Sunday, July 24, 2011

UMNO Kedah 'GORENG' Najib

BERITA BESAR! BERITA BESAR!

“Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, akan makan tengah hari bersama-sama rakyat Kedah sempena lawatan beliau ke negeri itu Khamis ini”.

Acara makan tengah hari masakan kampung dalam program kenduri itu dijadualkan di Padang Awam Guar Chempedak dan dijangka dihadiri 10,000 orang.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah, Datuk Paduka Ahmad Bashah Md Hanipah, berkata lawatan rasmi sehari Perdana Menteri itu bermula dengan lawatan pada sebelah pagi ke Masjid Taman Wira Mergong dibina oleh Kerajaan Pusat sebanyak RM1.2 juta.

Ahmad Bashah berkata, Perdana Menteri kemudian akan bertemu orang ramai di tapak Pasar Tani Taman Wira, berdekatan masjid tersebut dan bersarapan bersama mereka di gerai di pasar tani berkenaan.

"Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) pula mengadakan pasar tani mega di Taman Wira, selama tiga hari berturut-turut mulai Rabu ini sempena sambutan ketibaan Ramadan," katanya dalam kenyataan media di sini, hari ini.

Beliau berkata Perdana Menteri akan menghadiri majlis bersama masyarakat Cina di Sekolah Menengah Keat Hwa, Jalan Kuala Kedah serta sambutan 100 tahun penubuhan sekolah tersebut dan selepas itu menghadiri kenduri rakyat di Padang Awam Guar Chempedak.

"Semua hadirin akan duduk secara bersila bersama Perdana Menteri pada majlis jamuan ini. Pada majlis ini juga upacara menaikkan kain rentang gergasi Barisan Nasional (BN) akan dilakukan," katanya.

Pada sebelah petang, Perdana Menteri dijadual menghadiri perjumpaan dengan 10,000 belia di Stadium Mini Pendang dan diikuti pertemuan dengan rakan facebook beliau di Hotel Holiday Villa, Alor Setar.

Sebelum berangkat pulang ke Kuala Lumpur, Najib akan menyertai jamuan makan malam bersama-sama 3,000 orang di Dewan Wawasan Jitra yang terbuka kepada orang ramai. - BERNAMA

Realitinya lawatan Najib ke Kedah bukannya bertemu rakyat Kedah tetapi hanya indah khabar dari rupa dengan berlegar-legar bersama konco-konco UMNO sahaja untuk menguatkan politik mereka.

Lawatan ke Taman Wira hanya untukmemulihkan kekuatan YB Datuk Ahmad Bashah yang ‘ratingnya’semakin menjunam kerana janji-janji lama hanya tinggal janji.

Lawatan ke Guar Chempedak untuk meletak tapas asas Senator Jamil Khir sebagai calun yang disebut-sebut dalam PRU13 yang akan datang.

Perjumpaan dengan 10,000 belia di Pendang hanyalah untuk memberi nafas politik kepada Datuk Rozai Shafian yang sedang tercungap-cungap seperti nyawa ikan dalam akuarium yang kehabisan air.

Hakikatnya pertemuan ini seharusnya di luar dari ‘inner circle’ UMNO di mana ketika ini hamba rakyat Kedah semakin hari semakin terasa kejauhan dengan Najib PM mereka.

Manakala kecintaan kepada Ustaz Azizan pulak semakin hari semakin bertapak di hati dan jiwa nurani mereka.

Kesimpulannya DS Najib masih lagi gagal membaca kehendak jiwa rakyat Kedah kerana masih dikongkong juak-juak UMNO yang hanya pandai mencium tangan Perdana Menteri tetapi tidak pandai mencium tangan rakyat.

25 comments:

  1. Kedah bukan negeri aku. Nak lingkup ke nak maju ke aku peduli apa...kah kah kah Kedah memang negeri mundur kah kah kah

    ReplyDelete
  2. cuba anda sebagai rakyat biasa berfikir.
    kenapa taman wira, pendang, guar cempedak..?

    ada buat homework sikit tak tentang kawasan ni dah berapa lama tak dilawati oleh seorang pemimpin tertinggi..?kalau taman wira tu mmg dato bashah yg bawak PM...sbb apa..?sbb dia nak raih sokongan rakyat kawasan tu..?tu kawasan kuat dia la....dia nak bagi penghargaan kat rakyat yg kuat menyokong dia...

    ReplyDelete
  3. macam ni punya blog maka takdak laa nak komen....pi baca papa gomo.com lagi baik...kalau nak tapis tak yah adakan blog laa...tulis sendiri komen sendiri

    ReplyDelete
  4. cakap tak serupa bikin.....mumy rokiahhh....balik tidolagi baik...nak berbelok kononnnnn....pirhhhhhh...jaga anu tu baik2 noooo..muga masok syurgaaa...

    ReplyDelete
  5. balik laaa..puk....punya blok...nak tapiss 2......nak taro yang elok saja...jangan berselindong dengan nama allah...dah tunjukkan siapa itu anuuu....nak pertahan apa lagi.....neraka jahanam lah mummyyyy

    ReplyDelete
  6. MR..begitulah kisahnya UMNO Kedah yg sedang dipimpin oleh Ahmad Bashah dan kuncu-kuncunya.Aku rasa kerja mereka tentu sebuk siang malam kerana DS Najib nak pijak kaki kebumi Kedah bukan kerana hati nurani rakyat.Maka Pemuda UMNO,Wanita UMNO dan Pu3 UMNO pun sebuklah untuk mencium tangan.Ada pemimpin pun bukan bekerja untuk rakyat cuma tukang bodek.
    Pgrogram Juara Rakyat pun lingkup.Dah jadi Juara Ketua Bahagian.Jentera Penerangan UMNO Kedah sudah jadi malap .Jadi hangat-hangat tahi ayam.Dengar cerita UMNO Kedah akan guna sistem angkut supaya nak bagi capai 10000 orang.Pengundi di Kedah hampir 900 ribu.Seimbangkah dengan jumlah sebanyak itu.Aku harap pegawai DS Najib kena turun lebih awal sikit meninjau cerita lakonan kuncu UMNO Kedah.yg pandai jadi pelakon politik nombor 1 Msia.Laporan Jasa dan Kemas jangan pakai sangat.Mereka pun goreng juga.Kesian DS Najib silap pilih striker.........

    ReplyDelete
  7. Harapan UMNO/BN untuk merebut balik tapuk pentadbiran Negeri Kedah, semakin hari semakin sukar.UMNO Kedah bawah Ahmad Basah, hanya seperti rumah buruk dicat baru sahaja, tetapi isinya masik isi lama dan semakin reput. PAS/PR setaipa hari semakin kukuh dan rakyat semakin yakin kepada MB Azizah berbanding dengan gang-gang UMNO sekarang. Pemimpin-pemimnpin UMNO Kedah masih tidak sedar atau telah sedar dengan keadaan sebenar berlaku di Kedah tetapi tidak mahu berubah. Mereka (UMNO) asyik bercakaran antara mereka, berebut untuk tonjolkan diri sendiri antara. Rakyat tersenyum melihat sandiwara UMNO. Majlis Jamuan Rakyat juga diadakan bukan untuk rakyat keseluruhannnya tettapi untuk Ahli-ahli UMNO dan kuncu-kuncu mereka. UMNO Kedah sebenarnya sudah parah menanti ajal saja. UMNO Kedah perlukan perubahan, UMNO Kedah perlu kepimpinan yang berjiwa Rakyat, UMNO Kedah perlu strategi baru, UMNO Kedah perlukan sepakatan, UMNO Kedah perlukan muka-muka baru.


    Pemerhati Merbuk.

    ReplyDelete
  8. Opportunis di dalam mana-mana parti politik sentiasa berkeliaran menanti peluang.Tetapi ulasan MR seakan telah dapat melihat masa depan!.Sepatutnya ahli parti memberi sepenuh kepercayaan untuk DS Najib memberi nafas baru kepada survival Umno,program turun padang adalah amat relevan dan mampu menarik kembali sokongan rakyat jelata.Soal calon biarlah kita serahkan kepada DS Najib ,jangan kita pula terlebih sudu dari kuah.Contohilah parti PAS,kalau letak karpal singh jadi calon pun penyokong fanatik depa akan tetap pangkah.

    ReplyDelete
  9. Kalau Datok Najib singgah kat Padang Serai pun cantik juga.satu-satu nya bahagian yang berkecamuk macam tahi kambing.Biar Dato Najib lihat sendiri UMNO Padang Serai yg sedang nazak kerana berebut jawatan,berebut projek,kroni dsb.Sampai hari UMNO Padang Serai ada lima kepala yang membuatkan UMNO Padang Serai lingkup.Kalau Dato Najib datang kat Padang Serai kami secara senyap-senyap nak serah surat laporan Padang Serai pada dia.Kami bukan jenis bising dan gila jawatan.Rezeki pun dah ok.Setuju dgn Mami Rokiah yg berani.Hidup mami

    ReplyDelete
  10. susah nak buat keja betoi ni mami, kena bg komen mencarut dulu baru depa nak kata blog ok

    ReplyDelete
  11. Rasa simpati, nampaknya negeri asal Che'Det dah jadi macam Kelantan'B'..
    Wawasan Kedah majupun dah tinggal sejarah. Nampak sgt org Kedah dah lupa jasa pemimpin BN. Betul kata TDM melayu mudah lupa..

    ReplyDelete
  12. Aik! Dah lupa ke perjuangan parti untuk Agama, Bangsa dan Negara?

    Ni nampak macam dan berpuak-puak dan masing-masing nak jadi calon pilihanraya.

    Macam ni la rupa pengkhianat. Cakap tak serupa bikin! Ni le budaya Mamak bila Melayu tulen dibodohkan.

    ReplyDelete
  13. Sebenarnya perangai cium tangan ni dalam parti mana pun ada. tok sah dok kata kat umno saja. Inilah susahnya kalau semua yang dibuat orang tak betui sedangkan yang dok cakap tu bukan pernah buat apa pun. Mummy ni buat apa nak sambut YAB PM kalau dah betui sangat. Kalau orang umno tak sambut pemimpin dikata nak sabotaj. Kalau disambut dikata pulak nak bodek dan cium tangan. Sebenarnya manusia yang asyik dok kata orang tak betui ni lah yang tak betui. Kalau tak ada program dikata tak buat kerja. Bila buat kerja dituduh pula nak gorong pemimpin atasan. Depa dah lama dalam politik. Biaqpi kat depalah. kalau dah hebat sangat masuk politik sepenuh masa. baru hampa tau tinggi rendah langit. jangan dok sembang saja dan mengata orang sambil goyang kaki.

    ReplyDelete
  14. Mummy,

    rasa-rasanya anon 12.52am kat atas tu orang melaka la. Orang melaka mmg macam tu, belagak sombong

    ReplyDelete
  15. Cerita apa ni mummy, tak intelek langsung punya cerita. Dalam banyak-banyak posting mummy cerita ni kategori tong sampah sahaja nie, cerita ni cerita yang ditulis dengan hasad, dendam dan marah, tak gitu mummy.

    kalau kata turun taman wira nak selamatkan tok bashah, kalau kata turun jerai nak penaik jamil khir dan kalau kata pi pendang nak selamatkan rozai, maka PM kita tak boleh pi mana-manalah.

    PM kita kena duk ofis sahaja. Kalau dia pi terengganu kata nak penaik MB terenggau plak, kalau pi perlis nak selamatkan Mat Isa plak..jadi tak faham cam na boleh mummmy buat teori cam tu
    lagipun Najib tu orang politik, dia pi mana pun kepentingan politik untuk parti kena adalah, lain lah kalau najib pi balik kampung sahaja.
    lagipun apa salahnya tok bashah, jamil khir, rozai nak bawa PM pi jumpa rakyat kawasan depa, dia PM untuk semua

    ReplyDelete
  16. aaik..dah tapis pulak komen saya sebelum ni?

    open minded laa...

    ReplyDelete
  17. Mummy Rokiah, cerita pasal turun padang bertemu rakyat ini selalu membuatkan saya gelak sendirian. Lepas tu punyalah banyak rakyat jelata yang hadir dengan "suka rela" untuk melihat sayup sayup wajah pemimpin mereka. Bagi saya memang baik turun padang jumpa rakyat tapi majlis sambut pemimpin tu janganlah membazir sangat. Nak jumpa rakyat tak perlu sambutan pun, UMNO Kedah pun janganlah bodek sangat. Gunalah duit belanja buat majlis untuk rakyat. Bagi saya pemimpin besar tak perlulah ke kampung-kampung. tugas melawat kampung pemimpin peringkat negeri dan daerah. Kalau pemimpin besar kerap sangat melawat kampung, kerja dia siapa nak buat?

    ReplyDelete
  18. Aku bukan nak bela MR.Memang aku perhati sejak dulu lagi macam inilah sapa jadi MB atau ketua UMNO negeri mula sekali dia pulun bawa PM kawasan dia dulu.Depa ada kepentingan.Kadang-kadang biasa.Kadang-kadang dah tak biasa lagi.Kawasan orang lain mampuih pi laaa.Sapa jadi ketua dia kepung masuk kelambu dia dulu.Bashah Ketua UMNO Negeri Di Alor Setar.Jamil Khir Menteri.Rozai sU BN Kedah.Bila PM turun anda semua tahulah banyak juga durian runtuh.Inilah cakap-cakap politik disekitar negeri Kedah hari ini.Sepatutnya PM kena kunjung Sik/Baling/Padang Terap kawasan kubu PAS.Atau pun semua kawasan di Kedah sudah jadi kubu PAS.Tulisan MR ada kebenarannya.Bukan tulisan balas dendam atau dsb.Kalau dok bodek sangat pun mereka ini lupa diri dan hanyut macam tin sardin.Semoga kahadziran Dato Najib akan memberi sinar baru pada UMNO Kedah.Dato Najib kena cakap terus terang pada semua pemimpin UMNO Kedah agar jangan lena dan syok sendiri.MR teruskan jika ada keperluan memberi pandangan yg terbaik.

    ReplyDelete
  19. eemm...org tmn Wira specily blok C..sampah2 yg dok melimpah bertaun tu pakai dpt la tong baru..depa pakat sapu cuci calat la kt area tu sbb apa? sbb PM nk mai..sebelum ni ada depa kesah..Bashah? dh berkajang surat penduduk antaq ikut saluran...ada depa mai tgk. masa Ayaq bah dulu..asal ujan ja ayaq melimpah masuk umah penduduk..ada Bashah kesah..rakyat Tmn Wira x akn trtipu lg dah...undi kami.... tungguuuu...

    ReplyDelete
  20. Dok kat dah MR jagan dok buat pelik2 mcm ni.

    Dulu MR kondem Tok Bashah tu juga ngn Mukriz.

    Habis semua x kena ni.
    Umno nak buat apa?

    Klu dari strategik peperangan, lawatan General tertinggi perang akan peniak semangat orang bawah.

    Abis hak nu x kena, hak ni x kena.
    Cuba MR cerita baik2 dlm blog ni, apa yg Tok Bashah perlu buat satu persatu supaya kena.

    Itu baru depa kata Tegoran membina.
    Ini mcm tegoran dengki kat Tok Sashah saja.

    orng melatah, MR kata orng melatah. Tapi buat pelik2 tu buat apa.

    Selamat berblogging.

    HHalem

    ReplyDelete
  21. Kalau begitulah keadaannya, secara jujur, apakah agaknya "perkara" betul yang patut dilakukan oleh UMNO kedah?

    ReplyDelete
  22. Aka rasa mummy okiah ini dok anti UMNO Kedah dah lama dah. Dia main hentam saja. Mungkin juga dia nak cuit orang UMNO kedah supaya jangan dok lena, tapi mungkin jugak dia nie main hentam semberono ja.

    Habis...nak bawa PM kat mana ?? Langkawi?? nanti ada orang kata pulak pasai apa Langkawi.. Awat tak bawa PM pi Yan ka atau Padang Lumat ka bagi orang PAS baling teloq busuk kat PM. Susah nak jawab soalan Mummy la kalau macam ni pya peil.

    Kalau Pendang tu aku setuju. Memang betui kawan kita tu dan nyawa nyawa ikan. tungguh nak lup ja. Kalau Bashah tak tulong dia lingkop la si mamat ni... sombong sangat....

    ReplyDelete
  23. Pasai nak kipas, cium tangan PM bukan UMNO Kedah saja. Ini penyakit pemimpin2 bawahan UMNO.. Semua kuat membodek nak jaga periuk nasi..sama la jugak kat Kelantan.

    Yang kata orang Kedah tak menghargai jasa BN mmg salah..sebaliknya pemimpin2 BN Kedah lah yang tak menghargai undi rakyat..Bila org dah meluat hilang la kuasa akibatnya.

    Yang peliknya depa ni tak sedaq2

    ReplyDelete
  24. PM pulun kerja siang malam tak pernah rehat.Yang Menterinya pula relek sahaja.Menteri di Malaysia nampak macam tak ada idea.Ada asyuk menteri pun pulun.Rakyat pun cerdik.

    ReplyDelete
  25. Bawalah PM mai Padang Serai bertemu dengan kumpulan di Juburi yg telah merosakkan UMNO Padang Serai.

    ReplyDelete

Bloggers adalah mereka yang digolongkan berakal, waras, bijak dan berilmu serta dikira mempunyai peradaban yang tinggi. Elak dari bahasa-bahasa lucah atau yang tidak bersopan.
Sesungguhnya yang ampunya blog tidak akan bersubahat, bertanggung jawab dan menafikan segala bahan-bahan tersebut.