Semalam gambar Datuk Abdullah Hussein Sastrawan Negara yang tidak berdosa ditampar dan novelnya Interlok dibakar oleh sekumpulan fanatik dari kaum India di Kelang.
Mungkin mereka yang membakar novel ini pun belum membaca apa itu isi kandungan novel ini yang sebenarnya tetapi apabila emosional mendahului rasional mereka tidak lagi waras dan bertindak atas provokasi-provokasi pihak yang berkepentingan.
Penulisan Datuk Abdullah Hussien yang jujur dan ikhlas dalam satu paragraph muka surat 211 yang menyatakan tentang sejarah kedatangan bagaimana British membawa masuk kaum Tamil kasta pariah dari Selatan India berkihidmat untuk British dan kejayaan berasimilasi dengan kaum Melayu dan Cina.
Tiga watak utama Seman, Chin Huat dan Maniam telah digarap melalui pengalaman mereka di dalam sama-sama melibatkan pembinaan kemakmuran negara ini. Mereka bercampur gaul atau ”berinterlok” tanpa perkauman dan pergaduhan menepati tajuk sebenar novel ini.
Seharusnya novel ini dibaca oleh semua kaum dalam negara ini dan bukannya dharamkan atau dipolitikkan oleh golongan yang sempit fikiran.
Novel ini tidak sepatutnya menjadi isu besar jika pihak tertentu bertegas dari awal. Polimek ini jangan dibiarkan berpanjangan sehingga hilang kawalan kelak.
Novel Interlok adalah yang paling hampir dengan konsep 1Malaysia.
ReplyDeleteYang menentang akann terus menentang apa sahaja yang menuju ke arah perpaduan.
Sejarah tidak boleh diubah. Sejarah mengajar kita menjadi lebih maju dan bertamadun.
saya juga berulangkali tulis isu yang serupa..sila baca
ReplyDeletehttp://ujangranggi.blogspot.com/2011/01/ya-memang-aku-rasis-lu-peduli-apa-hantu.html
harap blog saya dapat dilinkkan ke blog Mommy...tkasih
tu lahh...bangsa yang tak sedar diri...sesuai arr dgn gelap warna tuu....hehe......kesiannyer....
ReplyDeleteApa makna pariah? Hina sangat ke? Babi? Lembu? Anjing? Mamak? Keling? Bodoh? Interlok? Apa benda tu?
ReplyDeleteYANG DI BACA DAN YANG DI BAKAR (1)
ReplyDeleteBila saya membaca berita tentang pembakaran buku Interlok saya tidak terperanjat. Novel Interlok garapan Abdullah Hussain ini telah menjadi berita kerana dikatakan ada unsur rasis dan penghinaan terhadap orang India.
Sebenarnya membakar buku di Malaysia ini bukan satu yang baru. Pertama kali - saya terbaca berita membakar buku ini ketika saya di sekolah menengah pada tahun 1970 dahulu. Buku: 13 Mei Sebelum dan Sesudah telah di bakar di Sudut Pidato di hadapan perpustakaan Universiti Malaya. Saya tidak pasti apakah ini kerja Persatuan Bahasa Melayu Universiti Malaya atau pun kerja Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya.
Buku 13 Mei Sebelum dan Sesudah ini adalah garapan Tunku Abdual Rahman yang pada ketika itu menjawat Perdana Menteri Malaysia. Buku ini dibakar kerana ketika itu anak-anak mahasiswa amat marah terhadap Tunku. Tunku dibenci kerana dikatakan telah mengadaikan kepentingan Melayu dan menjual negara ini kepada towkay China.
Agak ironis, tidakan mahasiswa di Universiti Malaya ini kerana pada 10 Mei 1933 anak anak mahasiswa German juga telah membakar 25,000 buah buku. Angka 25,000 adalah judul buku yang dianggap tidak ‘bersemangat German’. Ini dizaman Hitler berkempen untuk membakar semangat Aryan yang berkulit putih, bermata biru dan berambut merah dan meluaskan pengaruh politik Nazi.
Interlok dikatakan ada menggunakan perkataan ‘pariah’ yang dianggap rasis oleh orang India. Ada juga ayat-ayat lain yang tidak disenangi oleh orang India. Apakah perkataan pariah dalam Interlok ini rasis atau tidak bukan ini yang ingin saya garap. Disini saya ingin membuka ke satu kain rentang yang lebih luas. Saya ingin membuka pensejarahan kata, makna dan tanda dalam pembudayaan negara bangsa.
Umum harus disedarkan bahawa bunyi kata-kata yang keluar dari mulut kita ini tidak memiliki apa-apa makna. Makna yang kita kahwinkan dengan bunyi itu didatangkan kemudian.
Misalnya bunyi - ke-la-pa – bunyi ini tidak memiliki apa-apa makna kepada orang Sweden. Tetapi ianya memiliki makna untuk orang Malaysia. Makna ini lahir dari alam persekitaran dalam sesuatu budaya bangsa bukan dari bunyi perkataan itu. Kewujudan pokok yang tinggi menjulai ini melahirkan perkatan ke-la-pa. Benda-benda yang wujud di dalam alam inilah yang melahirkan perkataan. Perkataan ini diberi oleh budaya persekitaran.
Mari kita lihat perkataan ‘keling’ yang pada satu ketika dahulu ada tuntutan di mahkamah agar perkataan ini dilupuskan dari Kamus Dewan. Untuk saya, Mamat yang menuntut penglupusan perkataan ini tidak memahami sejarah perkembangan tamadun manusia. Pasti Mamat ini tidak ada keupyaan untuk membaca 25,000 judul buku German, jauh sekali membaca kitab Salalatus Salatin – Sejarah Melayu.
Sila baca kitab Sejarah Melayu ini dan lihat bagaimana perkatan keling itu telah digunakan tanpa memiliki unsur-unsur prasangka, penghinaan atau sikap rasisma. Perkataan keling muncul apabila adanya mahkluk yang bukan Orang Melaka datang dari negara atas angin. Lalu makluk ini di beri nama Keling kerana mereka pendatang baru yang dikatakan rakyat Raja Kalinga.
Bunyi, makna dan tanda disini bukan ilmih yang berasakan ilmu alam. Ini tidak penting. Lihat bagaimana hingga sekarang manusia Melayu mengunakan perkataan Bengali sebagai kata nama untuk manusia dari wilayah Punjab walhal Bengali seharusnya kata nama untuk warga dari wilayah Bengal.
Lihat perkataan ini diterima masuk ke dalam budaya Melayu tanpa prasangka atau niat jahat. Malah ada beribu-ribu perkataan Sanskrit yang telah memperkayakan perbendaharan kata dan pengucapan manusia Melayu.
‘ Maka Baginda pun perkenan memberi persalinan sepasangan baju China dan sepasang baju Keling. Maka apabila Anakanda memakai baju China maka rupa Chinalah dianya. Apabila Anakanda memakai baju Keling maka rupa Kelinglah dianya…’
Salam,
ReplyDeleteMohon link ke blog ini untuk kongsi maklumat dan perjuangan.
Terima kasih
Inilah masalahnya apabila orang politik kurang membaca buku dan kurang berilmu. Mereka hanya berminat dengan `peluang' dan hanya mendalami ilmu dipersekiataran yang amat terhad.
ReplyDeleteAktivist politik negara ini hanya mentafsir dan mempraktiskan mengikut kesesuaian dan tuntutan politik sempit mereka. Meneroka ke luar kotak amat jauh sekali.
Inilah juga masalahnya apabila berpolitik tanpa ideologi. Tindakan mereka mengikut tuntutan semasa dan tidak disaluti dengan fakta yang ilmiah.
Majoriti yang menentang penggunaan buku Interlok tersebut TIDAK membaca buku itu pun. Konfrontasi secara ikut ikutan. Maka jadilah mereka kumpulan yang boleh digelar BODOH SOMBONG. Watak ini ramai dalam semua parti dinegara ini.
Mungkin tokoh tokoh macam Boestaman, Syed Husin dan Hamid Tuah dll sekadar menyebut beberapa nama, boleh mengajar mereka apa itu politik!