Friday, August 3, 2012

Pemuda UMNO Kedah tak sedar diri



Kedah Pergerakan Pemuda Umno Kedah, Badrol Hisham Hashim telah melahirkan hasrat semoga kepimpinan tertinggi UMNO dapat memberi 8 kerusi calun kepada  pemuda dalam pilihanraya umum yang akan datang.

Mereka telah mencadangkan nama-nama lapan calon kepada ibu pejabat parti yang dirasakan mempunyai kredibiliti, sangat komited dan sering turun padang bersama rakyat dan kononya mempunyai ciri-ciri winnable candidate. Permintaan kerusi tambahan dibuat kononya lagi berdasarkan satu kajian mereka baru-baru ini yang menunjukkan perubahan mood pengundi, yang kini berpihak kepada Umno dan Barisan Nasional (BN).

“Nampaknya generasi pemuda UMNO Kedah ini masih tak sedar diri, kerja tak buat dok dabik dada nak jadi calun” kata seorang sahabat MR dari Kedah dalam e-mail beliau semalam. Pemuda Kedah kelihatan mandom (bahasa Kedah = lemah) seperti ayam cirit berak kapor. Keberanian mereka tidak sehebat Rafizi Ramli, Pengarah Strategi PKR anak muda alat DS Anwar yang bertelor kehadapan. Cuma nasib beliau tidak baik apabila terlalu ghairah mendedahkan maklumat sehingga terperangkap dengan strateginya sendiri dan boleh didakwa mengikut Seksyen 97(1) Akta Bank dan Institusi-Institusi Kewangan (Bafia). Sebaliknya maklumat DS Anwar yang konon berkotak-kotak masih disimpan sehingga sekarang.
                                     
Berbalik kepada pemuda UMNO Kedah, soal rakan itu lagi, apa kaedah dan sampel kajian yang mereka pakai?. Realitinya hari ini ialah perubahan mood pengundi kepada BN adalah berdasarkan aura kekuatan DS Najib sendiri bukannya kekuatan UMNO Bahagian atau kepimpinan UMNO negeri. Rata-rata 83% bahagian-bahagian UMNO dalam negeri Kedah masih lagi bergolak dan bertokak dalaman mereka. Kencing dah naik haring. Peruntukkan penyelarasan Parlimen yang diamanahkan telah digunakan untuk popularkan diri mereka.

Di dalam situasi kapal hampir karam seharusnya pemuda UMNO Kedah menyerah kepada nakhoda kapal untuk mengemudikan bahteranya. Di dalam kontek ini serah sahaja kepada pucuk pimpinan untuk membuat keputusan. Bukannya mendesak atau kata oghang Kedah dok kenen-kenen kot-kot Tok Najib ikut cakap hangpa, awai sikit....

Akhir kalam, sedarlah diri, suluhlah cermin.

PS/  Nasihat tambahan kepada Pemuda UMNO. Untuk menambahkan ilmu sejarah konflik bangsa Melayu dan kaum Cina mohon Pemuda UMNO baca buku terbaru edisi keempat “RED STAR OVER MALAYA” kajian Dr Cheah Boon Kheng yang boleh didapati di Kedai Buku Kinokuniya, KLCC dan MPH. Ianya berkisarkan peristiwa ketegangngan Melayu dan Cina semasa ‘interregnum period’ selama dua minggu 15 Ogos – 3 September 1945. Semoga mendapat kesedaran diri supaya Melayu tidak dibangsatkan.

9 comments:

  1. Setuju.
    Buat kenyataan tak ikut kajian atau kedudokan semasa.Masih syok sendiri.
    Definasi turun padang itu macamana.Turun padang yg dapat dilihat bersama geng sendiri sahaja.

    Kita bukan tak suka pada anak muda.Sokong kalau pemimpin muda yg agresif,dinamik,pro aktif,ada imej pemimpin.Ada kelulusan yg baik.

    Pemuda UMNO di Kedah maaf cakap tak ada program yg membantu parti untuk terus kukoh dan mantap

    Mesyuarat cawangan pemuda pun katanya banayak yg tak cukop korum.

    Tonjol jenerasi pemuda yg bagus dan berkualiti.

    Itulah ikhlas dari saya.

    ReplyDelete
  2. Situasi beginilah paling merisaukan rakyat yang menyokong. Nampaknya dah kena potong kaki tetapi masih tak tahu nak berpantang, takut2 kena potong kaki lagi terus mati.

    ReplyDelete
  3. Kalau Khusairi Khir SP dah cakap macam tu, nampaknya berita yang aku terima pun buleh pakai la. Bukan setakat Pemuda, tetapi orang tua UMNO di SP pun macam tu jugak. Dok rayan tak habeh2. Seronok dengaq pengundi protes dah balik BN. Tapi depa tak sedaq kot-kot yang kelabu jadi hitam balik (PRU12 dulu kata putih tapi jadi hitam).

    Kalau setakat turun padang dok huha-huha sama depa memang tak guna seduit. Setakat mesorat sama sendiri nak tau mana rumah BN mana bukan memang tak cukup. Kalau orang BN sendiri pangkah PR masa PRU12 dulu, apa lagi yang atas pagaq. Jangan tergelinciaq walaupun jalan tak berayaq.

    ReplyDelete
  4. Yg penting calon boleh menang.Tak kira tua atau muda.Muda pun kalau kalah awal lagi nak buat apa.
    Ramai kecewa dgn pemuda,wanita dan puteri UMNO Kedah.
    UMNO Bahagaian pun serupa juga.
    Tak sedar diri lagi ke yang pilihanraya dah dekat.Harap=harap Dato Najib dapat lah tonjolkan calon terbaik tanpa kira pemuda,pemudi atau situa.

    ReplyDelete
  5. Kalau bloger pro BN sebok dok sengkang mata nak memenangkan hangpa, yang hangpa baguih dok korek taik teliga nganga. Nak kemaih pun biaq la hasil kerja sendiri. Ini tidak..kerja tak tera mana dah dok emp..nak bulih apa. Kalau pun BN menang balik hangpa jaga la betoi2 jangan sampai pembangkang kata "anjing kalau dah jenis makan taik sampai bila2 pun dia akan makan taik" ingat tu..!!

    ReplyDelete
  6. BN nak menang di Kedah? bila menang depa kata 'kami yang buat kerja' pakat-pakat dok rompak projek dan buat duit untuk kaya.
    Tak menang pun tak pa.Penyelaras kawasan dun dan parlimen yang kenyang.

    ReplyDelete
  7. Aku tak tau pasal apa, bila terbaca komen Anon August 5, 2012 2:17 yang cakap "anjing kalau dah jenis makan taik sampai bila2 pun dia akan makan taik", aku teringat cerita pasai cerek2 pemuda yang mintak upah susun kerusi, yang kalut nak supply cucoq, yang melobi sewa khemah. Semua dok kira nak asyuk. Tak asyuk, buat kerja halai balai. Menyampah sungguh, kecik2 lagi dah dok berkira pasai duit. Dah besaq lagi2 sakan la!

    Aku bukan nak mengata, tapi nak bagi sedaq. Jangan pasai menyampah dekat orang bawah (tak kira pemuda, pemudi atau situa), calon dapat undi protes lagi. Kalau sekali orang buleh buat, dua kali pun orang buleh buat jugak.

    ReplyDelete
  8. Belah Pendang nu pun ramai juga yang tak buleh pakai..sebab Pendang dok koman sampai la..cuma la ni depa buleh buat alasan pasai Pas pegang tapi sebelum Dapat kat Pas depa tibai cukup2 sampai depan pejabat umno nu semua ulaq ayaq dok pakat berimpun penuhdalam kedai, puak2 tu pulak depa sembang deras puluh2 ribu nak bagi orang semua tau kata depa ni bukan main kamceng dengan YB, macam tu lah cara YB dok jatuh sebab tak bukak mata luas2 depa tak tau yang dok dengaq tu walau pun orang kampung motong getah..tapi ada hak satu undi. kalau satu kita tak jaga lama2 dia akan jadi satu persatu.

    ReplyDelete
  9. Pemuda kat SP ngan Merbok keja tk buat klau hat yg ataih pun tk buat keja.....ada duit jalan, takdak duit boleh jalan (blah)

    ReplyDelete

Bloggers adalah mereka yang digolongkan berakal, waras, bijak dan berilmu serta dikira mempunyai peradaban yang tinggi. Elak dari bahasa-bahasa lucah atau yang tidak bersopan.
Sesungguhnya yang ampunya blog tidak akan bersubahat, bertanggung jawab dan menafikan segala bahan-bahan tersebut.