Wednesday, August 8, 2012

Posting KHAS UNTUK KSN, DATUK ALI HAMSA

Salah satu amalan MR dari tahun 1999 ialah menghantar surat ucapan tahniah kepada sesiapa sahaja yang baru dilantik menjawat jawatan tertinggi di dalam Kerajaan baik Kerajaan BN atau Kerajaan Pakatan Rakyat.
Surat-surat ucapan tahniah ini sebagai tanda ingatan dari MR atas dasar jawatan itu adalah amanah rakyat dan MR sebagai rakyat marhaen di akar umbi merasa bangga dari jutaan rakyat dalam  negara ini mereka di antara personaliti yang terpilih memikul amanah tersebut.
Hampir 90% surat-surat tahniah yang dhantar mendapat jawapan kembali dan mungkin yang lagi 10% itu tidak menjawab kerana hilang dalam perjalanan atau pegawai-pegawai yang menerimanya tidak begitu ambil pusing dengan surat-surat yang mungkin dianggap remeh ini. Dari sini serba sedikit kita boleh tahu corak kepimpinan dan gaya pengurusan pemimpin tersebut.
Baru-baru ini juga MR telah menghantar surat ucapan tahniah kepada penjawat jawatan pentadbir yang tertinggi dalam negara ini iaitu Datuk Ali Hamsa yang baru dilantik menjawat jawatan KETUA SETIAUSAHA NEGARA. Jawatan yang dikira penting untuk memimpin, mentadbir dan mengurus negara ini. Jawatan yang menjadi rujukan tauladan kepada penjawat-penjawat awam dalam negara ini dari Budak pejabat kepada KSU.
Dukacitanya sehingga hari ini tiada sebarang jawapan diterima. Bagi MR nothing to be personal about this dan bukan satu perkara yang sensitif. Mungkin jutaan ucapan tahniah diterima sehingga sukar untuk menguruskan surat-surat rakyat marhaen yang tidak penting untuk dilayan.
Semoga KSN mendokong serta merealisasikan slogan “RAKYAT DIDAHULUKAN PENCAPAIAN DIUTAMAKAN” dan bukan sekadar slogan-slogan ritorik dalam letterhead Kerajaan.

3 comments:

  1. elok le perangai KSN baru tu macam tu mummy.. cepat le berkuburnya BN nanti...maaf, stuff ni menarik.. tu pasal dah rembat baru mohon izin..

    ReplyDelete
  2. MR,
    Pleaseeeee laaa KSN mana ada masa on this petty thing. Dia banyak besar punya orang. Lagi besar lagi banyak kerja.
    BYEEEEE

    ReplyDelete
  3. SABAQ JE LA, DEPA MEMANG LA LAGU TU SOOOOOOOMBOOOOOOOOOOOONG !

    ReplyDelete

Bloggers adalah mereka yang digolongkan berakal, waras, bijak dan berilmu serta dikira mempunyai peradaban yang tinggi. Elak dari bahasa-bahasa lucah atau yang tidak bersopan.
Sesungguhnya yang ampunya blog tidak akan bersubahat, bertanggung jawab dan menafikan segala bahan-bahan tersebut.