Pemimpin anti Islam DAP, Karpal Singh mempertikaikan penganjur
majlis rumah terbuka Hari Raya, PAS Negeri Sembilan yang diadakan di Dataran
Senawang pada hari Sabtu lalu kerana memisahkan khemah jamuan di antara khemah lelaki
dan khemah wanita. Beliau melahirkan rasa terkejut kerana terdapat ‘gender
segregation’ dan perkara begitu tidak harus berlaku malah beliau juga menentang
keras apabila diadakan laluan wanita dan laluan lelaki di pasaraya.
Menurut Ahli jawatankuasa PAS pusat Dr Siti Mariah Mahmud,
memang kebiasaan penganjur menyediakan tempat makan berasingan untuk lelaki dan
wanita. Bagaimanapun, beliau berkata parti itu tidak memaksa tetamu untuk
memilih aturan tempat duduk berasingan dan adalah kebiasaan wanita PAS secara
umumnya lebih selesa duduk jauh dari lelaki.
Kata beliau lagi pemimpin muda DAP juga tidak keberatan
jika muslimah PAS tidak berjabat tangan kerana memahami dan menghormati amalan PAS
yang sebegitu.
Umumnya kita masyarakat Melayu Islam sering ke jamuan-jamuan
rumah kenduri rakan-rakan dan keluarga baik di kampung mahupun di taman-taman perkara
ini telah menjadi amalan biasa dan tidak pernah ada satu arahan dan peraturan
apabila tuan kenduri memisahkan khemah wanita dan khemah lelaki. Kita dengan
sendirinya merasa janggal dan kekok apabila duduk makan satu meja dengan isteri
orang atau anak dara orang lain. Malah kita lebih selesa jika kita dapat duduk
satu meja bersama mereka yang satu jantina kerana kita dapat berbual-bual
menjalinkan silatulrahim.
Begitu juga apabila kita bersama-sama keluarga dengan anak
dan isteri, kita juga tidak pernah ditegah untuk duduk satu meja bersama
keluarga sendiri. Itu adalah amalan kebiasaan dalam mana-mana majlis kenduri
yang kita hadir dalam masyarakat Melayu sekarang ini.
Isu yang dibesarkan oleh Karpal Singh ini menunjukkan
warna beliau yang sebenar. Apabila penentangan kepada Islam itu terlalu kuat
apa juga ciri-ciri amalan ke Islaman harus ditentang habis-habisan dan
dijadikan isu besar oleh Karpal Singh. Menggunakan terma ‘gender segregation’
untuk mendapatkan sokongan pejuang hak asasi manusia antarabangsa bagi memberi
mesej seolah-olah Islam dalam negara ini menindas kaum wanita. Pada hal ini
adalah amalan biasa di dalam majlis kenduri masyarakat Melayu Islam dalam
Negara ini.
Hanya Ustaz Nasharudin Mat Isa dapat mengajar Karpal Singh.
Karpal Singh memang malar tegar tidak mahu perundangan Islam dimasukkan kedalam sistem sekular negara yang diisytiharkan sebagai negara sekular dan malahan didukung oleh hakim Supreme Court suatu ketika dulu, tak percaya tanya mantan Hakim Negara Salleh Abbas.
ReplyDeleteMemang iya juga PAS mahukan pembentukan negara Islam dan perundangannya sekali.PAS pun kena sedar bahawa sehingga kini belum ada satu negara Islam di atas bumi ini baik yang kaya (baik Saudi Arabi atau Bangladesh) atau yang miskin berjaya menubuhkan sebuah negara Islam yang berjaya dengan ciri-ciri demokratik, iatu ada ciri-ciri keadilan sosial dan hormat kepada hak-hak asasi manusia muncul terserlah, ciri-ciri agar nilai,ritual konsevatif Islam lebih banyak dipertahankan.
Karpal Singh tidak pernah mahu membuang peruntukan bahawa agama Islam di Malaysia harus dihapuskan. Dalam sistem moden urustadbir kerajaan harus berlandaskan keadilan, hal agama jangan diperkenalkan dalam urusan negara tapi boleh diamalkan di rumah, masjid,surau,madrasah atau di universiti Islam. Mesej agama supaya mengujudkan keadilan sosial harus diamalkan dalam urus tadbir kerajaan.
Dalam negara Malaysia hasil (revenue) negara sebanyak 80% datangnya dari kegiatan aktiviti bukan Islam. Wang itulah yang membiayai gaji orang masjid (imam, siak,bilal), pendidikan Islam, membangunkan infrastruktur dan projek 'Islam' yang lain. Maknanya wang dari kegiatan bukan Islam membangunkan kegiatan Islam.
Jadi Karpal Singh bukan menentang Islam, tetapi urustadbir negara mesti ikut perlembagaan sekular negara.Jika mungkin terjadi perlembagaan dapat dipinda dan memerlukan 2 pertiga majoriti maka undang-undang syariah boleh diperkenalkan, tapi boleh dapat tak persetujuan dari kalangan bukan Islam dan juga dari kalangan Islam melalui proses demokratik?
Soal sebenar Islam sudah boleh diperalat untuk membuaikan emosi tanpa berlandaskan sejarah, fakta dan rasional.
Bodohnya comment ni. Putar belit macam mana pun, Karpal is obviously anti Islam.
ReplyDelete