Saturday, September 8, 2012

Kehebatan perarakan Hari Kemerdekaan YG 55 tenggelam dengan kesasauan anak muda yang mabuk-politik


Persembahan perayaan sambutan Hari Kemerdekaan yang ke 55 pada tahun ini adalah di antara perayaan yang penuh dengan warna-warni mengatasi tahun-tahun sebelumnya dengan bertemakan ‘1Malaysia Janji Ditepati’. Rakyat dapat menyaksikan rupa paparan ‘showcase’ rekod Kerajaan Barisan Nasional yang penuh gilang-gemilang sebagai manifestasi segala janji-janji yang telah dikabulkan.
Seramai 13,000 telah terlibat di dalam perarakan dan anggaran lebih 100,000 membanjiri Dataran Merdeka untuk menyambut Hari Kemerdekaan. Bermula dengan kehadiran KDYMM Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah serta Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah dan disudahi dengan sentuhan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak turun bertemu dan berjabat tangan dengan hampir seluruh perserta-perserta yang mengambil bahagian di dalam perbarisan tersebut. Memandangkan pendekatan Datuk Seri Najib ini telah menjadi kebiasaan di dalam mana-mana keramaian yang beliau hadir, peserta di kalangan anak-anak muda sudah tidak kekok lagi menyambut beberapa kali laungan ‘1Malaysia’ yang diseru oleh Perdana Menteri mereka. Malah pada malam nya pula sambutan himpunan di Stadium Nasional Bukit Jalil telah menyaksikan seramai 150,000 kehadiran yang hadir.
Apa yang lebih menarik pada tahun ini ialah initiatif Datuk Seri Utama Dr Rais Yatim melancarkan ‘Tweet Merdeka’ sebagai usaha memenuhi sokongan warga maya atau ‘netizen’ yang tidak dapat berkumpul dalam perarakan di Dataran Merdeka dan perhimpunan malam di Stadium Nasional Bukit Jalil mereka dapat menyatakan sokongan mereka melalui Tweet Merdeka. Perhimpunan maya ini telah berjaya menarik seramai 3.6 juta untuk Tweet melalui media sosial ini dan dilihat satu pembaharuan dari perhimpunan perayaan yang lepas-lepas.
Tetapi apa yang amat mendukacitakan kehebatan perayaan ini seperti tenggelam apabila berakhir dengan episod segelintir anak-anak muda yang sasau menunjuk ponggong dan memijak-mijak gambar pemimpin Negara. Malah yang lebih melampau lagi apabila ada pelajar-pelajar yang bodoh sombong kononnya memperkenalkan bendera ‘Sang Saka Malaya’. Mereka-mereka ini seperti mabuk-politik dirasuk dengan ilmu sejarah yang songsang bergurukan pemimpin yang seperti ketam mengajar anaknya berjalan betul.
Hakikatnya umum boleh menghidu bahawa telah lahir bakal tokoh-tokoh pelapis yang akan megambil alih tempat Anwar Ibrahim di jalanan apabila beliau bersara kerana kekalahan dalam PRU13 nanti.

2 comments:

  1. Apa dia '1Malaysia Janji Dicapati'itu? Negara masih berstruktur yang ramai hidup dibelenggu dek kepritan hidup, ramai yang berpendapatan bawah RM3,000 sebulan dan kini generasi baru mungkin tak boleh beli rumah selesa dan secara teorinya hidup 'homeless' di samping itu segelintir elit UMNO/BN hidup kaya raya tak tertawan. Yang boleh rakyat gigit jari apabila melihat Bangunan Petronas Berkembar, Dayabumi, Formula One, Istana dan masjid yang tersegam.
    Anak muda yang baru sedar bahawa Jalur Temberang (didakwa bendera ciplakan dari Syarikat India Timur/AS)tidak ada motif atau latar belakang sejarah negara lalu menampilkan 'sang saka' yang sepatutnya menjadi bendera negara. Mengikut Persatuan Sejarah bendera, ibu kota dan malahan lagu Terang Bulan boleh digantikan kepada yang lebih ori seperti yang dilakukan oleh beberapa negara seperti Libya.
    Harus ingat dan sedar bahawa kebenaran sejarah perjuangan kemerdekaan negara masih belum ditulis dengan objektif. Dunia internet sudah bongkar banyak kebatilan dek anak muda sementara Profesor Kang Kung?Kong Kang akan cuba menipu rakyat.
    Apa hebatnya kemerdekaan jika banyak rumah di seluruh negara tidak dipasangkan dengan Jalur Temberang, yang banyak di Stadium Bukit Jalil saja, itupun oleh anak muda yang tiada kesedaran politik.

    ReplyDelete
  2. salah pemimpin ajar rakyat utk mempolitikan semua benda.

    tambah pulak kita negara pendidikan cara suap nasi - tak payah pakai otak untuk pikiak sendiri.

    dua benda ni, mencontohi pemimpin2 yang politikan segala issue dan pendidikan kita cara main hapai dan dapat 26 A tu kira pandai - maka dapat lah kita orang2 muda macam ni.

    saya syorkan pemimpin kita cakap dan majukan lah idea2 bernas dan benar - hentikan lah agenda politik untuk kemajuan rakyat malaysia itu sendiri.

    semenjak 2008, laa ni 2012, bila lagi kita semua nak kerja kuat bangunkan malaysia ni.?

    tak ada kerajaan yang 100% semua baguih.
    untuk kita malaysia, kita perlu FOKUS aja, kerja boleh jadi.

    contoh negeri china - depa fokus buat kerja. satu dunia dia buat.

    contoh india - pandai, tapi demokrasi banyak cerita dan kerenah - slow, rakyat melarat tidok di jalan tapi ada roket nuclear.

    ReplyDelete

Bloggers adalah mereka yang digolongkan berakal, waras, bijak dan berilmu serta dikira mempunyai peradaban yang tinggi. Elak dari bahasa-bahasa lucah atau yang tidak bersopan.
Sesungguhnya yang ampunya blog tidak akan bersubahat, bertanggung jawab dan menafikan segala bahan-bahan tersebut.