MR bersetuju sangat dengan kenyataan Musa Hasan itu supaya
data-data statistikdan realiti kejadian harian haruslah seimbang. Statistik menunjukkan kadar jenayah menurun tetapi hampi
sertiap hari berlaku kejadian jenayah yang menakutkan. Rampasan dadah yang
bernilai jutaan ringgit hampir dibuat setiap bulan.
Media-media perdana
mendedahkan hampir setiap hari tangkapan-tangkapan GRO asing, awang hitam, rompakan,
pembunuhan, rogol, culik dan macam-macam lagi. Mana
mungkin rakyat percaya kepada statistik manakala
di hadapan mereka dipaparkan kejadian-kejadian jenayah yang menggerikan.
Musa sebagai seorang yang berwibawa dan berpengalaman
tentang keselamatan negara tidak harus dipersalahkan kerana beliau juga turut
bimbang dengan persepsi rakyat. Dalam hal keselamatan rakyat tidak peduli akan
data dan statistic, apa yang mereka yakin dan percaya ialah apa yang berlaku
dihadapan mata mereka. Data dan statistik bukannya angka petunjuk untuk
menyenangi hati rakyat atau meletak mereka dalam ‘feel good factor’ atau
menggunakan factor ini untuk memenangi pilihanraya.
Blog ini mengambil kesempatan ini untuk mungucapkan terima
kasih kepada Tan Sri Musa Hasan di atas kesedaran dan peringatan beliau.
pihak polis takkan dapat selesaikan masalah judi,pelacuran dan kebanjiran pendatang asing sebab dorang sendiri yang menjadi pelindung kepada tauke ni semua.
ReplyDeleterakyat tahu tapi bila pegawai polis sendiri terlibat, nak report pada siapa lagi..pada menteri? dua kali lima je.