Friday, May 6, 2011
Populariti anak muda Nicole Seah mengatasi Lee Kuan Yew
Pagi tadi PM DS Najib bercakap di Hot FM dan tidak menyangkal keberkesanan peranan media baru dalam mendekati pengundi-pengundi muda khasnya yang di atas pagar.
Dalam kempen pilihanraya Singapura ramai calun –calun muda dari parti yang menentang PAP yang diasaskan Lee Kuan Yew sudah mula berani bersuara melalui media-media baru.
Salah seorang calun popular muda dari parti pembangkang National Solidarity Party (NSP)Nicole Seah 24, sedang kejar-mengejar dengan pemimpin tua bangka Lee Kuan Yew dalam Facebook dan populariti Nicole telah mengatasi Lee Kuan Yew.
Suara-suara anak muda ini begitu lantang kerana selama ini mereka tertekan untuk membuat sebarang kritikan terhadap parti baju putih, PAP.
Mereka ternyata tidak melepaskan peluang dengan perkembangan media-media baru untuk mereka bersuara menyatakan luahan isi hati mereka sebagai “third party point of view”.
Dalam kontek negara kita, masih ada ketua-ketua bahagian UMNO yang anti kepada media baru apabila mereka gagal bersaing dalam “online debating” dengan pengundi-pengundi muda.
Blog-blog dan social network mereka ada seperti tiada, diwujudkan sekadar suka-suka dan tidak pernah dikemaskini dan bahan-bahan yang cabuk serta lapuk dan gagal menarik pengunjung.
Jika ini berterusan UMNO akan dipimpin oleh pemimpin yang lapuk dan minda berhabuk seperti pemimpin Singapura Lee Kuan Yew yang bakal dimuziumkan tidak lama lagi.
3 comments:
Bloggers adalah mereka yang digolongkan berakal, waras, bijak dan berilmu serta dikira mempunyai peradaban yang tinggi. Elak dari bahasa-bahasa lucah atau yang tidak bersopan.
Sesungguhnya yang ampunya blog tidak akan bersubahat, bertanggung jawab dan menafikan segala bahan-bahan tersebut.
jurang digital divide diatara DS Najib,(yg telah menggunakan dan hebat dgn media baru), tetapi tidak dgn menteri kabinet beliau yang lain yg masih jauh ketingallan...mereka semua harus merapatkan segera..jgn ketingallan
ReplyDeleteumno umno... masih jahil dengan peredaran zaman. Klu PM Pak Lah, PRU13 kompem BN telingkup.
ReplyDeleteSalam Mummy
ReplyDeleteCek tak caya lah! Kalu nama kat Malaysia ni..pakai la media apa sekalipun..time ngundi tu hat yang mustahak DUET jugak! Dulu masa PRU 12 yang jadi kalah kat Kedah tu..bukan pasai media baru pun..orang UMNO sendiri yang sabo calon. Tak percaya? Cuba tanya Tan Sri Zam Maidin..pasai apa dia kalah kat Sg Petani? Aleh-aleh suma pakat melopong..teringat pulak lagu Datuk M.Nasir.."Duet-duet..di mana kau duet"