Saturday, January 22, 2011

Lawatan DS Rosmah ke luar negara adalah keperihatinan seorang wanita terhadap pendidikan anak-anak

Anak Perempuan dan cucu
Rais Yatim merupakan seorang Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan yang memang efektif apabila dengan pantas dan bingkas memberi penerangan dengan jelas tanpa bersuluh berhubung isu kiritikan lawatan rasmi isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor ke luar Negara.

Datuk Seri Dr Rais Yatim berkata lawatan isteri Perdana Menteri itu ke Arab Saudi, Oman dan Bangladesh baru-baru ini dibenarkan mengikut Peraturan Etika Anggota Pentadbiran 1988/1999 yang diputuskan oleh Kabinet.

Mengikut Perkara 1180A di bawah peraturan itu, seseorang isteri anggota pentabiran dibenarkan untuk mewakili seseorang suami atau membuat lawatan ke luar negara atas urusan rasmi berkaitan sesuatu aspek atau perkara asalkan tidak bercanggah dengan kerja rasmi dan urusan kementerian atau menteri berkenaan.

Menyentuh mengenai lawatan ke Oman atas jemputan kerajaan negara itu, Rais berkata Rosmah hanya menjalankan tugas sebagai seorang wanita yang prihatin terhadap pendidikan anak-anak, orang kurang upaya, aspek pendidikan dan hubungan antara wanita yang sememangnya digalakkan.

"Beliau (Rosmah) harus memainkan peranan untuk membantu negara dan Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) dalam kerja-kerja sampingan yang memberi kepentingan kepada negara," katanya.
(Bernama)

Diharap dengan penerangan yang cukup jelas ini rakyat seharusnya terbuka dan positif dengan initiatif dan pro aktif isteri PM kita atas sikap keperihatinan beliau sebagai seorang wanita terhadap pendidikan anak-anak, orang kurang upaya, aspek pendidikan dan hubungan antara wanita.

Apa juga matlamat dan tujuan, yang rakyat ingin lihat ialah terjemahan usaha-usaha murni ini menjadi realiti dalam kehidupan isteri PM itu sendiri.

Maksudnya isteri PM mestilah dilihat menimang anak-anak dan cucu-cucu atau menantu di dalam rumah tangganya dahulu baru lah berganjak keluar sehingga ke Oman dan Negara Timur Tengah yang lain.

“Berpipi-pipianlah dengan cucu-cucu dan menantu dahulu barulah berpipi - pipian dengan Shah Rukh Khan, nampak tak genuine la Bro…..”  kata rakan kepada rakan MR semasa minum di Starbuck, Village Mall, Sungai Petani.

"Ketam Bunga mengajar Ketam Nipah berjalan"

4 comments:

  1. DENGAR DESAS DESUS, KEMENTERIAN PENDIDIDKAN AKAN DI-BUBARKAN.

    ReplyDelete
  2. kesian dan sekian sharizat

    ReplyDelete
  3. Assalam

    Masalahnya suka sangat menyusukan kera dihutan anak dirumah mati kelaparan. Tak sesuailah kalau nak menyibuk kat negara orang negara sendiri buat tak tahu aje...

    ReplyDelete
  4. Salam Mummy,

    Cek bukan nak kata apa..sekalipun nawaitu bersih..kena la beringat-ingat sikit lenggang tu..jangan sampai timbul fitnah. La ni mata banyak memandang. Kalu kain kita bertas sikitpun orang boleh nampak..apa lagi kalu kain kita carik. Tu pasai orang tua-tua pesan jaga lenggang masa berjalan. Apa pendapatan Mummy?

    ReplyDelete

Bloggers adalah mereka yang digolongkan berakal, waras, bijak dan berilmu serta dikira mempunyai peradaban yang tinggi. Elak dari bahasa-bahasa lucah atau yang tidak bersopan.
Sesungguhnya yang ampunya blog tidak akan bersubahat, bertanggung jawab dan menafikan segala bahan-bahan tersebut.