Monday, September 17, 2012

Malindo Airways bukan saingan Air Asia

Go On Ahmad Johan, prove us right

Apabila Najib melancarkan low cost carrier (LCC) yang baru diberi lesen Malindo Airways pada 12 September  yang lepas terdapat segelintir mereka yang anti Tony Fernandes seperti bertepuk sorak keriangan.  Mereka menaruh harapan tinggi kepada Malindo Airways agar dapat mengajar Tony Fernandes yang semakin tinggi hidungnya kerana sedang mabuk menguasai pasaran penerbangan tambang  murah dalam negara ini. Blogger Zam Maidin mantan Menteri Penerangan di dalam blognya menyatakan bahawa Malindo Airways Pulihkan Moral Najib kenyataan yang terlalu awal tanpa asas rekod prestasi syarikat yang kukuh.
Sebelum ini berbagai kecaman dilontarkan kepada Tony oleh beberapa orang Ahli Parlimen yang mencadangkan di dalam Parlimen supaya Kerajaan Malaysia mengeluarkan satu lagi lesen LCC untuk memukul Air Asia X. Kononnya Tony sudah lupa daratan, kurang ajar dan besar kepala apabila beliau berdegil enggan berpindah ke LCCT2 yang baru dan dalam masa yang sama memindahkan hab Asean ke Jakarta.
Tony strong team
Anehnya mereka tidak mendesak supaya pemain LCC utama yang sedang beroperasi di bawah Malaysian Airline System, Firefly untuk bersiaga bersaing dengan Air Asia. Firefly yang yang berada di tangga ke 17 senarai LCC di Asia sebenarnya adalah persaing rapat Air Asia dengan syarat mereka  lebih dinamik, agresif dan innovatif  di dalam menawarkan pilihan yang terbaik kepada pelanggan di rantau ini. Apa yang merencatkan Firefly ialah mereka terkongkong di dalam kepompong gaya pengurusan klasik MAS yang dilihat terlalu liat dan sukar untuk berubah.
Di dalam keghairahan menyokong persaingan ini banyak faktor yang harus diberi perhatian agar yang disokong tidak membawa rebah. Kerana implikasinya sedikit sebanyak akan jatuh di atas batang hidung Najib dan jika gagal bukan lagi memulihkan moral kepada Najib malah beliau akan dilihat rakyat sebagai flip-flop Kerajaan Najib. Malindo Airways melalui penerajunya Tan Sri Ahmad Johan dan Rusdi Kirana mestilah membuktikan kemampuan mereka supaya tidak berakhir menjadi bahan tertawa pelanggan setia Air Asia.
Simpton pertama ialah Nadi yang memiliki 51% equity dalam Malindo Air masih tidak mengemas kini file mereka dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia sejak 2007 dan Lion Air juga harus menyakinkan pelanggan berhubung isu-isu keselamatan penerbangan mereka. Semua ini adalah perkara-perkara asas intergriti pengurusan perniagaan dan tadbir urus koporat sentiasa dipertahankan.
 Di dalam situasi ini MR suka berbalik kepada fundamental perniagaan di mana pasaran merupakan penentu segala keputusan perniagaan. Perkara yang sama juga diutarakan oleh seorang tokoh ekonomi terkemuka dan mantan menteri kanan kabinet Mahathir, Tan Sri Rafidah Aziz yang kini merupakan Pengerusi Air Asia X. Beliau menegaskan bahawa rakyat tidak harus parokial mengenai keputusan AirAsia untuk memindahkan pangkalan Asean ke Jakarta kerana ia adalah satu langkah penguasaan wilayah penerbangan tambang murah.

Beliau berkata keputusan AirAsia dan sekutunya, AirAsia X adalah keputusan perniagaan ‘business decision’ dengan menubuhkan hab di Indonesia di samping masih mengekalkan ibu pejabat syarikat penerbangan kos rendah di Malaysia.  Air Asia sebuah syarikat glokal berlabuh di Indonesia untuk menakluk pasaran yang lebih besar dengan jumlah penduduk seramai. Dalam masa yang sama Air Asia juga mempunyai rekod keselamatan yang baik di samping branding yang kuat dan rantaian yang kukuh.

Pada hakikatnya, rakyat Malaysia harus berbangga apabila sebuah syarikat yang dibangunkan di Malaysia dan jenama Malaysia berjaya mengorak langkah seperti kita bangga dengan Datuk Michelle Yeo, Jimmy Choo, Datuk Shake dan ramai lagi.
Memetik tip kejayaan pengasas penerbangan tambang murah Virgin Airlines, Richard Branson di dalam bukunya Screw It, Let’s Do It menulis di antara 10 tip kejayaannya ialah:
Think Young, You’ve to challenge the big ones, Keep it casual, Haggle : everything is negotiable,Have fun working, Do the right things for the brand, Smile for the cameras!,Don’t leap’sheep’, herd’cats, Move like a bullet, Small is beautiful, Be a common regular person.
Young CEO Aireen Omar
Itulah di antara ciri-ciri yang terapkan oleh Tony di dalam strategi pengurusan Air Asia. Air Asia dilihat lebih muda manakala MAS dilihat sebagai penerbangan tua yang dikuasai kesatuan sekerja yang kuat dan sukar digugat seperti syarikat penerbangan tua yang lain dalam dunia British Airways, Qantas, Lufthansa dan beberapa lagi.
Konklusinya sejauh mana hebatnya sesebuah syarikat dan usahawan itu mereka haruslah menerima hakikat bahawa di dalam perniagaan tiada siapapun yang boleh angkuh dan sombong kerana rezeki ini hak Allah SWT. Pada bila-bila masa atas kehendaknya rezeki boleh ditarik balik dalam berbagai bentuk. Samaada kematian, kesihatan, kejatuhan ekonomi atau kejatuhan pasaran saham.

9 comments:

  1. Persaingan yg sihat akan menguntungkan pengguna. Sudah tentu penumpang akan memilih yg terbaik antara AA dan MA. Kalau FF join KLIA2 lagi bagus sebab ada 3 pilihan. Jgn sebab u nak support TF, u kutuk yg lain tak bagus. Buka mata guna otak bro.

    ReplyDelete
  2. MR, sdr mesti tau bezakan antara bisnis yang berdasarkan prinsip bisnis dan bukan bisnis berlandaskan prinsip patriotism, budi bahasa, agama dan bangsa. Lihat MAS pada suatu ketika dulu hebat tapi apabila Tajuddin Ramli yang tiada konsep bisnis penerbangan tetapi tertakluk dengan bisnis UMNO iaitu kronisme maka lingkup dan meleleh nak cover hutang sementara AA yang bermula dengan dua buah pesawat saja boleh berkeyakinan sehingga dituduh Tony sebagai angkuh dengan kepimpinan bisnisnya. MA belum pasti boleh berjaya jika sangkut di tengah jalan maka Najib wakil UMNO boleh saja bailout dengan alasan MA dah banyak staf bumiputra Islam. Najib harus pulihkan MAS secara bisnis dulu sebelum membuka MA. Lihat Proton, sama juga masalahnya kronisme dan beri masalah pada negara lebih daripada menguntungkan. UMNO tak pafam prinsip bisnis yang selalu dicampur adukkan dengan nasiolisme, patriotisme, aqidah, iman dan banyak perkara karut lagi.

    ReplyDelete
  3. Aku mengalu-alu persaingan dan pelanggan lah mendapat manfaatnya..
    Ko tak nak itu hak ko..
    Berjaya/tidak kita tengok tahun-tahun mendatang..

    ReplyDelete
  4. Semenjak wujudnya AA , boleh dikatakan hampir setiap bulan aku ke luar negara..
    Kenapa?
    Kerana aku rasa mampu, tapi mampu setakat mampu aku saja..
    ada orang kata .. pesawat AA sempit dan macam macam..
    bagi aku , yg penting destinasi dan hajat aku sampai..
    Ramai penumpang yang aku jumpa baik domestik mahupun antara bangsa memberi persepsi yang sama..
    So , sebagai pengguna.. aku kata AA pandai berniaga.. pelanggan untung ..
    bab patriotisma, aku tak nampak kurangnya AA..
    Biar berpuluh syarikat penerbangan lahir, yang penting end user macam aku puas hati dan terus terbang ....

    ReplyDelete
  5. Alahai... Ahmad Johan! Tak payah cerita la mamat ni... NADI, Airod no credibility! nak run MA sebenar nya nak pusing Najib je... tak caya tunggu la.

    ReplyDelete
  6. alam All readers/ bloggers and residences of the web,

    Firstly let us congratulate both Air Asia and Malindo Airways for their achievements so far. We all cannot deny the fact that for a local company to have dealings of this magnitude (recognised by the international media and the international aviation leaders) is good for all Malaysians and our country. Air Asia has been successful in Malaysia hence they bring their franchise to Indonesia. Same goes to the Malaysian company NADI which is recognised/ certified by many international communities bring in much needed businesses into Malaysia via Malindo Airways.

    Now moving onto the comments by the responders and blog writer, truth and accusations do not go hand in hand. How you got your facts of both Tony and NADI is highly inaccurate and poor.

    Malindo Airways have made it clear as daylight that they are not here to kill Air Asia (a Malaysian Owned Company), their business model/ market/ prices are tailored in such a way as to compliment the current tenants (Air Asia and Firefly).

    Stressing the point above, even if there is an overlap the end beneficiaries are the Malaysian/ Indonesian people. How you affix the readers attention to just because the govt are granting another LCC license is to "memukul Air Asia X" and to straighten Tony out is misleading on many levels.

    With regards to Tony being "Kurang ajar.....berdegil berpindah ke KLIA2" dear writer please get your facts right. Now use your logic, think why he is opening another hub in Indonesia? could it be because of business tactics? cost? expansion? natural diversification? or could it just simply be because of arrogance? Tony is known by most to be a strategist, a tactician and of course a thinker. Logic and business decisions go hand in hand. Established leaders like those above do not make decisions impulsively coz its just too risky.

    Rebutting on your posted allegations that "NADI tidak mengemas kini file mereka dengan Suruhan Jaya......", please once again check your sources. Just because it is published in the papers (by direct competitor) doesnt mean that it is the truth. Be responsible, find out the truth, not gullible.

    With regards to the Ahmad Johan post (September 17 at 7.03PM) one could safely say that your personal attacks and baseless allegations to Najib will be attended to shortly. Read the papers, there is no such thing as absolute free speech in a public/ private forum be it online or etc. Thread carefully, this is the PM that you are talking about. There is such a thing as tracing, cyber foot prints and etc.

    AIROD and NADI from our understanding is doing a good job so far. Both companies have been here for a long time and is still doing good business. Your comment on credibility is answered by the fact that AIROD and NADI are internationally certified by various MIlitary/ Aviation multinational corporations.

    I know this to be the safest things to say (which is in the minds of most Malaysians/ Indonesians).... we wish both Air Asia and Malindo Airways, as well as Tony and Ahmad nothing but the best. Thank you for bringing Malaysia into the International Sphere as a successful nation.

    ReplyDelete
  7. Wellcome New Low-Cost Airline Malindo Airways & Welldone to NADI-Malaysia & Lion Grup-Indonesia...KLIA2 new terminal & many facilities for pasengger...Malindo Air-We Make People Fly

    ReplyDelete
  8. Wellcome New Low-Cost Airline Malindo Airways & Welldone to NADI-Malaysia & Lion Grup-Indonesia...KLIA2 new terminal & many facilities for pasengger...Malindo Air-We Make People Fly

    ReplyDelete
  9. ni nak tunggu pesaing astro pulak..lemak dah ni harga makin naik

    ReplyDelete

Bloggers adalah mereka yang digolongkan berakal, waras, bijak dan berilmu serta dikira mempunyai peradaban yang tinggi. Elak dari bahasa-bahasa lucah atau yang tidak bersopan.
Sesungguhnya yang ampunya blog tidak akan bersubahat, bertanggung jawab dan menafikan segala bahan-bahan tersebut.