Monday, January 17, 2011

Tidak mudah untuk DS Najib memilih calun rakyat.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mahu komponen BN melakukan penilaian di samping mempunyai opsyen dalam memilih calon pilihan raya akan datang dengan mengetengahkan mereka yang boleh menang sahaja. 

Pemilihan calon yang boleh menang itu tidak semestinya seseorang yang mempunyai kedudukan atau popular dalam parti sebaliknya mereka yang diterima baik oleh rakyat secara keseluruhannya.

Ia merupakan satu prinsip yang begitu penting kerana calon yang dipilih itu akan mewakili BN dan calon itu semestinya boleh menang supaya parti mampu membentuk kerajaan. 
Sumber:  Utusan Malaysia

Hasrat DS Najib ini dikira sudah sampai masanya dan menepati kehendak politik semasa. Tetapi perlaksanaannya di peringkat bawah bukanlah satu perkara yang mudah. Rambut sama hitam hati lain-lain. Kuasa dikejar seperti menghambat juara Rajak Lawak.

Selepas sahaja DS Najib mengadakan perjumpaan dengan Ahli-Ahli Parlimen BN maka desir angin mulalah membawa khabar bahawa PRU13 sudah tidak lama. Ampunya diri yang merasa layak untuk menjadi YB mula tertunjai-tunjai nak tunjuk wajah.

Masing-masing berkejaran menyambut tangan DS Najib untuk mencium dan kalau boleh hendak dijilatnya sehingga ke siku. Babak ini terpaksa dilakonkan takut-takut Presiden BN terlupa namanya dan tercicir dari dicalunkan.

Kerja memburuk-burukan imej kawan pun berjalan dengan lancar kerana usaha ini harus dibuat untuk menjatuhkan kawan dan hanya imejnya sahaja yang bersih dan layak menjadi calun.

Persoalannya siapakah yang membuat kerja risikan untuk Najib di peringkat rakyat bawah supaya calun yang beliau pilih adalah pilihan rakyat bukan pilihan UMNO.

Ketua UMNO Bahagian kah? Perisik tentera dan Polis kah? KEMAS dan Jabatan Penerangan kah? Ketua Perhubungan UMNO Negeri kah? Rakan-rakan, pupu-poyang dan saudara mara UMNO kah? rakan-rakan DS Najib kah? Atau rakan-rakan “all the Presiden Man”?

4 comments:

  1. MR,
    Sacara ikhlas saya katakan di sini, bukan saja sukar malah mustahil bagi Tok Najib nak cari calon seprti diidamkannya itu.Nama-nama calon yang dikemukakan kpdnya oleh Presiden-presiden parti, pengurusi2 BN negeri, ketua2 cabang parti, semua ada ionterest masing-masing.
    Maklumat2 yang diperolehi daripada agensi2 yang dilantik juga serupa. Semua money talklah. Kini pun cantas mencantas dah bermula. Janji2 telah ditaburkan.Makan minum mula dihidangkan. Lawatan dan melacong juga diura-urakan. Semua boleh beli, semua kena beli.
    Akhir2nya muka tu juga dikemukakan.

    Matt Piah

    ReplyDelete
  2. Senang aje. Sekarang dah ada banyak portal yang boleh digunakan untuk buat keputusan dan pilih calun. Salah satunya ialah:
    htp://www.1decision.my

    ReplyDelete
  3. Mami,
    Ikuti entry terbaru kami di www.merboktimes.blogspot.com

    Jangan Lupa Kisah Ini - Anekdot Satu : Tunku mengheret bag di lapangan terbang Kaherah.

    Mungkin di zaman Tunku belum ada blog atau media-media sosial maka itu kisah-kisah ini kita paparkan untuk netizen yang tidak membaca buku sejarah.

    Terima kasih.

    ReplyDelete
  4. Salam Mummy,

    Cek malas la nak sembang bab perkara ni..dah muak dah. Pi mai..pi mai tang tu gak..la ni pemimpin kena la bijak..buleh pilih calon yang direkomenkan oleh sapa-sapa pun..tapi kenalah ada mekanisme untuk double check latar belakang calon tu. Takat rekomen..memangla cantek on paper..tapi sebenaqnya hampeh!

    ReplyDelete

Bloggers adalah mereka yang digolongkan berakal, waras, bijak dan berilmu serta dikira mempunyai peradaban yang tinggi. Elak dari bahasa-bahasa lucah atau yang tidak bersopan.
Sesungguhnya yang ampunya blog tidak akan bersubahat, bertanggung jawab dan menafikan segala bahan-bahan tersebut.