Saturday, July 14, 2012

Kata statistik jenayah menurun tetapi.....

Apabila bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan menyarankan pihak polis mengkaji statistik jenayah supaya dapat mengembalikan keyakinan orang ramai terhadap keselamatan negara ini terdapat berbagai reaksi dari beberapa pihak. Tidak kurang yang memidas beliau.
MR bersetuju sangat dengan kenyataan Musa Hasan itu supaya data-data statistikdan realiti kejadian harian haruslah seimbang. Statistik  menunjukkan kadar jenayah menurun tetapi hampi sertiap hari berlaku kejadian jenayah yang menakutkan. Rampasan dadah yang bernilai jutaan ringgit hampir dibuat setiap bulan.
Media-media perdana mendedahkan hampir setiap hari tangkapan-tangkapan GRO asing, awang hitam, rompakan, pembunuhan, rogol, culik dan macam-macam lagi. Mana mungkin rakyat percaya kepada  statistik manakala di hadapan mereka dipaparkan kejadian-kejadian jenayah yang menggerikan.
Musa sebagai seorang yang berwibawa dan berpengalaman tentang keselamatan negara tidak harus dipersalahkan kerana beliau juga turut bimbang dengan persepsi rakyat. Dalam hal keselamatan rakyat tidak peduli akan data dan statistic, apa yang mereka yakin dan percaya ialah apa yang berlaku dihadapan mata mereka. Data dan statistik bukannya angka petunjuk untuk menyenangi hati rakyat atau meletak mereka dalam ‘feel good factor’ atau menggunakan factor ini untuk memenangi pilihanraya.
Blog ini mengambil kesempatan ini untuk mungucapkan terima kasih kepada Tan Sri Musa Hasan di atas kesedaran dan peringatan beliau.

1 comment:

  1. pihak polis takkan dapat selesaikan masalah judi,pelacuran dan kebanjiran pendatang asing sebab dorang sendiri yang menjadi pelindung kepada tauke ni semua.

    rakyat tahu tapi bila pegawai polis sendiri terlibat, nak report pada siapa lagi..pada menteri? dua kali lima je.

    ReplyDelete

Bloggers adalah mereka yang digolongkan berakal, waras, bijak dan berilmu serta dikira mempunyai peradaban yang tinggi. Elak dari bahasa-bahasa lucah atau yang tidak bersopan.
Sesungguhnya yang ampunya blog tidak akan bersubahat, bertanggung jawab dan menafikan segala bahan-bahan tersebut.