Pokok durian yang menjadi pertikaian di Singapura |
Di Singapura baru-baru ini sebatang pokok durian telah
menjadi duri di kalangan penduduk flat blok HDB di Moulmein Road. Pergaduhan telah
berlaku apabila Mr R.Lim menjerit supaya menjauhkan diri kepada seorang
penduduk Mr Chua kerana sedang memandang buah durian di atas pokok yang
didakwanya ditanam oleh bapanya 20 tahun dahulu.
Menurut lapuran The Straits Times baru-baru ini rupa-rupanya pertikaian di
kalangan penduduk di situ telah bermula sejak tiga tahun lalu. Kemuncak kejadian baru-baru
ini, salah seorang penduduk, Lily Wee memanggil polis apabila beliau dijerit oleh
Mr R.Lim yang beliau gelarkan sebagai ‘pembuli
durian’ ketika beliau mahu mengambil durian yang gugur di bawah pokok tersebut.
Kecewa di atas pertikaian ini, beberapa penduduk telah
meminta pokok itu ditebang, tetapi majlis perbandaran Moulmein-Kallang hanya meletakkan
dua notis yang menyatakan bahawa pokok itu adalah pokok kejiranan dan dimiliki
oleh Lembaga Perumahan diletak bawah kawalselia Majlis Perbandaran Moulmein-Kallang.
Berbalik di Malaysia sepokok demi sepokok durian mulai
runtuh. Makin dekat PRU13 makin banyak durian runtuh. Semalam durian runtuh
lagi.
Generasi kedua peneroka Felda dijangka menerima 'durian
runtuh' selepas sambutan Aidilfitri ini, kata Pengerusi Kumpulan Felda Tan Sri
Isa Samad. Bagaimanapun, katanya tarikh sebenar bila akan runtuh akan
ditentukan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak. Menurut beliau lagi durian-durian telah pun tersedia untuk diruntuhkan.
Semoga rakyat tidak terlalu dimanjakan dan cukuplah dengan durian runtuh takut-takut harapan rakyat yang terlalu tinggi selepas BN/UMNO menang dalam PRU
nanti pokok durian pun runtuh sekali. Pokok durian mesti dibaja dan dipelihara supaya subur dan tidak runtuh.
Sebenarnya bukan durian runtuh, yang runtuh tu bangunan dan pokok durian pula kita panggil tumbang. Antara runtuh dan tumbang tak banyak beza.
ReplyDeleteKita bimbang juga , seperti kata MR, nanti satu hari bila buah tak runtuh sebab dah habis kerana banyak `runtuh' pokok durian pula akan ditumbang kerana nakkan buah `durian runtuh'.
Maka kena fikir-fikirlah sebelum terlambat.