Tuesday, August 7, 2012

Pertikaian sepokok durian di Singapura dan durian runtuh di Malaysia


Pokok durian yang menjadi pertikaian di Singapura
Di Singapura baru-baru ini sebatang pokok durian telah menjadi duri di kalangan penduduk flat blok HDB di Moulmein Road. Pergaduhan telah berlaku apabila Mr R.Lim menjerit supaya menjauhkan diri kepada seorang penduduk Mr Chua kerana sedang memandang buah durian di atas pokok yang didakwanya ditanam oleh bapanya 20 tahun dahulu.
Menurut lapuran The Straits Times baru-baru ini rupa-rupanya pertikaian di kalangan penduduk di situ telah bermula sejak tiga tahun lalu. Kemuncak kejadian baru-baru ini, salah seorang penduduk, Lily Wee memanggil polis apabila beliau dijerit oleh Mr R.Lim  yang beliau gelarkan sebagai ‘pembuli durian’ ketika beliau mahu mengambil durian yang gugur di bawah pokok tersebut.
Kecewa di atas pertikaian ini, beberapa penduduk telah meminta pokok itu ditebang, tetapi majlis perbandaran Moulmein-Kallang hanya meletakkan dua notis yang menyatakan bahawa pokok itu adalah pokok kejiranan dan dimiliki oleh Lembaga Perumahan diletak bawah kawalselia Majlis Perbandaran Moulmein-Kallang.
Berbalik di Malaysia sepokok demi sepokok durian mulai runtuh. Makin dekat PRU13 makin banyak durian runtuh. Semalam durian runtuh lagi.
Generasi kedua peneroka Felda dijangka menerima 'durian runtuh' selepas sambutan Aidilfitri ini, kata Pengerusi Kumpulan Felda Tan Sri Isa Samad. Bagaimanapun, katanya tarikh sebenar bila akan runtuh akan ditentukan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak. Menurut beliau lagi durian-durian telah pun tersedia untuk diruntuhkan.
Semoga rakyat tidak terlalu dimanjakan dan cukuplah dengan durian runtuh takut-takut harapan rakyat yang terlalu tinggi selepas BN/UMNO menang dalam PRU nanti pokok durian pun runtuh sekali. Pokok durian mesti dibaja dan dipelihara supaya subur dan tidak runtuh.

1 comment:

  1. Sebenarnya bukan durian runtuh, yang runtuh tu bangunan dan pokok durian pula kita panggil tumbang. Antara runtuh dan tumbang tak banyak beza.

    Kita bimbang juga , seperti kata MR, nanti satu hari bila buah tak runtuh sebab dah habis kerana banyak `runtuh' pokok durian pula akan ditumbang kerana nakkan buah `durian runtuh'.

    Maka kena fikir-fikirlah sebelum terlambat.

    ReplyDelete

Bloggers adalah mereka yang digolongkan berakal, waras, bijak dan berilmu serta dikira mempunyai peradaban yang tinggi. Elak dari bahasa-bahasa lucah atau yang tidak bersopan.
Sesungguhnya yang ampunya blog tidak akan bersubahat, bertanggung jawab dan menafikan segala bahan-bahan tersebut.