dan perak.
    la ni apa yang ada...nasib baik telorq tak bolih gadai..kalu tak,had tu pun dapat kat cina semua.

    ReplyDelete
  3. KUASA BERSAING APA ? KALAU HARGA NILAI TANAH DAH MININGKAT BEGITU TINGGI, APA LAGI TUNGGU, JUAL LAH BOLEH TERUS JADI KAYA RAYA.

    ATAU MUNGKIN PEMAJU YANG DI-LANTIK DAP AKAN MENYARANKAN KEPADA PEMILIK UNTUK MEMBANGUNKAN TANAH ITU DAN TUAN YANG TUAN TANAH AKAN DI-BERIKAN SEBUAH RUMAH DARI BEBERAPA RUMAH MUNGKIN 10 ATAU 20 DAN YANG LEBIH ITU AKAN MENJADI MILIK PEMAJU YANG AKAN DI-JUALAKN KEPADA PEMBELI LAIN YANG DI-DIRIKAN ATAS TAPAK TANAH ITU.

    ITULAH UMPAN DAP KEPADA ORANG MELAYU DIPULAU PINANG YANG PUYA HARTANAH AGAR ORANG MELAYUTIDK BERTEMPAT DAN MEREMPAT DI-NEGERI SENDIRI.

    NASIHAT SAYA KEPADA ORANG MELAYU JANGAN TERPERANGKAP OLEH DAP.

    ReplyDelete
  4. Kepimpinan Melayu bangan,kerana ada beberapa agensi pusat seperti PERDA,UDA,ICU dan sebagainya yang banyak dapat peruntukan dan diAMANAHKAN untuk menangani masalah orang Melayu seperti perumahan. Beli tanah dan dirikan rumah yang sederhana, berkualiti dan selesa dengan harga yang berpatutan. Ini tidak, depa berniaga pula dan apabila kena tekan akan disalahkan kerajaan PR yang meminggirkan bani Melayu. Apa kerja agensi pusat ini? Tidur dan hilang fokus, hala tuju dan bangan! Tak tahu baca perkembangan ekonomi dan hartanah Pulau Pinang, asyik nak jadi alat UMNO aje.Harga dak naik ke tahap yang bukan-bukan lagi baru nak tergadah!

    ReplyDelete

Bloggers adalah mereka yang digolongkan berakal, waras, bijak dan berilmu serta dikira mempunyai peradaban yang tinggi. Elak dari bahasa-bahasa lucah atau yang tidak bersopan.
Sesungguhnya yang ampunya blog tidak akan bersubahat, bertanggung jawab dan menafikan segala bahan-bahan tersebut.