Kenyataan pelakon kacak Hairie Othman yang baru menganut PAS bahawa ada syarikat produksi yang memboikot beliau untuk tidak mengambil beliau berlakon adalah kenyataan politik semata-mata. Apakah itu sahaja agenda perjuangan politik Haire Othman dalam PAS? Yang sebenarnya populariti Haire semakin menjunam kerana kebangkitan pelakon-pelakon baru yang lebih nilai komersialnya jika dibanding dengan Haire Othman yang semakin pudar.
Penyanyi bersuara merdu Aishah yang menganut PAS lebih awal dari Haire langsung tidak terjejas tempatnya sebagai penyanyi dalam semua stesyen radio swasta dan Kerajaan. Hampir setiap jam lagu beliau berkumandang di radio sejak 14 hari terakhir bulan Ramadan ini. Lagu nyanyian dan lirik oleh Aishah Pulanglah* ciptaan Adam Ahmad sungguh menusuk kalbu, merayu kekasihnya pulang kepangkuannya setelah mereka bergaduh kerana kata fitnah. *Untuk makluman - Menurut Aishah lirik ini tidak ada mengena dengan dirinya.

Seharusnya Haire apabila dah menganut PAS berubah lah sedikit. Tinggalkan dunia selebriti sebagai artis yang hanya indah lakonan sahaja tetapi gundah kehidupan. Pakai lah jubah dan kopiah lebai dan asah public speaking dengan menghafal hadis-hadis dan surah yang bersangkutan HududPAS untuk menegakkan perjuangan HududPAS. Kebolehan Haire bila-bila masa boleh mengatasi naib presiden PAS Mahfuz Omar yang hanya seorang juruteknik satu ketika dahulu dan hari ini beliau merupakan seorang wakil rakyat dan perawi PAS terkemuka.
Hairie yang kini bergantung pendapatan melalui ceramah-ceramah PAS harus lebih agresif dan celupar dengan makian serta hamunan dalam ceramah barulah boleh menarik ramai penonton ke pentas syarahan beliau. Lagi ramai laungan takbiiiir lagi banyak asyoookk.
Kata blogger Mat Kedah “Inilah masanya dok tengah laku. Nanti mai artis baru yang lebih cun melecun masuk PAS Haire dah tak larat ligan”.
Hakikat yang sebenarnya Haire adalah pelakon yang takut dengan lakonannya sendiri.
No comments:
Post a Comment
Bloggers adalah mereka yang digolongkan berakal, waras, bijak dan berilmu serta dikira mempunyai peradaban yang tinggi. Elak dari bahasa-bahasa lucah atau yang tidak bersopan.
Sesungguhnya yang ampunya blog tidak akan bersubahat, bertanggung jawab dan menafikan segala bahan-bahan tersebut.