MR berkesempatan mengikuti program lawatan DS Najib ke Sungai Petani, Kedah semalam walaupun terlewat sedikit kerana terlepas penerbangan ke Pulau Pinang.
Kelangsungan berada di Kedah MR mengambil kesempatan meronda beberapa kawasan seperti Parlimen Jerai, Sungai Petani, Merbok dan Baling.
Di antara semua kawasan ini yang menarik perhatian MR ialah di Merbok kerana kawasan ini satu ketika dahulu memang hebat dan tidak banyak politiking dalaman.
Hebat kerana kawasan ini dahulunya diwakili oleh bukan calang-calang tokoh sebagai Ahli Parlimen mereka seperti YBhg Tun Daim Zainudin bekas Menteri Kewangan yang sangat dihormati dan berjasa kepada negara.
Selepas Ybhg Tun Daim sebagai Ahli Parlimen kawasan ini diwakili pula oleh seorang lagi tokoh iaitu Tan Seri Zainudin Maidin bekas Menteri Penerangan dan Tokoh Wartawan Negara juga bukan calang-calang ketokohannya.
Tetapi hari ini Kawasan Merbok seperti kontang dan tandus, Ahli Parlimen mereka Datuk Rashid Din bekas CEO Modenas langsung seperti tidak wujud atau dalam lain perkataan “ada seperti tiada”.
Rata-rata tempat dan beberapa kampong yang MR turun mereka berkata masih tidak nampak batang hidung Ahli Parlimen mereka. Malah yang melucukan masih banyak yang bercakap-cakap tentang kesan-kesan hasil peninggalan jasa-jasa Tun Daim dan Tan Seri Zainudin Maidin.
Tun Daim kata mereka telah membawa dua buah universiti iaitu UiTM dan Asian Institute of Medical Science, MRSM dan hospital besar. Tan Seri Zainudin katanya walaupun satu penggal menjadi Ahli Parlimen telah membina beberapa jambatan, riadah dalam kampong dan banyak aktiviti-aktiviti rakyat sehinggakan kata seorang imam "kain putih nak mati pun Datuk Zam bagi percuma". Entah imam itu perli MR tidak tahu, ini belum disiasat lagi.
Malah salah satu jambatan kata mereka yang dibawa oleh Tan Seri Zainudin telah di"hijack" oleh PAS mengatakan mereka yang membawa pembangunan tersebut. *(Maaf, MR tak sempat lagi turun untuk mengambil gambarnya kerana kesuntukan masa).
MR mendapat banyak lagi maklumat-maklumat yang terperinci dan MR akan karau maklumat ini untuk posting yang terdekat kalau ada masa.
Hakikatnya Kawasan Merbok seperti dilanggar garuda. Rakyat mengharapkan pembaharuan kepada pemimpin yang mereka undi dalam PRU12 yang lepas tidak melaksanakan tanggung jawab yang sewajarnya.
Datuk Rashid Din wakil dari PKR yang MR temui masih seperti dibuai mimpi tidak tahu apa tugasnya sebagai Ahli Parlimen mungkin pengalaman beliau menjadi CEO syarikat motosikal MODENAS maka rakyat pun nak ditunggang beliau seperti motosikal juga.
Jika DS Najib mahukan “winnable candidate” mungkin dipanggil balik Tun Daim dan Tan Seri Zainudin kalau mahu dicalunkan semula atau pun dipanggil memberi nasihat. Ini kerana pengaruh dan jasa mereka masih kuat dan mantap jika ditanya kepada rakyat, tetapi jika ditanya kepada UMNO awal-awal lagi mereka akan diselinap tinggal tulang.
MR.apa hal pula dengan dato tajul urus ketua bahagian sekrang.Dia calon winable ke atau tidak.Dia pun dok pulun siang malam.Kemudian seteru politik pun banyak juga.
ReplyDeleteMummy kena tanya juga siapa yang "campak" Tan Sri Zam keluar dari Merbok dalam PRU 12 dulu? Bayangkan beberapa hari sebelum penamaan calon, Tan Sri Zam baru tau dia tak lagi di Merbok. Mungkinkah ini kerja budak-budak di tingkat 4 yang akhirnya BN hilang Kedah. Tapi saya rasa Kedah lebih baik dijaga Azizan daripada Mahdir Khalid. Biarlah UMNO Kedah sedar diri sikit hingga nak jadi Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri pun kena import. Sekaranglah baru dapat orang Kedah.
ReplyDeletePRU 12 pada 8 Mac 2008, Tan Sri Zam tahu yang dia kena bertanding di Sg. Petani pada kui 3ptg pada 7 Mac 2008.
ReplyDeleteSaudara Ghani Cheras,
ReplyDeleteIndividu yang sauadara nyatakan itu terlalu bermasaalah.
Dalaman sehingga hari ini tidak selesai@ Power Crazy. Itu bukan kata MR tetapi pemerhati atas pagar.
DS Najib harus berhati-hati tentang individu ini.
Saudara Ku Seman,
Seperti yang MR nyatakan, MR tengah kumpul beberapa maklumat menarik untuk dikongsi menjadi pengajaran tentang jarum-jarum halus dalam politik di Merbok ini.
MR kira dek kerana terlalu cantas-mencantas Merbok telah dilanggar garuda.
Semasa di pejabat Datuk Rashid Din, lalat lebih banyak dari rakyat.
Terima kasih.
Mami, Datuk Tajul Mami kena pi jumpa dia.Seorang yang bercita-cita tinggi kalau dia tau ada kepentingan untuk diri dia atau Mami promosikan dia dalam blog Mami dia nanti bagi la duit pada mami.
ReplyDeleteDia dah habis berjuta ringgit di Merbok mestilah dia nak jadi calun.
MR
ReplyDeletekalau ada waktu terluang...sudi-sudilah buat pemerhatian sikit ke daerah paling selatan negeri Kedah... Daerah Kulim Bandar Baharu. Mgkn dipermukaannya nampak arus yg tenang mengalir tapi di dasarnya tetap ada budaya cantas mencantas ni..dan jenguk2 samalah jiran Kulim Bandar Baharu ni....kawasan Padang Serai.
malas nak cerit buruk orang mummy oi.
ReplyDeletetapi bila dah kena batang hidung terpaksa juga sebut.
aku pernah kena marah olih tajul ni sebabnya aku dan kawan2 menumpang kaki lima kedai 3 tingkat dia yang kosong taman bandar baru.
kami tak buat apa2 pun..kebetulan kami kerja di premis sebelah.
premis dia tu kosong tak siapa nak laparq sewa.
bongkak juga dia nih...kalau kami salah,tegur lah elok2.
awak tu seorang pemimpin,bangsa melayu dan berugama islam.
Mummy,
ReplyDeleteCuba pi melawat blog http://toksenawi.blogspot.com/ cukup menarik untuk dijadikan panduan sapa dok geli-geli nak jadi wakil rakyat.
Hidung tak mancung pipi dok sorong-sorong.
Apa raaaaa....
MR, Tan Sri Zainuddin bukan sahaja dia tinggal jasa `buat' titi, masjid pun dia ada tinggal jasanya juga. Setakat yang saya tahu hubungan dia dengan rakyat di kawasan Merbuk pun baik. Sebab tu saya terkejut bila dengar dia ditukar ke kawasan lain.
ReplyDeleteMR ooi,
ReplyDeleteHang jangan buat tak taau bahawa UMNO Merbok dah bahagi tiga. Masing-masing tak sebulu dan kerja mereka cantas mencantas. PKR buak kuat pun tetapi UMNO sebuk "membunuh" satu sam lain maka PKR jadi pilihan.
PU akan datang calon peracut saja boleh menjernihkan suasana jika ambil juga "pelar-pelar" yang berkeliaran macan pelesit hilang tuan jawabnya "bye-bye" lah.Bayangkan penyokong UMNO/BN sebanya 60 peratus daripada jumlah p[engundi berdaftar (termasuk atas pagar) PAS 30 peratus dan Keadilan 10 peratus sahaja. Tetapi jika salaha sorang "mafia" UMNO Merbok dipilih sebagai calon, beliau hanya mampu mendapat sokongan tidak lebih dariada 35 peratus 25 peratus lagi sama ada sokong pihak lawan sebagai protest atau BOIKOT daripada membuang undi. Saya tau mau namakan tiga ekor Mafia itu, tetapi semua orang Merbok tau siapa mereka dan apa yang mereka telah,sedang dan akan buat untuk mempastikan nama mereka akan dicalonkan. Hari-hari jumpa Mat Basah atau Muhkris nak promote diri masing-masing. Semalam sebuk dengan Najib, muka sekupang tak laku tersengih-sengih macam kerang busuk. Saya orang Singkir Laut, rasa nak termuntah meliahat drama tiga ekor penyamun terbus ini. Kampong kami 50-50 buat masa ini, tetapi jika tiga ekor melaoon itu dipilih, mungkin 10 undi sahaja akan BN perolehi.
Budak Sg Pei
Setakat hari ini di UMNO Padang Serai Ketua Bahgaian yg Rahman jadi ketua duoble standard.Banyak cawangan cempera dan selerak dibawah angkara amalan double standard oleh Rahman.terbaru di cawanagn Keladi isu perlantikan JKKKK.Dia main kayu tiga dengan cawangan UMNO.Sebelum ini di Kg Terat Batu.Dia bawa dato Mukhriz ke situ tanpa pengetahuan JKKKP dan ketua cawanagn.Dia rasa dia cukop sombong dengan jawatan Ketua Bahagian.Parlimen Padang Serai 3-0 kerana perangai Rahman.Ini tak termasuk lagi perangai Dr Chim dari MCA yg tak dberkenan oleh pemgundi cina sendiri.
ReplyDeleteSdr Anti PKR,
ReplyDeleteElakkan perbalahan sehingga kerusi dan meja terbang melayang-layang.
UMNO akan rosak kerana projek, peruntukkan,saham dan membawa lawatan atau rombongan politik.
Ada Ketua wanita bahagian yang jumpa MR mengadu hal katanya "Buat rombongan pi Nilai shopping sampai duit poket pun nak kena bagi, mati laaaa".
Parti majoriti yang memerintah seharusnya lebih matang memperjuangkan hak-hak Melayu.
Bukannya digula-gulakan dengan wang dan imbuhan.
Pernahkah ahli-ahli UMNO menyiasat dari mana datangnya wang yang digunakan oleh Ketua Bahagian untuk menyogok mereka?
MR.ha ha ha Komisyen Projek laaa.Depa bukan ada kilang duit.
ReplyDeleteSdr Ku Seman.DiPdg Serai pun Tkt 4 ada janji dgn orang dia.Tapi tak menjadi.Apa lagi dia sabatoj pilihanraya.Dah jadi Ketua Bahgaian dahhhhh.
ReplyDeleteBudak Sg Pei.Aku pun ada nampak juga hari itu.Punyalah menikus.Apa kata kalau kita sokong semula Dato Azmi Hamid untok Parlimen Merbok.Dia pun ok juga.
ReplyDeleteSdr krisjawa lok 3.Macaman Kulim Bandar Baru pun ada cerita pelik juga.Disana ada kombinasi Mamak Aziz yg muda dengan Husin Rahman yg dah ranum serta Man Aji yg lama.Apa yg tak kena.
ReplyDeleteMR,
ReplyDeleteBERITA PANAS!
Ketua Penerangan UMNO Bahagian Merbok, Datuk Zubir dipecat serta merta kerana menjadi ancaman kepada Datuk Tajul untuk menjadi calun PRU13.
PANAS!PANAS!PANAS!
MR.
ReplyDeletePanas sikit-sikit.
Ketua Peneranga Padang Serai juga telah di masuk dalam peti sejuk kerana menjadi ancaman pada Ketua Bahgaian sejak sejak sekian lama.
Teruk betui puak2 Umno yang kecewa dan yang menjadi duri dalam daging..Depa tak berhujah dengan Pembangkang yang tak buat kerja dan makan gaji buta termasuk Wakil Rakyat Rashid Din..Yang depa dok hantam sesama Umno..Diri sendiri pun tak betui..Buanglah sifat dengki dan busuk hati tu..Tapi aku tak merasa hairanlah..puak2 macam ni,memang ada didalam Umno..Biasa lah..
ReplyDeleteDatuk Zam kalau dia nya hebat,tak ada masaalah..rekod nya sebagai wakil rakyat dan juga sebagai seorang Menteri tip top..Menteri Penerangan pula tu,awat dia kalah di SungaiPetani..Tak kan pasai dia terkeluar dari Merbok kerana bertanding di Sungai Petani..Dia menerima kekalahan yang begitu teruk..Adik beradik dia pun ramai di Parliman Sungai Petani,kalau nak di bandingkan dengan Merbok..Yang dok Di Parliman Merbok pun banyak juga yang mengundi di Sungai Petani..Parliman Sungai Petani pun berjiran dengan Merbok..Tak kan pengundi tak kenal Datuk Zam kot..Jadi soal PRU 12,tak payah di ungkit2kan lagi..Buang masa..Puak2 Umno ni tak tau ke..PRU 12,Empat(4) negeri terbalik di tawan Pembangkang..Bukan di Merbok sahaja 3-O..Parliman Sungai petani pun sama juga..Walaupun Menteri bertanding di situ..Di tempat2 lain samalah juga..Shahrizat pun kalah dengan budak nangoi sahaja..Tu nak kira lagu mana..Aku menulis loghat Kedah ni,nak bagi kawan2 mudah faham..
Tak timbul soal campak mencampak..Kalau benih yang baik,campak ke laut pun..Menjadi pulau..Datuk Zam di ibarat macam buah kelapa yang dah tumbuh,campak kemana pun dia pasti tumbuh..apa lagi kalau di Sungai Petani..Kenapa dia juga tidak tumbuh..Pengundi Melayu Sungai Petani,tak kenal kah Siapa Datuk Zam..Kalau pun Undi bukan melayu tak dapat..mana pergi nya undi Melayu..Kalau nak komen,biarlah berasas..Janganlah ikut perasaan dendam kesuma, busuk hati dan kerana kecewa..Tak ada siapa yang untung,kalau kita asyik bertelagah soal2 yang macam ni..Pembangkang cukup seronok,kalau ada segelintir Orang Umno macam ni..Rashid Din kalau bertanding semula dalam PRU 13 pun bolih menang..kalau ada manusia2 Umno yang menjadi duri dalam daging..Insaflah..Kerana kita pun bukan manusia yang sempurna..Orang tau kita siapa sebenarnya..
Datuk Zam bolih di ibaratkan sebagai Buah kepala tua..Campak ke laut pun..Kalau benih yang baik..Iya nya akan menjadi pulau..Jadi fikir2lah sendiri..
ReplyDelete