Hasil kajian ‘courteous’ atau sikap sopan penduduk
kota-kota besar oleh majalah Reader’s Digest menunjukkan juga kejatuhan rating
sikap sopan rakyat Singapura.
Singapura telah menduduki rating tercorot yang ke 31 dari 36 kota-kota
besar di dunia. Ini telah menunjukkan petanda awal berlaku nya penghakisan adab
sopan dalam negara yang dahulunya kesopanan menjadi teras utama pemerntahan Lee Kuan Yew.
Rakan blogger Singapura Lucky Tan dalam blognya
www.singaporemind.blogspot.com
telah menulis keluhannya bahawa sejak
beberapa dekad yang lalu, Kerajaan PAP dengan pendekatan kuasa yang cukup keras
telah menerapkan susila yang tinggi kepada warga Singapura supaya bersopan
santun, jangan meludah dan membuang sampah, tidak mengunyah gula-gula getah, amalan
dan menerima dwibahasa, bertutur dalam Bahasa Inggeris yang betul tidak
Singlish, pam tandas selepas digunakan dan berbagai lagi.
Bagaimanapun, apabila PAP membuka pintu
luas kepada warga asing, sikap-sikap positif tersebut tidak lagi terbentuk malah
penguasaan serta kompromi pemerintah kepada warga asing lebih dominan dan mengenepikan
warga Singapura sendiri yang dahulu taat mendukung tata susila tersebut.
Hakikatnya
warga asing bukan setakat membawa wajah bengis mereka tetap juga menerapkan
sikap-sikap biadab mereka kepada warga tempatan.
Di Malaysia juga ramai pendatang asing yang bersikap tidak sopan ,pengotor dan melakukan jenayah...mencemarkan nama Malaysia saja....mengapa kerajaan tidak mengambil tindakan kepada mereka?
ReplyDeleteMmg betul, kerajaan amerika syarikat pun tak mampu kawal pendatang asing ke negara mereka.
ReplyDelete