Rabu lalu, pemandu peribadi Zahida, Noor Azman Azemi membuat laporan polis mendakwa aktres berkenaan mendapat wang berjumlah RM1.5 juta daripada Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Shafie Apdal.
Ini lah akibatnya kalau percaya sangat pada Pemandu dan Bodyguard. Kedua-dua jawatan ini bukan lah tinggi sangat tetapi cukup penting bagi seseorang Menteri kerana banyak rahsia yang mereka ketahui. Entah berapa banyak rahsia yang mereka ketahui sepanjang dalam kereta bersama Pak Menteri.
Kalau Pak Menteri berkahwin lebih dari dua pun mereka tahu dan rahsia itu menjadi rahsia sehinggalah jika Pak Menteri tak pandai menjaga mereka. Sedangkan anak dan isteri Pak Menteri pun tidak tahu aturcara Pak Menteri tetapi mereka lebih tahu.
Pendeknya te..ur Pak Menteri pun mereka sudah genggam.
Begitu juga bodyguard kalau tak dapat projek dari Pak Menteri jawabnya kantoi lah rahsia Pak Menteri kelak.
Nasihat kepada Pak Menteri hanya Allah Maha Melihat apa yang kamu lakukan.
Tuesday, April 24, 2012
Saturday, April 21, 2012
Isu PTPTN akan mengugat undi BN
Menyentuh isu desakan segelintir mereka yang menuntut untuk memansuhkan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) seharusnya ditangani dengan cermat oleh Kerajaan.
Baik apa juga perdebatan, alasan, penjelasan dan tindakan hakikatnya isu ini sedang membenih di kalangan mahasiswa, generasi pelapis, golongan muda dan tidak mudah dilenyapkan tanpa kebijaksanaan Kementerian Pengajian Tinggi yang Menterinya Khalid Nordeen.
Isu ini bakal menjejaskan PRU13 khasnya dikalangan pengundi muda bekas pelajar dan yang masih belajar. Ramai pelajar yang kantoi di lapangan terbang untuk keluar Negara kerana di‘black list’ oleh PTPTN akan mula bangkit memperjuangkan isu ini. Malah terdapat juga ketidakpuasan mereka yang telah menjelaskan bayaran tetapi masih tidak dibuang nama mereka dalam senarai hitam PTPTN. Kelemahan-kelemahan ini jelas menampakkan kelemahan pengurusan PTPTN.
Insiden yang terbaru pula ialah apabila Khaleed Nordin begitu cepat melatah dan membengis tak tentu pasal mencabar peminjam-peminjam PTPTN dan kelihatan seolah-olah Kementeriannya menutup terus ruang untuk mendengar keluhan mereka ini.
Ramai yang berpendapat Kerajaan perlu menimbang untuk memberi pelajaran percuma bagi pengajian peringkat Diploma dan Ijazah pertama manakala pinjaman hanya dikenakan kepada pengajian lanjutan peringkat Master, PHD dan seterusnya.
Ini memandangkan pasaran kerja yang semakin sengit dan terdapat dikalangan peminjam PTPTN yang berkerja menggunakan sijil SPM dan STPM dan pendapatan dari gaji mereka terpaksa digunakan untuk membayar PTPTN.
Tuesday, April 17, 2012
Tun masuk hospital
YABhg Tun Dr Mahathir bin Mohamad was admitted to Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) this morning (April 17, 2012) for a minor surgery to remove nasal polyps.
The medical team led by Prof Dr Abdullah Sani Mohamed (Consultant ENT Surgeon PPUKM), Prof Dato BS Gendeh (Consultant ENT Surgeon PPUKM), Prof Joanna Ooi (Consultant Anaesthesiologist, PPUKM) and Dato Dr Haji Hassan Mohamad Ariff (Consultant Anaesthesiologist, IJN) performed an hour long surgery beginning 9 30 am.
YABhg Tun Dr Mahathir is currently under observation in the normal ward. He is expected to remain in hospital for the next few days.
Visitation is currently limited to immediate family members. (Blogger Apanama)
Wednesday, April 11, 2012
Daulat Tuanku...
Ikrar Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah pada
istiadat pertabalan baginda sebagai Yang Dipertuan Agong ke-14 di
Balairong Seri, Istana Negara, pada 11 April 2012.
"BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM"
BETA ALMU'TASIMU BILLAHI MUHIBBUDIN TUANKU ALHAJ ABDUL HALIM MU'ADZAM
SHAH IBNI ALMARHUM SULTAN BADLISHAH BERSYUKUR KE HADRAT ALLAH SUBAHANAHU
WATA'ALA KERANA DENGAN IZINNYA BETA TELAH DIPILIH MENJADI YANG
DIPERTUAN AGONG.
DENGAN INI, BETA AKAN MENJALANKAN SEADIL-ADILNYA
PEMERINTAHAN BAGI MALAYSIA MENGIKUT UNDANG-UNDANG DAN PERLEMBAGAAN
NEGARA, SERTA MEMELIHARA DENGAN SEMPURNANYA SETIAP MASA, AGAMA ISLAM,
DAN BERDIRI TEGUH DI ATAS PEMERINTAHAN YANG ADIL DAN AMAN DALAM NEGARA."
Sunday, April 8, 2012
Senarai Calun : Kedah bakal punggah
Di dalam kenyataan akhbar minggu lepas Pengerusi Umno Kedah, Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah menyatakan bahawa Umno Kedah telah mengemukan kepada UMNO pusat cadangan senarai calon yang dirasakan layak untuk bertanding dalam PRU13 yang tidak berapa hari lagi.
Menurut beliau individu-individu tersebut terdiri daripada golongan professional seperti doctor perubatan (bukan doctor falsafah), loya (lawyer) dan ahli perniagaan. Kesemua bahagian sudah menghantar nama calun kawasan masing-masing kepada Umno Pusat dan salinan kepada Umno negeri kecuali Sungai Petani dan Padang Serai kerana kedua-dua bahagian ini masih lagi di dalam ICU (Intensif Care Unit) UMNO negeri.
Yang menariknya beliau tidak menolak kemungkinan ada bahagian mencadangkan kembali nama calon yang pernah bertanding bagi kawasan Parlimen dan Dun kalah pada PRU lalu. Ini bermakna keputusan yang dibuat masih berlegar-legar di dalam ‘kotak pemikiran’ yang lama, mengelamun, masih tidak serik dan tidak ada kesedaran untuk berubah.
Walaubagaimanapun beliau tidak pula menyatakan senarai calun-calun ini ‘winnable” kerana mungkin beliau seperti juga individu yang lain sukar menilai kehendak pengundi bawahan yang sukar diramal selera mereka.
Apapun UMNO perlu melaksanakan proses saringan calun yang betul-betul telus, ikhlas dan berwibawa tanpa ada prejudis supaya tidak berlaku lagi meletak calun yang muflis seperti Ahli Dewan Undangan Negeri Kedah kawasan Kuala Nerang Datuk Syed Sobri Syed Hashim yang baru-baru ini mengumumkan dirinya muflis setelah gagal membayar baki hutangnya dengan bank tempatan berjumlah RM8 juta.
Inilah satu pengajaran yang berharga apabila Mahadzir Khalid selaku Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri hanya memilih bulu tanpa menilai latar belakang seseorang calun.
MR ingin mengambil Kawasan Merbok sebagai ‘benchmark’ bahagian-bahagian lain di negeri Kedah kerana di sini ialah kawasan peninggalan bekas tokoh-tokoh negara Daim dan Zam dan kawasan yang cukup kebal dengan BN selain dari Kubang Pasu.
Kawasan ini sekarang sedang dilanda kemelut politik dalaman yang berserabut. Hanya cantik di atas tetapi pekong di bawah. Lihat ~Merboktimes setelah sepenggal pilihanraya akan berakhir pergolakan dalaman masih tidak diubati. Maka tidak hairanlah jika kawasan ini bakal menerima calun ‘helicopter’ kerana tokoh-tokoh dalaman tidak bertokoh dan semua tunas-tunas muda yang ada dicantas secara terancang dan sistematik.
Apapun jika tersilap calun Kedah akan menjadi ‘miserable’ dan akan terbentuklah “Kelantan Dua” yang sukar dikembalikan kepada BN lagi.