Saturday, May 7, 2011

Hanya 1% sahaja Melayu Singapura ditawarkan biasiswa

Melihat perkembangan pilihanraya Singapura 2011 ternyata rata-rata pengundi mereka begitu takut dengan cengkaman PAP.

Hampir kesemua calun-calun parti pembangkang yang menentang PAP bekerja keras untukmenyakinkan pengundi bahawa undi mereka adalah rahsia dan tidak perlu takut untuk berubah dari cengkaman kuku besi PAP.

Menurut laporan rakan wartawan Shahanaaz Habib yang membuat liputan di Singapura terdapat pengundi-pengundi yang bimbang untuk mengundi pembangkang kerana kertas undi bernombor, mereka risau parti baju puteh Lee Kuan Yew, PAP akan menghukum mereka dan anak-anak mereka disenarai hitam dari pekerjaan dan biasiswa pendidikan.

Pritam Singh Pic:Christine Hoo/Yahoo
Apabila Pritam Singh, salah seorang calun Parti Pekerja membangkitkan isu hanya 1% sahaja Melayu Singapura ditawarkan biasiswa Suruhanjaya Perkhidmatan Awam di antara tahun 2002 hingga 2010 sepantas kilat Lee Hsien Loong membedal beliau dengan menyatakan bahawa fakta Pritam tidak berasas dan cuba memancing undi Melayu.

Hakikatnya mereka selama ini hidup di dalam situasi yang penuh tekanan dan sekatan dari kebebasan untuk bersuara. Jiwa mereka meronta-ronta dan meruap-ruap seperti gunung merapi di Indonesia menunggu masa untuk meletup.

Sebaliknya kebebasan bersuara di Malaysia telah pun dibuka pintu seluas-luasnya oleh pentadbiran Pak Lah. Sehinggakan sebaik sahaja BN kecundang di 4 buah negeri dalam PRU12 Lee Kuan Yew pun membuat lawatan sinis ronda satu Malaysia menemui Nik Aziz, Lim Guan Eng malah isteri PM, DS Rosmah Mansor di rumah DS Najib.

Mungkin semasa Che Det menjadi PM Lee Kuan Yew tidak bebas masuk Malaysia.

8 comments:

  1. mummy rocky...

    ini lah yg org melayu malaysia patut tau tak kiralah dari umno, pkr , pas atau yg duk atas pagar tu...

    malaysia tak penah lupakan kepentingan kaum lain .. adil meletakkan tempat yg sepatutnya utk keselesaan semua (walaupun masih belum perfect keseluruhanya, malaysia belum lagi menindas rakyatnya)

    ReplyDelete
  2. yeke belut. seringkali aku baca, umno ni racis dan kuku besi. Banyak konspirasi dan pekakas umno.?

    bkn umno menindas bangsa lain.? biasiswa mengikut kuota.? melayu lebih bangsa lain kurang.?

    di malaysia Islam agama rasmi tp agama lain tak rasmi.

    Di Malaysia Islam boleh dikembangkang tp penyebaran agama lain ditegah.?

    kata nik aziz... semua ini demokrasi ala malaysia..?????

    kalau buleh pembangkang nak malaysia klu ada satu masjid maka satu la kuil, tokong atau churh..? barulah adil. Tak gitu..?

    ReplyDelete
  3. Kerajaan Singapura a.k.a PAP takkan tumbang sebab mereka semua dah ada semangat racist yang kuat dan diolahkan jadi Ultra Kiasa... disebabkan bangsa Melayu suka check and balance... kena la orang-orang selangor terima tak ada diskaun rumah bumiputera rumah yang dirancang oleh DAP... harap2 13 May tuh berulang sebab bangsa cina ingat diorang boleh selamat sebab negara ada undang2 dan polis boleh protect diorang disebabkan ULTRA KIASU (SEMANGAT NAK RAMPAS SEMUA) tuh kuat sangat

    ReplyDelete
  4. Syukur masih ada 1% biasiswa anak Melayu di Singapura.

    Di Malaysia ?

    Skg.X der Beb.,

    Smue yg.layak ke IPT cuma dpt Loan.,

    Lambat byr atu lupa byr.,

    Blacklisted.

    Ini dia Hebat nya UMNO pembela Ketuanan Melayu.

    Pemimpin gelapkan duit saham Bumiputra 50 million x per.

    Projek yg.menelan Billion2X rugi senyap .

    UMNO oh UMNO

    Dari dulu kini dan selamalama nya menipu Melayu.

    ReplyDelete
  5. Ni silap artikel ke ni...

    Mana ada PAP buat mcm tu...??...PAP adalah parti terbaik dan terhebat dlm hal2 kebajikan rakyat...
    Malah pok nik pun suka dgn LKY...malah thump ups lagi pada LKY..
    POk nik pun lebih suka jadi cina dari melayu....
    Malah dlm apa jua perkara pun Singapura dijadikan rujukan....MMg hebat betol singapura ni...
    Tetapi kenapa baru skrg nak kata PAP x bagus??....ada agenda lain ker??..

    ReplyDelete
  6. yeke semua loan.? anak buah kt ukm dpt biasiswa. uM dpt gak.. dip uitm dpt.. sorang lg foundation dpt tajaan glc... tp malang... parents mereka msih sokong dasar sama rata.

    klu aku pm aku bg biasiswa kt cina india. bg pun bkn melayu pernah bersyukur. malah org yg pernah dpt menyalak utk lebih adil.

    cuba survey kt x student. kenapa mereka marah kt kerajaan. Jawapan senang je. Tak dpt biasiswa kan..?

    Siapa yg menyalak bg bisiswa kt bkn melayu..?????

    siapa yg kata umno menindas bangsa lain..?

    Kerana apa mereka kata camtu..? sbb umno tk pernah adil. Bg bisiswa kt melayu, sedikit potongan perumahan kt melayu, dari staff kerajaan dan glc semua utk melayu.... tapi sayang, org yang ditolong oleh kerajaan menyalak menuduh tidak adil. walhal itu semua utk sape..???

    ReplyDelete
  7. betul ke kisah ni

    http://www.youtube.com/watch?v=c_LRthcztSc&feature=player_embedded

    klu dulu umno buat, skrg apa kurangnya Pr..? kenapa mummy hanya menuding umno sedangkan Pas apa kurangnya..?

    ReplyDelete
  8. melayu malaysia patut bersyukur sebab kita byk bantuan.kuota masuk mrsm,uitm masih kekal utk bumiputera.mara berlambak bagi biasiswa kpd anak-anak melayu.tapi masalahnya org kita ni bila dah dpt kemudahan ni selalu sgt salah guna.dpt pinjaman mara atau ptptn sibuk pergi shopping.pinjam duit utk buat bisnes tapi bkn utk bisnes sebaliknya beli kereta.lepas bila nama dah blacklist,mula salahkan kerajaan lah.itu lah.ini lah.

    ye.mmg betul kerajaan BN ada baik buruknya.begitu kerajaan PR.sama je.itu adalah kelemahannya.bkn semua pemimpin tu perfect.kena terima lah.

    cuba lihat mrsm,asasi uitm ye.ini terbuka utk bumiputera.okey.mrsm.makan sehari mereka rm10.sehari ye.dan satu mrsm ada 800 org murid.okey.satu malaysia pula ada 40 buah mrsm.cuba bayangkan betapa untungnya anak melayu yg dpt belajar kat sana.

    lepas tu,elaun asasi atau biasiswa KPT.ni semua pelajar asasi UiTM dpt.rm1960.okey.satu program asasi ada dalam 2000 org.dan kesemuanya ada lebih kurang 4 program.berapa byk tu.tak kira lagi SBP lagi.

    lepas tu,biasiswa pula utk biasiswa JPA dan MARA mmg tetap utk bumiputera.tapi utk memastikan hak pelajar lain spt dlm artikel 12 FC, so,kerajaan wujudkan pula biasiswa nasional.semua dpt.

    dan bagi saya lah,melayu malaysia ni atau bumiputera di malaysia ni patut bersyukur.melayu singapura.padahal tanah tempat lahir atuk,nenek moyang mereka tapi dianaktirikan.apabila pemimpin yg dahulunya merupakan pendatang.

    LKY tu org MUAR ye. :)

    ReplyDelete

Bloggers adalah mereka yang digolongkan berakal, waras, bijak dan berilmu serta dikira mempunyai peradaban yang tinggi. Elak dari bahasa-bahasa lucah atau yang tidak bersopan.
Sesungguhnya yang ampunya blog tidak akan bersubahat, bertanggung jawab dan menafikan segala bahan-bahan tersebut.