Thursday, January 13, 2011

Che Det tak perlu kesal kerana gagal membangunkan Kampung Melayu

Pic :mStar
Di dalam blog Che Det beliau secara ikhlas mengaku bahawa sepanjang perkhidmatan beliau sebagai Perdana Menteri kegagalan beliau ialah untuk membangunkan dan memulihkan Kampung Baru.

Kampung Baru cukup significant dengan kaum Melayu, gagal membangunkan Kampung Baru bermakna juga gagal membangunkan kaum Melayu.

Di antara kegagalannya berpunca dari pemilikkan tanah dan harga tanah yang terlalu tinggi serta ramai penduduk Kampung Baru yang asal telah pun pindah dari situ kerana mereka setelah mencapai kemajuan mendapati Kampung Baru sudah tidak lagi selesa bagi mereka.

Yang sebenarnya inilah cerminan kaum Melayu, mereka lebih sentimental dengan kampong mereka sehingga mereka akan berpusu-pusu balik ke kampung setahun sekali semasa Hari Raya Puasa sahaja.

Realitinya Melayu hari ini lebih selesa hidup di kota raya dan kehidupan di kampong hanyalah indah untuk didendangkan dalam lagu-lagu seperti lagu P.Ramlee “Dendang Perantau”.

“Di hari raya, Terkenang daku kepada si dia,Kampungku indah nun jauh di sana, Ayah serta bondaku

Di tepian mandi, Danauku hijau yang aman damai selalu, Nun di sanalah tempat aku bertemu, Aku dan dia. Apakan daya, Masa tak akan kembali, Hancur musnahlah semuanya, Impian yang murni, Tinggal menjadi kenang-kenanganku, Hanya rangkaian kata dan lagu, Dendang perantau”

Hikikatnya jika betul-betul realiti seperti di dalam lagu itu kehidupan di kampong cukup tidak selesa jika terpaksa mandi di danau. Kampung hanyalah warisan untuk ayah dan bonda menghabiskan sisa-sisa hidup sebelum mati.

Begitu jugalah Kampung Baru yang sejemput di tengah kota raya, apabila Melayu telah kaya raya mereka tidak mahu lagi hidup di Kampung Baru dan berpindah tinggal di apartment-apartment mewah dan rumah-rumah mewah bersama bangsa lain yang lebih maju.

Kata Che Det ”Tuntutan harga oleh tuan tanah yang dikesan adalah terlalu tinggi dan ini akan menyebabkan kos pembangunan juga amat tinggi. Dengan ini orang Melayu tidak mungkin dapat membeli kedai atau ruang untuk kediaman apabila dibina. Mungkin orang bukan Melayu sahaja yang mampu.


Jika harta yang dibangunkan dijual kepada bukan Melayu maka akan hilanglah Kampung Baru sebagai kawasan Melayu di KL”

Apa pun Che Det tidak perlu kesal dan keciwa kerana gagal membangunkan Kampung Baru kerana pada waktu dan ketika itu ekonomi Melayu belum bersedia untuk terlibat di dalam pembangunan Kampung Baru.

Adalah lebih mudah bagi Che Det memugar untuk membina Putrajaya dengan corak dan susun atur perbandaran yang lebih terancang daripada membangunkan Kampung Baru supaya tidak menjadi seperti tikus memperbaiki labu.

Sesungguhnya pembangunan Kampung Baru bergantung kepada ekonomi kaum Melayu, jika ekonomi mereka lambat membangun lambat jugalah pembangunan Kampung Melayu dan begitu juga sebaliknya.

Seperti kata pepatah Melayu  ”Biar lambat asal selamat”.

3 comments:

  1. MR,
    This is very excellent.

    Anybody who is in Ayahanda Tun's favour is my friend.

    Good job Friend.

    Dah berhari-hari memikir mcm mana nak nulis tentang bab ni sbb Ayahanda Tun bunyi mcm ala-ala merajuk gitu. Macam my Tok Wan kat Jalan Pegawai.

    Frm HHalem

    ReplyDelete
  2. sabenarnya apa yg dimaksudkan chedet lebeh drpd itu..dia nak ingatkan pak2 menteri skrg..jangan jual hak melayu atas nama pembangunan kpd mereka2 yg mampu just because melayu tak mampu..

    ReplyDelete
  3. Haruskah kemajuan ekonomi Melayu diukur berdasarkan kepada pembangunan kawasan Melayu semata? Adakah jika Kampung Baru tidak dibangunkan maka bermaksud ekonomi Melayu tidak membangun? Apakah Kampung baru menjadi ukuran terhadap ekonomi bangsa aku? Katakanlah jika Kampung Baru tidak dibangunkan dalam tempoh 20 tahun lagi(bermakna ianya kekal seadanya seperti sekarang untuk tempoh 20 tahun lagi) adakah ini membawa maksud bahawa tiada kemajuan dalam ekonomi melayu?

    ReplyDelete

Bloggers adalah mereka yang digolongkan berakal, waras, bijak dan berilmu serta dikira mempunyai peradaban yang tinggi. Elak dari bahasa-bahasa lucah atau yang tidak bersopan.
Sesungguhnya yang ampunya blog tidak akan bersubahat, bertanggung jawab dan menafikan segala bahan-bahan tersebut.