“Urut 5 bintang oleh wanita umur 18-25 tahun” percayakah
kita bahawa itulah iklan dalam ruangan sisipan Klassifieds Berita
Harian muka surat c7 bertarikh 6September 2012. Lihat visual iklan di atas.
Percayakah kita bahawa iklan tersebut disiar di dalam Berita
Harian akhbar Melayu di antara yang terulung dalam Negara ini? Iklan yang tidak
senonoh itu tidak ubah sama sahaja seperti promosi pelacur murahan di jalan Pudu,
lorong Haji Taib dan jalan Bukit Bintang. Malah sama sahaja dengan iklan-iklan
di pondok-pondok talifon dan tiang letrik.
Berikut kita singkap kembali Sejarah Berita Harian (dipetik dari Berita Harian Online)
1 Julai 2012 genaplah 55 tahun Berita Harian lahir
sebagai sebuah akhbar berbahasa Melayu terulung di negara ini yang berjaya
mencatat pelbagai sejarah sejak kelahiran pertamanya pada 1 Julai 1957, seusia
dengan kejayaan negara ini mencapai kemerdekaan. Dalam tempoh itu, pelbagai
kejayaan sudah ditempa dan pelbagai perubahan juga sudah dilalui sama ada dalam
aspek fizikal, pengisian mahupun kepemimpinan.
Bermula edisi pertama pada 1957, akhbar ini menggunakan
bahan sama dengan akhbar Straits Times. Pada ketika itu, Berita Harian
menggunakan gambar Tunku Abdul Rahman Putra untuk menghiasi muka depannya
dengan harga 15 sen.
Seramai hanya lapan orang kakitangan bertugas ketika itu
sebelum pelantikan pengarang pertama, Abdul Samad Ismail pada 1958. Dalam
tempoh itu, Berita Harian terus berusaha untuk muncul sebagai sebuah akhbar
perdana dengan imej tersendiri termasuk melancarkan Berita Minggu pada 10 Julai
1960 dan akhirnya pada 1966 satu konsep baru `masthead' diperkenalkan.
Tahun 1972 menyaksikan tampuk kepemimpinan di Berita
Harian diambil alih oleh Abdul Wahab Zain yang sepanjang pembabitannya sebagai
pengarang berjaya menambah dua muka surat tambahan menjadikan keseluruhan 12
muka surat pada 1974. Fokus penambahan ketika itu menumpukan kepada ekonomi,
nota fotografi, tips menghadapi peperiksaan, lebih penumpuan kepada hiburan,
berita luar negara dan rencana umum.
Sebelum beliau mengundur diri pada 1975, Berita Harian
berjaya menaikkan harga jualannya kepada 25 sen sebelum akhirnya Abdul Samad
Said dilantik menjadi pengarang selama dua tahun bermula 1976 hingga 1978 dan
digantikan pula Salim Kajai pada 1978. Dalam era kepemimpinan Salim Kajai, dua
perubahan besar berjaya dicapai iaitu pelancaran Edisi Bandar Berita Harian
pada 1979 dan sekali lagi imej baru pada 'masthead' selain seksyen baru yang
memberi sedikit penekanan terhadap elemen hiburan dengan kali ini, harga jualan
juga meningkat kepada 35 sen senaskhah dan dinaikkan sekali lagi kepada 45 sen
sebelum Adibah Amin dilantik sebagai pengarang pada 1983.
Setahun selepas itu, Ahmad Sebi Abu Bakar dilantik
menggantikan Adibah dengan jawatan Pengarang Kumpulan dan satu kejayaan
terbesar di bawah pimpinannya ialah apabila Berita Harian dan Berita Minggu
disatukan di bawah Berita Harian Sdn Bhd pada 1985. Pada 20 Oktober tahun sama,
Akhbar Dalam Darjah (ADD) dilancarkan.
Dua tahun memimpin Berita Harian, Ahmad Sebi digantikan A
Kadir Jasin yang berperanan besar dalam memperkenalkan Anugerah Bintang Popular
pada Disember 1987 sebelum melepaskan kepemimpinan itu kepada Ahmad Nazri
Abdullah pada 8 April 1988. Pembabitan Ahmad Nazri selama 10 tahun sebagai
Pengarang Kumpulan mencetuskan kelahiran akhbar tabloid sukan, Jaguh pada 8
Ogos 1989 yang mempunyai 16 muka surat.
Seharusnya Berita Harian di antara akhbar Melayu yang
terulung itu tidak kemaruk wang iklan dengan beroleh pendapatan dari iklan
jalang.
LU PIKIR LA SENDIRI….!
KDN tak tengok ker?
ReplyDeletePakMatTongTang
Salam Pak Mat Tong Tang,
ReplyDeleteKDN terlalu sibuk dalam usaha menurunkan kadar jenayah. Apabila berlaku jenayah baru mereka bertindak.Seharusnya mereka juga berupaya menghidu putik-putik yang boleh mengundang kepada jenyatah yang lebih besar seperti pelacuran.
Berita Harian seharusnya juga sensitif dalam hal ini. Tanya diri mereka 'apakah halal wang gaji mereka dari pendapatan iklan pelacuran ini?'.
Kerana nila setitik rosak susu sebelanga.
MR.
ReplyDeletePyulus adalah segalanya.
Macam pahat.sekali katok sekali bergerak.
Saya kira iklan semirip demikian dah lama ada di Berita Hairan dan malahan ada dalam banyak akhbar lain baik berbahasa Melayu/Cina/Tamil/Inggeris. Bukan suatu yang menghairankan.Manusia perlu kesantaian dan jika tidak boleh diperolehi dari suami isteri maka boleh diperolehi dari luar, apabila menjadi komersial industri ini mengguna wanita muda. Urut memamg seronok dan tak salah tapi apabila ia menjurus kepada hubungan badan ia dah menjadi maksiat dan harus dilarang. Industri pelacuran wujud di mana-mana baik di negara yang beraqidah Islam mahupun yang tidak mempunyai aqiqah agama manapun. Mreka bergerak secara terbuka atau terselindung.Negara moden mana yang tiada pelacuran, mungkin pada masyarakat tribal di sudut-sudut terpencil di planet ini mungkin tiada maksiat seperti yang dibicarakan.
ReplyDeleteJadi pertukaran ketua editor pada sesebuah akhbar itu tiada kena-mengena dengan menghapuskan maksiat. Pelanggan maksiat adalah mereka yang berkemampuan dan boleh juga yang beraqidah ataupun yang tidak beragama.