Hari ini terpampang iklan satu muka surat penuh Ulang Tahun UMNO Yg Ke65 tahun di dalam beberapa akhbar Melayu dengan slogan ‘UMNO MEMBELA RAKYAT’.
Iklan tersebut memaparkan wajah seri Presidennya DS Naijib yang kacak dan tampan nampak seperti keseorangan mohon dijauhkan kesunyian.
Paparannya sedikit kontradik dengan slogan “UMNO Membela Rakyat” di mana sepatutnya diletak visual-visual aktiviti UMNO membela rakyat dan bersama rakyat.
Malah yang lebih kontradik dan melucukan ialah hadiah sempena UMNO 65 tahun memerintah negara ini ialah dengan menaikkan harga gula sebanyak 20sen. 'Timing' nya tidak kena.
Umur 65 tahun bukan satu usia yang singkat dan tidak muda lagi, malah berbagai penyakit sudah dihinggapi seperti kata Pak Long di kampong penyakit tiga serangkai - jantung, darah tinggi dan kencing manis.
Pada usia 65 tahun gula itu tidak manis lagi malah gula adalah racun. Jika tidak dipantang makan gula penawar kepada kencing manis ialah dengan memotong kaki.
Bagi UMNO 65 tahun tidak harus dirayakan kerana UMNO harus melakukan ‘soul searching’, kudis-kudis buta di dalam baju harus dirawat sebelum menjadi pekung yang busuk dan bangkai yang bernyawa.
keluarga saya 6 orang serumah.beli gula 5kg sebulan,bermakna saya tambah belanja RM 1 sebulan untuk gula.Bandingkan perlanjaan untuk jamu mata bayar astro meningkat hingga beratus RM sebulan begitu jug bil handphone beratus sebulan.untuk perut tambah RM 1 tidaklah membebankan walau peminta sedekah.
ReplyDeleteAnonymous May 11, 2011 2:31 PM... Ok la tue 5kg sebulan..Den nie 2 kg pun belum tentu abis..Isi rumah 4 orang... usah kata naik 20sen... dah nak dijadikan penyebab dan bahan cerita.. naik 1sen pun orang akan buat cerita. Kurang2kan la pengambilan gula nie.... banyak sangat makan gula pun tak bagus jugak untuk kesihatan....
ReplyDeleteBetoi jugak, kalau bil astro naik tak tak orang buat komplen kat parlimen pun kata astro cekik darah. HP bill lagi, selalu org kena hantar 1 sms, phone akan hantar beberapa kali, kalau roaming lagi teruk. Syukur apa yang kita ada. Mungkin Pak Najib ada strategi yang kita sendiri tak leh nak fikir. My opinion is the price is increased now, but will go down in time for election next year. So does the govt bonus, which this year will be 1 mth of which half is for Raya and half for year end. That is how i see the game from my humble analysis. Income tax will also come down this budget. At least we are getting something. But right now, my advise is 'Kurangkan Gula, Lebihkan Senyuman'. Cheers
ReplyDeleteKalu tak silap UMNO diharamkan pada tahun 1987(?), lepas tu baru lahir UMNO Baru yang dibidankan oleh Dr Madey, jadi UMNO Baru bagaimana boleh berusia 65 tahun? Tak logik. Ini sama dengan mempertahankan hak orang Melayu sedangkan dalam Perlembagaan tidak disebut hak melainan 'keistimewaan'. Sama juga agama Malaysia ialah Islam, tidak tercatat yang agama 'rasmi' atau
ReplyDeleteofficial' dala perlembagaan. Hidup ni banyak perkara seperti begini berlaku, maknanya ramai yang tidak kritikal. Lihat lagu 'Negara ku' kita sebenarnya lagi berjudul 'Terang Bulan' tak percaya tekan google 'terang bulan/aneke gronloh'. Apa pun banyak penyelarasan/rasionalisasi harus dibuat oleh generasi muda bagi memperbetulkan perkara-perkara penting. Lagi satu UMNO=Melayu, maka Melayu mesti =UMNO. Logik tak?
UMNO dah banyak habis belanja pilihanraya Sarawak, jadi kena naiklah petrol, GST, gula dan banyak lagi. Tunnggu.... mesti berlaku. UMNO....UMNO tak faham akan isyarat yang rakyat telah beri...harus undur sebelum kamu diundurkan.
MCM LA KALAU SINUAR TU JADI PM HARGA GERENTI X NAIK...MINYAK PETROL BOLEH DIKURANGKAN...
ReplyDeleteDI PENANG DAN KEDAH TARIF AIR PUN NAIK..
DIKEDAH,MB PUN X BAGI REBAT PADA UUM..
DAH MENJADI MENTALITI ORG MALAYSIA..SEMUA NAK FREE DAN BERSUBSIDI....PATUTLA MELAYU JADI MELAYU BERSUBSIDI......DAH TERLALU LEMAK DGN SUBSIDI...
baru naik 20 sen. nak bandingkan dengan tanah/rumah yang nak kena tolak kat selangor tu, kira ok la. Nampak kerajaan naik atau turunkan harga bukan kerana pilihanraya tapi memang ia perlu dilakukan. Kalau rakyat yang merungut dek kerana 20 sen bukan kerana kurang mampu tapi sengaja cipta isu. Orang kg? apa yang kerajaan tak tolong, malah dpt lebih byk dari org mkn gaji..
ReplyDeletemama glokal
Humban 11 Mei Umno dalam muzium
ReplyDeleteMOHD RASHIDI HASSAN | rashidi@harakah.net.my
TIDAK ada maknanya bagi orang-orang Umno untuk mengenang peristiwa bersejarah penubuhan parti yang diasaskan pada 11 Mei 1946, jika ia sudah lari dari paksi perjuangan asalnya.
Umno yang ada hari ini jauh menyimpang, daripada yang diasaskan oleh Dato' Onn Jaafar. Umno yang ada adalah Umno versi Tun Dr Mahathir Mohamad, dihidupkan semula selepas sengaja dibiarkan haram pada tahun 1988.
Dalam erti kata lain, Umno 'tulen' yang diasaskan perjuangannya oleh Onn sudah tidak wujud.
Umno dilahirkan di Istana Johor. Ia ditubuhkan dengan restu penjajah British. Mereka dijadikan anak emas penjajah dan diberikan red carpet untuk menerima anugerahkan kemerdekaan dengan mudah.
Sedangkan pejuang-pejuang asal kemerdekaan yang dipelopori pejuang-pejuang hebat seperti Abu Bakar Bashir, Dr Burhanuddin al-Helmi, Ibrahim Yaakub, Ahmad Boestamam dan ramai ulama-ulama tersohor yang dipenjara, dibunuh dan dibuang daerah.
Pada diri tokoh-tokoh hebat ini mengalir darah perjuangan Melayu-Islam. Mereka adalah pejuang sebenar, tetapi nama-nama hebat mereka dipadamkan sebagai pejuang tulen Islam dan nasionalisme Melayu menentang penjajahan British.
Tiada seorang pemimpin Umno pun menghadapi tekanan daripada British sebagaimana yang dihadapi oleh tokoh-tokoh hebat ini. Jangankan darah, tiada setitik peluh pun mengalir di dahi pemimpin Umno akibat hambatan British.
Justeru, hakikat sebenarnya, Umno tidak layak untuk mendabik dada kononnya mereka adalah parti yang benar-benar tulen memperjuangkan nasib bangsa.
Apa yang disebutkan sebagai asas perjuangan Umno adalah nasionalisme Melayu. Perjuangan Umno untuk memelihara bangsa, agama dan negara, hanya retorik kosong buat mengelabui mata rakyat semata-mata.
Umno baru hari ini, jika Ketua Bahagiannya tidak berkereta mewah, tidak ahli korporat, tidak memperolehi projek daripada Kerajaan Pusat, Kerajaan Negeri dan PBT, tidak sah.
Itu baru Ketua Bahagian, belum lagi AJK Pemuda, Wanita dan Puteri. Semuanya pakat kongsi harta rakyat, hampir semuanya kaya raya. Lagi pun muda-muda lagi, orang Utara kata 'masih berhingus' dah dapat gelaran Dato'.
Hebat Umno ini. Punyalah sakan mereka meratah harta rakyat. Bahayanya ialah apabila sudah terlalu lama berkuasa, harta rakyat, harta negara, dianggap macam harta 'mak bapak' mereka sendiri.
Rakyat boleh melihat kepada Dr Mahathir. Lihatlah bagaimana semasa menjadi PM, anak-beranaknya mempunyai lebih 160 syarikat. Sekarang ini pun beliau menjadi Pengerusi Petronas, bagaimana anaknya boleh begitu kaya mendapat projek dan tender Petronas?
Dr Mahathir usahlah cakap putar alam, kononnya memperjuangan Melayu tulen. Nasionalis tulen yang hebat.
Begitu juga dengan bekas PM, Tun Abdullah Ahmad Badawi ketika berkuasa. Syarikat milik anak-anak dan kroni beliau begitu rakus. Dengan Scominya, Patrick Limnya, Kalimullah Masheerul Hassannya. Macam-macam kehebatan, sehingga digelar kerajaan anak-beranak.
Lihat juga kepada PM Najib. Bagaimana adik beliau Dato' Nazir Razak memperolehi laba yang besar dalam negara.
Akhirnya rakyat harus berfikir, apakah faedahnya mereka menyokong Umno? Menyokong Umno kononnya atas nama perjuangan Melayu, tetapi yang kaya raya, yang menyapu harta rakyat, semuanya anak-beranak pemimpin-pemimpin Umno?
Kekayaan anak-beranak PM dan bekas PM bukan menjadi rahsia dalam Umno. Adakah semua mereka ini menjadi kaya raya dengan hasil titik peluh sendiri tanpa dukungan kerajaan yang memerintah?
Oleh sebab itu, pemimpin Umno termasuk bekas pemimpinnya seperti Dr Mahathir tidak layak untuk mendadik dada mereka adalah pejuang nasionalis yang sebenar.
patut naikan lagi harga gula dan barang2 serta perkhidmatan lain yg tak berapa memberikan manfaat, subsidi patut ditukar kpd makanan serta perkhidmatan yg mendatangkan kebaikan kpd rakyat.
ReplyDeleteTahniah pada ulangtahun UMNO ke 65.Tetapi kami ahli UMNO Bahagian Padang Serai lagi hebat.Ketua dan geng dia jual bangunan dan pejabat UMNO di Taman Mahsuri Padang Serai.Kemudian sewa kedai Cina dekat Bank Rakyat Kilang Lama.Cakap sahaja ketuanan Melayu.Bangunan UMNO di Taman Mahsuri dah jadi pasaraya yang hebat.Akhirnya UMNO Padang Serai tinggal seluar dalam sahaja.Inilah hadiah ulangtahun UMNO ke 65 untuk kami di Padang serai.
ReplyDelete