Sunday, July 24, 2011

Rakyat harus bersama Sultan

TUMPAT - Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V semalam mencemar duli mengutip sampah bagi menunjukkan contoh kepada rakyat di negeri ini supaya mementingkan kebersihan persekitaran. Baginda yang kelihatan selesa mengenakan baju T, berseluar trek dan topi tanpa segan silu bersama-sama dengan 1,000 orang rakyat mengutip sampah sarap selama dua jam di Pantai Sri Tujoh di sini.

Majlis tersebut yang bermula pukul 10.30 pagi diadakan di situ kerana Pantai Sri Tujoh adalah antara destinasi tumpuan orang ramai dan pelancong. "Beta dapati masjid tidak dibersihkan, tandas tidak dicuci, ini tidak sepatutnya berlaku sebab kebersihan adalah sebahagian daripada iman,'' titah baginda kepada pemberita selepas majlis anjuran Pertubuhan Kerabat D'Raja Al-Muhammadi itu berakhir. Program itu adalah yang pertama seumpamanya melibatkan pihak istana dengan matlamat untuk merapatkan hubungan antara institusi diraja dengan rakyat. (sumber Kosmo)

2 comments:

  1. Saya nak tanya terutama sekali kepada orang Kelantan : Kalaulah Paduka Sultan Kelanatan tidak turut melaku kerja gotong royong itu , mungkinkah akan ada 1,000 orang yang akan turun melakukan kerja g/royong itu ??

    ReplyDelete
  2. Inilah contoh besar seorang Raja yang benar benar layak dijadikan Ketua Kerajaan. Imej yang benar benar seorang Emir..Daulat Tuanku

    Yang peliknya tak pula kita dengar pemimpin kita mahu menonjolkan Raja seperti ini. Publisiti baginda pun kurang..

    Yang cerita pasal golf, sukan, socialising, ceremonies banyak pula dapat perhatian..

    ReplyDelete

Bloggers adalah mereka yang digolongkan berakal, waras, bijak dan berilmu serta dikira mempunyai peradaban yang tinggi. Elak dari bahasa-bahasa lucah atau yang tidak bersopan.
Sesungguhnya yang ampunya blog tidak akan bersubahat, bertanggung jawab dan menafikan segala bahan-bahan tersebut.