Thursday, May 12, 2011

Kakak penyanyi tersohor negara kantoi

Masyarakat khasnya peminat Datuk Siti Nurhaliza pasti geleng kepala apabila membaca cerita Saida kakak kepada penyanyi popular tersohor negara itu berlaku curang kepada suaminya kerana ada kekasih gelap.

Suami kepada penyanyi produk Akedemi Fantasia itu, mendakwa isterinya sedang 'angau' atau istilah lain mabuk cinta dengan seorang lelaki sehingga menyebabkan rumah tangga mereka yang dibina sejak 15 tahun lalu terabai.

Saida pernah kantoi dengan suaminya, Mohd Ghazali Yahya Zikri apabila suaminya pernah mencekup Saida dengan kekasih gelapnya yang bernama Hafiz Che Mat ketika berdua-duaan di dalam sebuah kereta di Balakong.

"Saya rampas telefon bimbit tersebut dan jumpa khidmat pesanan ringkas (SMS) yang mengandungi perkataan seperti sayang, rindu dan sebagainya," katanya Ghazali di Mahkamah Rendah Syariah semalam.

Kisah kecurangan isteri dengan lelaki lain sebegini bukanlah perkara baru dalam masyarakat Islam kita hari ini. Hampir setiap hari pasti ada kes-kes yang sebegini jika media ingin paparkan.

Cuma jika kecurangan itu berlaku dikalangan selebriti dan pembesar negara maka cepatlah heboh dan hebahnya.

Pastinya kita juga tidak lupa kes yang berlaku kepada salah seorang ahli politik tersohor negara Mat Sabu calun Timbalan Presiden PAS apabila dicekup di salah sebuah hotel di Kota Baru sedikit masa dahulu di mana ianya juga melibatkan isteri orang.

Seharusnya sebagai penganut agama Islam kita telah diperingati oleh Rasullullah SAW semasa peristiwa Israq dan Mikraj apabila Nabi SAW diperlihatkan dengan satu kaum, lelaki dan perempuan, yang memakan daging mentah yang busuk sedangkan daging masak ada di sisi mereka.

Kata Jibrail: Itulah lelaki dan perempuan yang melakukan zina sedangkan lelaki dan perempuan itu masing-masing mempunyai isteri / suami.

2 comments:

  1. Encik-encik suami jangan biarkan isteri-isteri tersayang memperagakan bakat di atas pentas, di layar tv atau lain-lain, nanti bila isteri dah popular akan jadi rebutan - sukar dikawal pergerakan dan perilaku mereka!

    ReplyDelete
  2. kepada suami kalu isteri dah buat perangai macam tu,lu pikir la sendiri apa nak buat.....

    ReplyDelete

Bloggers adalah mereka yang digolongkan berakal, waras, bijak dan berilmu serta dikira mempunyai peradaban yang tinggi. Elak dari bahasa-bahasa lucah atau yang tidak bersopan.
Sesungguhnya yang ampunya blog tidak akan bersubahat, bertanggung jawab dan menafikan segala bahan-bahan tersebut.